Cuma dikesempatan ini, ingin aku bawakan teguran yang kita sama-sama pernah buat. Bukan hendak menakutkan kalian dengan kematian, tapi ini realiti yang bakal kita hadapi kelak. Dalam satu situasi, kita dikhabarkan tentang kematian seseorang. Contoh perbualan yang tercetus :
"Jah, engkau tahu si Pin dah pergi, dah meninggal dunia..."
"Iye ke ? baru tahu, patut aku dengor masjid ada baca Quran. Apa sakitnya, semalam baru aku jumpa dia bawa cucunya naik motor. Siap senyum kat aku lagi..."
"Entah ler, katanya sesak nafas..."
Nah, biasakan kita begini. Apa yang kita tanya dulu....? Sepatutnya, dengar sahaja ada orang meninggal, kita terus sebut kalimah...
"إنا لله وإنا إليه راجعون"
Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan kita yang mengamalkan lafaz tersebut, hamdulillah teruskan. Bagi yang belum biasa, selamat mencuba, mula-mula mungkin tidak biasa, tetapi lama-kelamaan sudah menjadi salah satu adab kita bila mengadapi kematian.
Bagi yang sudah mengamalkan, apa kata kita tambah satu lagi amal. Kali ini, usai sahaja menyebut kalimah innalillah, teruskan dengan menyedekahkan AL_FATEHAH. Tak salahkan kita sedekahkan pada saudara sesama Islam kita, tidak payah menunggu orang menyeru, lakukan sahaja tanpa tunggu. Bahkan, kalau kita lalu sahaja di masjid, terdengar bacaan al-Quran, dan kita tahu itu adalah tanda kematian, maka lakukan adab-adab tersebut. Jangan suka berkira melakukan sesuatu, sebab Allah swt tidak pernah berkira. Inikan pula kita manusia, tidak layak lansung mengira-ngira dalam konteks ibadah. Semoga kita sentiasa sayang dan cinta saudara-saudara kita dan harapannya doa kita mampu menyelamatkan mereka di alam sana.
Sama-samalah kita update diri kita.
Maaf dan ampun jika tersalah tulis. Perbualan di atas rekaan semata-mata tidak ada kena mengena sama ada hidup atau mati
- dari aku yang juga bakal mati-
- dari aku yang juga bakal mati-

No comments:
Post a Comment