Sunday, December 30, 2012

Something better than good


 













Bismillahirrrahmanirrahim.

Allahu Akbar !

Maafkan hambaMu yang kerdil ini, sering kali cepat berputus asa. HambaMu lupa akan janji-janjiMu.
Refresh balik diri kita....
Sebenarnya kita lebih banyak memaksa daripada berdoa.
Memaksa Allah SWT menqabulkan doa kita. Yang kita mahu, apa yang dihajati tercapai. Bukan begitu..?
Tepuk dada, tanya diri masing-masing.

Adakalanya Allah SWT bukan tidak mahu memberi apa yang kita MAHU, 
tapi ada perancangan yang lebih baik dari itu untuk kita.

Firman Allah SWT :
 وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang ,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” - Surah al-Imran ayat 54

Firman Allah SWT lagi : 
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jua YANG MAHA MENGETAHUI (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - Surah al-Baqarah ayat 216


MANUSIA MENYANGKA DOA MEREKA TIDAK DIAMKBULKAN, SEDANGKAN SEBENARNYA IA DIMAKBULKAN MELEBIHI DARIPADA APA YANG DIPOHON, ATAU IA MENOLAK DENGAN MUSIBAH ATAU PENYAKIT LEBIH BANYAK DARIPADA APA YANG DIPINTA, ATAU DIBERIKAN GANJARAN PADA HARI KIAMAT.




Wednesday, December 26, 2012

Cuba dan Rasa

Assalamualaikum.

Alhamdulillah wa syukurillah, 

sebelum aku mula, nak tanya sikit. Pernah atau tidak anda semua mencuba rawatan sunnah Nabi SAW, berbekam...?

Pernah...? Kalau pernah Alhamdulillah.

tapi kalau belom, why not try. Baik untuk kesihatan badan. Mengeluarkan darah kotor yang ada pada dalam badan.

Sakit..???mana ada sakit. kalau yang sakit itu, cara orang tersebut salah. abis tu macam mana nak tau orang tu buat sakit ke tak sakit. Senang je, just baca testimonal. Kalau ramai yang bagi tindak balas positif tu, insyaAllah okey. Biasanya bagi pengamal perubatan Islam, mereka akan buat sekali rawatan bekam. So, bolehlah cuba. Paling murah ada yang 1 cup RM 5, tapi ada juga yang 1 cup RM35, so pandai-pandailah pilih ya.

Rasanya tak adalah sakit mana. Mula-mula dia akan tekapkan cup tu atas point-point yg sepatutnya. Kemudian,  akan rasa sakit (tapi aku rasa tak sakit, depends atas diri masing-masing) /gatal sikit sebab dia nak torehkan/ tebuk (bukan mcm tebuk tin susu tau, dia cuma tebuk permukaan kulit sebanyak 5-10 menggunakan jarum kecil utk keluarkan darah kotor). Jangan risau, torehan /tebukan tu tidak mengakibatkan luka lansung. Anda akan rasa macam gatal-gatal je. Lepas tue baru dia letak balik cup tue dan proses mengeluarkan darah kotor bermula. 

Tak lama pun, dalam setengah jam je, lepas tue cup tue akan dicabut balik. Bergantung pada kondisi badan, kalau banyak darah kotor, banyaklah darah yang akan keluar pada cup tu, kalau sikit, memang sikit jelah darah yang keluar. Nak tahu lebih lanjut, kena cuba.



Di samping menyihatkan badan, bekam ini membantu kita mengeluarkan syaitan-syaitan yang bertapa di dalam darah kita. InsyaAllah, dengan bekam membantu kita menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding dulu. Yang paling penting kena ingat, yang menyembuhkan adalah Allah SWT, semua alatan atau kaedah yang digunakan untuk rawatan hanyalah pengantara dan juga usaha semata-mata. Sesungguhnya sebagai manusia, kita disuruh berusaha untuk mencari rawatan supaya badan kita akan terus sihat untuk melaksanakan segala perintahNYA. 

 وَإِذَا مَرِضْــتُ فَهـــُوَ يَشْفِيـــنِ
Setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali MATI

USAHA + IKHTIAR + TAWAKKAL




Monday, December 24, 2012

Ada Niat Tapi Belum Mampu

Post kali ini khas ditujukan kepada Cik Aisyah Ahmad Thani...hehe

First time baca tajuk, mesti terfikir pasal nikahkan..?

betol tak? dalam banyak-banyak yang baca ini mesti ada yang tertipu punyalah.

mesti u all semua ingat yang aku akan bercerita pasal nikah, but it totally wrong. Kalau pasal nikoh kahwin nie, aku rasa aku bukan pakar untuk mengulas. Biarlah blog-blog lain yang berpujangga mengenainya. Aku sebenarnya nak story pasal minat menulis ini. Memang punya niat untuk mengupdate blog everyday, or everyweek or at least every month, tapi tak mampu. Dek kerana kekangan masa bekerja, tidur, makan, shopping semua (kurang asam je kan), so aku hanya mampu update bila betul-betul mampu.

