Saturday, January 5, 2013

Ilmu bukan pada pointer

Assalamualaikum dan salam peperiksaan,

Sekarang budak2 Uni semua tengah sibuk study utk final exam. All the best & Good Luck untuk kalian. Mesti tengah struggle giler2kan. Yelah siapa yang tak nak lulus. 

Budak Uni ada yang betol2 nak score so sanggup study, tak makan, tak tidor, tak buka FB, tak update tweeter....huhu. Memang hebat la kalau macam nie style study u allz. Target memang A klu boleh nak A+.

Lagi satu jenis pulak, memang tak amik port lansung bab exam nie, siap boleh pergi lepak, shopping, enjoy sana sini, keje part time cari duit (yg nie mungkin dia ada sebab tertentu). Prinsip mereka ini janji jawab, apa nak susah, carry mark dah ada, tinggal nak dapatkan sikit je lagi. Janji lepas, jgn gagal sudah. Parah yg nie.

Sebenarnya, kita belajar bukan nak pass exam semata-mata. Ada nilai value yang lebih besar dari itu. Niat study kena ikhlas, baru senang nak lulus & cemerlang dalam pelajaran. Tak kisahla bidang apa yang diceburi, sama ada law, medic, engineer, ICT, science, social, media, education, economics, geografi or islamic, just jadikan belajar IKHLAS KERANA ALLAH SWT. Ala budak islamic senang la cakap, dah memang dia orang punya ke arah ketuhanan, ktorg nie semua subjek duniawi, mcm mne nak ikhlas kerana Allah. Come on la, tak kira bidang apa pun, semuanya sama. Semua itu ilmu Allah, kita hanya belajar utk mengetahui dan membongkar rahsia Allah yg luas ni. Anggap apa yang korang belajar untuk mendalami ilmu Allah, insyaAllah urusan korng akan dipermudahkan. 

Lagi satu nak tahu tak tips bagi senang ilmu masuk dan serap ke dada..?

Apa!! rebus jek buku..? SALAH

Tak perlu sampai nak menjadikan buku sebagai pengganti ayam dalam sup. Cukup hanya korang HORMAT ILMU. Macam mana nak hormat ilmu..? Ramai yang pandai dalam pelajaran tapi tak tahu adab2 nak pelihara ilmu. Salah satunya, jangan sesekali meletakkan buku di kaki korang, seolah-olah martabat ilmu itu direndahkan. Aku faham bangku kat Uni2 nie, ada yg tak mesra beg, tp korangkan masih ada peha nak tampung buku2 kan. Pandailah nak jaga, korang kan dah besar. Perkara yg simple sekali bila time exam, sebelum masuk dewan semua sibuk study, kertas berkepuk-kepuk, buku berdoyon-doyon. Habis saja exam, korang boleh blah mcam tue saja (bukan semua, tapi ramai yang buat), korang tinggal je semua kertas2 dgn buku, biarlah makcik cleaner yg kutip. Ya Allah itu ilmu korang, kenapa nak suruh org lain yg tolong kutipkan. Masa ko nak, terhegeh2 pergi masuk dewan kuliah, bila dah tak nak, main baling mcm tue jek. Aku rasa ilmu tue akan berterima kasih sgt dekat makcik cleaner sbb tolong kutip dia (walaupun, ada makcik cleaner yg buat jual kat recycle vendor). Lepas nie, jgnlah buat lg. Ada org yg betul2 hormat ilmu, dia sanggup basah daripada buku dia jadi tutup kepala masa hujan. Fikir2kanlah...

Next, macam mana korng kena hormat ilmu, macam itu jugalah korang kena HORMAT ORG YG BERI ILMU, tidak kiralah dia tutor, cikgu, pensyarah, atau siapa-siapa saja, yang penting hormat. Tengokla macam mana ulama' menghormati guru-guru mereka. Jangan kata nak melawan, nak tidur dalam pengajian pun takut, punyalah hormat. Kita zaman sekarang, bukan saja tidur dalam kuliah, boleh jawab sms & call dr makwe/pakwe lagi. Belum lagi makan kat belakang (yg ini aku pun buat dulu, ak mkn gula2 sebab nak bg hilang ngantuk, tapi ikutkan itu pun tak boleh). Cubalah rasa empati sikit, cuba bayangkan kita kat tempat pendidik tue, tengah sedap2 bg lecture, sekali tgk org makan, gelak2 kat belakang, main hanset/ipad n watever. Kalau aku mesti dah bengan giler.


Belajar dari kesilapan, kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapalah aku susah nak masuk bila baca ini. Sebabnya, kesilapan-kesilapan kecil yang kita tak perasan pun, tapi sebenarnya dia kecil di mata kita tapi sebenarnya besar di 'mata' Allah SWT. Kita bukanlah sufi yang sempurna, tapi sekurang-kurang kita cuba.
As a reminder for us, tidak kira bidang apa yang diceburi,
sentiasa meletakkan ALLAH sebagai keutamaan. 

Bagi aku, kejayaan seseorang itu bukan pada pointer, tapi bagaimana cara orang tersebut berkomunikasi dengan ilmu, dan menggunakan ilmu tersebut. Biar pointer tak tinggi, yg penting ilmu tinggi.


Salah silap aku mohon maaf, ini hanya sekadar luahan perasaan yang terpendam. Situasi ini aku dah tengok semenjak aku sekolah sampailah aku ke universiti. Pesanan drpd slh seorang pensyarah aku, mortarboard (topi graduation) tue jgn dibaling-baling, sebab itu adalah nilai bagi sesebuah ilmu. Aku pun pernah terbaling masa degree dulu (masa tue aku tak tahu, tgk org baling ak pun baling la). Semua nie pesanan buat aku dan kamu juga......terima kasih





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...