Entah kenapa aku teringin sangat nak menulis tajuk ni. Walaupun pada dasarnya, tak tahu apa yang nak ditulis. Mungkin selepas terbaca ayat "HAK CIPTA TIDAK TERPELIHARA" di atas sebuah kertas kerja Seminar Menangani Anak Bermasalah, aku kagum dengan pihak penganjur dan penceramah, tidak lokek lansung berkongsi pengalaman dan ilmu mereka (memanglah mereka dibayar, namun terselah keihlasannya). Malah mengizinkan para peserta berkongsi ilmu tersebut. Mungkin mereka berpegang pada Ilmu ini milik Allah swt, semakin banyak yang digali makin banyak yang diperolehi.
![]() |
| Kalian juga dibenarkan berkongsi tulisanku di sini |
Alhamdulillah masih ada orang yang tidak kedekut ilmu. Bak kata mereka, tidak tahu tidak apa, yang penting sanggup belajar. Oleh sebab itu, hidup ini kena terus belajar dan terus belajar. Ilmu Allah swt ini luas. Jadi kita kena terus mencari. Walaupun mencari resipi baru, ia tetap dikira ilmu. Bukan begitu ?
Jangan pernah menjadi orang yang kedekut, apatah lagi terhadap ilmu. Sebarkan ilmu yang bermanfaat kalian untuk dikongsi bersama.
Ambillah peluang untuk belajar
Dari apa yang paling menyakitkan.
Boleh jadi,
Yang paling menyakitkan itulah,
Yang paling banyak mengajar.

No comments:
Post a Comment