Tapi....

bila aku sangat dan amat teringin nak menulis, aku cuba juga sedaya upaya menulis. Biar pun singkat coretannya, aku akan gagahkan diri duduk menghadap laptop dan terus menulis. Hari ini aku gagahkan juga diri (tapi belomlah sampai tahap merangkak nak pergi depan laptop) menulis demi Cik Aisyah, permintaannya yang aku cuba penuhi. Cuma kadang-kadang jealous tengok orang lain punya blog, kagumnya. Taajubnya, seorang manusia mampu untuk menggunakan akal dan bakat kurniaan Allah SWT ke jalan dakwah.

Hopefully, satu hari aku akan menjadi seperti mereka. Mana tahu tiba-tiba nama aku terpampam di kulit buku (wah seronoknya berangan...). Doakanlah, impian dan harapanku dalam jangka masa yang panjang ini tercapai.

buat yang manaruh harapan aku bicara pasal nikoh kahwin ini, hanya sedikit pesanan yang mampu aku titipkan. Kepada insan-insan yang masih menunggu giliran untuk mengetahui RAHSIA ALLAH SWT ini jangan pernah berhenti berharap, teruskan usaha, tapi jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Jangan sebab hendak mencari calon suami kita lupa tanggungjawab sebagai :
 khalifahNya, 
umat kepada RasulNya,
rakyat kepada pemimpin,
anak kepada orang tua kita.

Mungkin suatu hari nanti, aku akan cuba bercerita tentang insan-insan yang tidak berkahwin sehingga mencecah umur 60-an, yang mana aku sangat kagum akan mereka ini. Bukan kerana mereka menolak perkahwinan, tapi Allah SWT sedang merahsiakan sesuatu yang lebih baik dari seorang suami, dan mereka juga tabah menghadapi serangan soalan-soalan soal jodoh yang bertubi-tubi dari masyarakat sekeliling. Tabahnya mereka meredahi.

Sekian...

"menyerah akan terasa jauh lebih menyenangkan 
ketika bertahan sudah tidak lagi memungkinkan"




Saturday, December 22, 2012

buat wanita yang bergelar ZAUJAH

Alhamdulillah, di penghujung tahun ini berduyun-duyun jemputan walimah. Tahniah dan barakallah lakuma. Di kesempatan ini juga aku sisipkan pesanan Imam Ghazali kepada anak perempuannya :



Anakku !
Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.
Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak kenali.
Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu...

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. 
Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu.
Jangan engkau memaksa-maksa apabila meminta sesuatu daripadanya.
Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu.
Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau.
Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab tertentu.
Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya...
Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum.
Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik.
Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.




Saturday, October 6, 2012

Ada Aku Kesah

"sibuk la, ak yang punya hidup biarlah aku yg decide,
 lantaklah orang nak cakap apa"
ADA AKU KESAH..?

eh, assalamualaikum..memang kena kisah pon
kita bukan hidup seorang di dunia ini, ada ramai lg manusia lain.

kadang-kadang kita lupa, dah sifat manusia memang pelupa 
(kena setuju walaupun anda xsetuju)

ingatlah orang yg tersayang walau dalam apa jua keadaan,
 jgn pentingkan diri sendiri.
 jgn fikir nak jg hati dan perasaan sendiri shj.
Lagi-lagi bab laki/perempuan (girlfriend/boyfriend),
 ak memang pantang betol (harap-harap aku xmcm tue). 
sebagai manusia,
 kita jg kena jaga hati dan perasaan org di sekeliling.
bukan apa, lepas jumpa GF/BF,
terus jd lupa daratan,
mak bapak sendiri pun xkenal dah.

soryla, teguran ini agak kasar,
but it come prom my heart sincerely.
(oh my english! caca merba grammar ak..) 

teringat lagu zmn kecik-kecik, 
tumbuhan dan haiwan pun ada kaitan sama lain, inikan pula manusia :


tanya sama pokok, apa sebab goyang
nanti jawab pokok, angin yang goncang,
tanya sama angin, apa sebab hujan, 
nanti jawab angin tanyalah awan,
awan nanti kata,
aku kandung air,
sampai tempat sejuk,
ak pun cair...

lihat dalam air nampak bayang-bayang,
campak satu batu bayang pun hilang.




