Bismillahi 'ala barakatillah....
Oh perpustakaan ku...!
Tempat yang paling aku menyampah dulu, tapi tempat paling aku suka sekarang
Orang kata jangan benci-benci nanti sayang.
Dalam sibuk menerjah buku-buku untuk dijadikan rujukan disertasi, aku terserempak dengan sebuah buku, yang sangat kuning warnanya. Kulit buku telah pun diganti dengan yang lebih baru dan tebal.
Sekuning-kuning buku tu pun, nilai dalamnya bukan sebarangan. Menurut teori aku, lagi kuning buku lagi bernilai buku itu. Biasanya buku kuning ni lebih bersifat menyeluruh berbanding buku-buku sekarang. Bukan niat nak mengkritik buku-buku sekarang, cuma nak bagi tahu betapa hebatnya penulis-penulis dulu. Tiba-tiba rasa nak menjadi penulis buku pula(berangan lagi kan).
So, frenz plez, jangan asyik nak pilih buku yang 'smart' saja. Sekali sekala, apa kata cuba baca buku-buku/ kitab-kitab lama. Ilmu dia tentu lain, walaupun bahasanya agak sukar difahami tapi masih boleh faham, jangan risau.
![]() |
| Love the mug. Ala-ala mug yang Aizat pegang masa persembahan Terukir di Bintang di AJL27 |
WARNING : JANGAN CUBA CELUPKAN BUKU ANDA DALAM PEWARNA KUNING SEMATA-MATA HENDAK MENJADIKAN BUKU ADA SENTIMENTAL AND CLASSICAL VALUE [*-^]

No comments:
Post a Comment