Saturday, August 4, 2012

Jom Layan

Soryla, aku tahu org akan marah aku sebab post lagu nie, tapi lagu-lagu ini ada unsur dakwah, InsyaAllah sekali sekala untuk halwa telinga. Jangan lupa berzikir juga yer.....*_*


Tompi - RAMADHAN DATANG



Opick - RAMADHAN TIBA




Wednesday, August 1, 2012

ar-Ra'su Syaiban (الرَّأْسُ شَيْبًا)

Bismillahirrahmanirrahim......

12 Ramadan 1433 Hijrah, semoga kita semua masih segar dan bertenaga menghirup udara Ramadan.

Terdetik untuk menulis entri ini, selepas menonton drama bersiri BAITUL RAHMAT di TV1, terbitan JS Pictures (Sheila Rusli & Husband), setiap hari 7.30 malam dan ulangan 5.30 pagi. Satu pujian yang patut diberikan kepada penerbit kerana berjaya mengupas kesedaran masyarakat tentang peranan anak terhadap kedua ibu bapa.



"Dan Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia terhadap kedua-dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan memeliharanya (menyusunya) dalam dua tahun.  Bersyukurlah kepada-Ku (Allah) dan kepada kedua-dua orang ibu bapa kamu, kepada-Ku (Allah) tempat kembali."
(Surah Luqman (34) : ayat 14)


"Nabi Zakaria a.s berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalalu telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku."
(Surah Maryam (19) : ayat 4)




Mesti tertanya-tanya, apa kaitannya dengan Ra'su Syaiban kan...? Kisah Nabi Zakaria a.s telah diceritakan dalam al-Quran dalam Surah Maryam ayat 4, ketika mana Nabi Zakaria tidak pernah berputus asa berdoa memohon dikurniakan zuriat kepada baginda dan pasangannya. Sehingga Nabi Zakaria a.s sudah ditumbuhi uban (kiasan kepada sudah meningkat usia/ tua), baginda masih lagi berdoa, sehingga Allah SWT mengurniakan cahaya mata kepada baginda, iaitu Nabi Yahya a.s. Lihat betapa yakinnya baginda dengan Allah SWT. Oleh yang demikian, setiap doa yang dipohon perlu beserta keyakinan. 

Jangan main senang nak terus kahwin lain atas alasan tiada zuriat. Aku bukan mempertikaikan poligami, cuma aku pertikaikan sikap orang yang senang nak mengambil poligami sebagai jalan penyelesaian. Aku menulis atas dasar lelaki yang suka menyalahkan isteri mandul, tak subur dan sebagainya. Suami dengan senang hati berkahwin lain, manakala si isteri makan hati berulam jantung. Ketahuilah, semua perempuan mengharapkan zuriat dari rahimnya, perempuan mana yang inginkan dirinya mandul, TIADA! Wahai kawan-kawan sekalian, contohilah Nabi Zakaria a.s =)

tapi, tujuan utama aku menulis bukan sebab atas, tapi sebab di bawah ini....(teruskan membaca)


Kita anak-anak ini dah semakin lupa tanggungjawab.
Ramai yang memilih kerjaya daripada ibubapa, dan ramai yang mengetepikan mereka demi pasangan hidup dan ada juga yang membuang mereka kerana geli, malas, leceh nak jaga. Kalau dulu semua yang kita nak dapat. Mak & ayah tak bising pun. Kencing berak kita, siapa yang basuh...? Makan minum kita siapa yang tanggung.

Mungkin kita LUPA..!!!

Yang lebih menyedihkan lagi, disebabkan laki/perempuan yang dicintai sanggup tolak mak & ayah ketepi, tak fikirkan perasaan mereka. Kononnya, mak & ayah tak faham pasal cinta. Come on ! kalau mereka tak faham pasal cinta macam manalah kita ni semua boleh lahir. Satu yang aku ingin utarakan, berKAHWIN itu maksudnya berkongsi. Maksudnya, kita ini kongsi kasih sayang, bukan bila dah kahwin, suami/isteri tu hak kita sepenuhnya. Sebab itu, lelaki kena bertanggungjawab seluruhnya, keluarga sendiri, keluarga belah dia dan keluarga mentua. Hak perlu diberikan seADILnya, baru semua pihak akan terjaga. Don't be selfish ok! Banyak kes sebegini yang berlaku, lagi-lagi musim raya.

Jagalah kedua orang tua kita, selagi mereka bernyawa. Golongan Ra'su Syaiban ini adalah anugerah buat kita yang bergelar anak.Ingatlah !!!

'treat people how you would like to be treated'



Iklan PETRONAS yang terngiang-ngiang hingga ke hari ini, 
al-Fatihah buat pengarahnya arwah Yasmin Ahmad.


@Tulisan ini adalah untuk meningatkan diri ini dan diri kamu juga, 
semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah, 
insyaAllah@




Thursday, July 26, 2012

Me & Mr. R

Saat mula-mula aku jumpa, serius memang tak suka. Memang kalau boleh tak nak jumpa.

Saat itu umur aku baru 7 tahun, mak suruh aku belajar mengenali Mr.R. Aku cuba tapi aku tetap tak suka.
Aku selalu tipu belakang mak. Macam-macam yang aku buat, supaya aku ada peluang untuk mengelak DIA. Sebab aku rasa bila Mr. R datang, aku tak dapat jalani kehidupan aku yang NORMAL.

Sampai aku sekolah menengah, Mr. R tak pernah jemu tunggu aku. Kawan-kawan aku semua gembira berjumpa Mr. R. Aku malas nak layan, tapi aku gagahkan juga diri ini jumpa DIA. Kali ini lain aku macam rasa lain, macam cinta baru nak berputik. Malas nak fikir banyak, so tak nak amik port sangat.

Memang setia Mr. R nie, aku masuk Nilam Puri menjalani kehidupan sebagai pelajar asasi, dia masih menemani aku. Kawan-kawan aku, sangat gembira dan sangat rapat dengan Mr. R. Aku jadi cemburu. Semakin lama, aku macam dapat rasakan yang aku sukakan DIA. Oooopss..!!! Makin lama aku kenal, makin aku kenal hati budi DIA. 

Sehingga aku ke Menara Gading. Aku dapat rasakan DIA sangat special. Mak aku dah tak paksa, tapi aku sendiri yang rela. Sekarang aku makin dewasa, aku rasa memang DIA yang aku rindui. Bila DIA tak ada, aku akan cari dan tunggu. Rindu dan sangat rindu.

Genap usiaku 25 tahun, aku menyambut hari lahir bersama DIA. Ini kali pertama sepanjang umur hidupku. Ya Allah memang sangat terharu dan betul-betul bersyukur. Rupanya DIA tidak pernah jemu datang dan menunggu aku, cuma aku yang ego padanya. Sebenarnya, baru aku tahu yang Aku cinta kamu Mr. R. Kenangan bersama setiap malam bersamamu, tidak akan pernah aku lupakan. Aku mengharapkan jodoh kita berkekalan untuk tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Walau apa pun, aku akan cuba mencintaimu sepenuh hatiku. InsyaAllah.

Oooh, Mr. R you are so special...!!!! 

Engkau yang mengajar aku erti menahan lapar dan dahaga, menahan diriku dari segala perbuatan keji dan mungkar. Memang benar, padamu terkandung nikmat cinta yang besar kepada Sang Khalik. Memang benar dulu aku benci kamu, kerana saat itu aku yang masih belum dapat mengerti dirimu, betapa jahilnya aku. Aku akan terus cuba menjadi terbaik sepanjang kau menemaniku dan bila tiba saatnya kau tinggalkan aku, aku akan tetap berusaha menjadi yang terbaik untuk Penciptamu. Alhamdulillah, syukur atas nikmatMu Ya Rabb, kerana Engkau telah mengenalkan aku dengan Mr. Ramadan.







Wednesday, July 25, 2012

It's all about LOVE

Love is a big sacrifice, isn't it?
You try to forgive and forget, but you still give it a try.
You are hurt, but you still continue to love.
You were betrayed, but you still hope.

And the big hit?
You've been left, but you still wait.

Because...
Once you  have feelings for someone,
it always be there.
You may not like them anymore,
but you still care.

Actually..





















*wahhh!!! aku berfalsafah hari ini....



Tuesday, July 24, 2012

mungkin "GAYA" tak kena "CARA"



Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyambut Ramadan tahun ini. Inilah blan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadan tahun depan. Oleh itu, anggaplah ini Ramadan Terakhir buat kalian dan diri ini juga.


Muslimin dan muslimat berlumba-lumba mengejar pahala Ramadan. Alhamdulillah !
Tidak kurang juga, yang masyarakat selain beragama Islam, ada yang cuba untuk berpuasa sama, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha anda, insyaAllah semoga kalian terus dapat merasai nikmatNya.

Lebih membanggakan lagi, slot TARAWIH. Pakcik dan makcik sungguh gagah berjalan dan mengerjakan 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir. SubhanAllah, MasyaAllah, AllahuAkbar..!!! Tidak kurang juga golongan yang muda, teruskan usaha. Kalau pakcik makcik mampu, kita yang muda mesti lagi mampu, InsyaAllah.

Cuma, ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan. Aspek SOF dalam sembahyang. Rata-rata lebih suka tertumpu di bawah kipas. Ada yang lebih suka duduk dalam golongan kawan-kawan sendiri. Sehingga bila Imam bangkit, dan sudah mengangkat takbir, masih ada lompong-lompong kosong yang masih belum dipenuhkan. Apa salahnya, kita penuhkan yang kosong dulu. Tidak kiralah sejadah siapa atau siapa disebelah kita, yang penting SOF itu tidak terputus. 

Bukankah SOF itu lambang kekuatan umat Islam. Ibaratnya kita ini tentera Muslim yang sedang mara untuk pergi berjuang. SOF yang "KUKUH" dan "KEMAS" sudah tentu dapat menggentarkan hati pihak musuh. Bayangkan kalau masyarakat yang bukan Islam lihat, alangkah bangganya dan indahnya Islam.

Mulai hari ini, tanamkan dalam diri, kalau nampak sahaja KOSONG aku akan terus masuk, tak perlu lagi tunggu orang menyanyi lagu KOSONG Najwa Latif baru nak melangkah. Nanti semua orang dah angkat takbir dan tak mahu bergerak. Lagipun, SOF yang paling depankan yang paling AFDAL. So, siapa cepat dia dapat..!

Banyak yang perlu diperjelaskan tentang SOF dalam SOLAT, adalah lebih baik sekiranya kalian bertanya kepada yang pakar atau membaca buku rujukan Solat :



1. Kita dibenarkan untuk bergerak tidak melebihi 3 kali ketika dalam solat tanpa perlu membatalkan solat.Contohnya bergerak untuk merapatkan sof, jika ruang kosong besar, maka pergerakan tersebut hendaklah secara buat dan berhenti seketika, tidak sekali gus. Lebih baik lagi, orang dibelakang terus memenuhkan yang depan. 


2. Meluruskan SOF, dengan cara melihat bahu orang disebelah anda. Pihak masjid @ surau biasanya telah menyiapkan CARPET yang telah tersedia dengan garisan SOF. Maka, kaki kita biasanya akan berpandukan  CARPET tersebut.

Lebih mengecewakan lagi sikap tidak ambil port / tak amik berat sesetengah pihak, apabila diminta untuk memenuhkan ruang kosong dan meluruskan serta merapatkan SOF. Ramai kawan saya yang mengadu, kebanyakan golongan yang sudah berusia (maafkan saya kerana menyinggung), yang lebih suka duduk di atas sejadah sendiri, secara tidak lansung, bahu tidak akan bersentuh satu sama lain. Hmmm. 

Ramai juga yang rasa bersalah kerana mereka lebih muda, sudah tentu susah untuk golongan berusia menerima teguran tersebut. Mungkin juga GAYA teguran kita yang tidak bersesuaian dengan CARA mereka. Kita kena lebih kreatif, mungkin kita boleh tarik tangan dia dgn lembut untuk merapatkan sof. Cubalah pujuk dengan suara yang lebih lembut, moga mereka cair mungkin =D

Yang penting, jgn mudah putus asa. Kita juga perlu faham, tidak semua bertuah belajar agama macam kita. Masa dan zaman mereka sangat berbeza dengan kita. Jadi kita kena bantu antara satu sama lain.
Selamat Menunaikan Tarawih dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. RAMADHAN KAREEM.

perkongsian: suasana umat Islam di luar negara menyambut Ramadan sangat meriah, diharapkan suatu hari nanti Malaysia juga begini...


lampu-lampu yang digantung ketika Ramadan
'asir buah-buahan (jus buah-buahan)

cantiknya..SubhanALLAH
RAMADHAN KAREEM






Saturday, July 7, 2012

Esok belum tentu hidup !

Mak tanya aku "nak sarapan apa pagi ni....."

Aku jawab "entahla, ermmm...nasi lemak kot..."

Mak setuju je, "nak beli ke nak masak..?"

"Kalau masak nasi lemak hari ni, esok nak sarapan apa..?" balas aku.

"Allah, belom tentu esok kita hidup lagi..." mak menegur aku.

Aku tersenyum, dalam hati hati mengiyakan apa yang emak kata. Aku sedih, sebab aku terlupa yang aku akan mati. Bukankah orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu meningati mati. Belum tentu esok kita masih bernyawa, mungkin ajal kita akan menjemput seminit, sejam, setengah hari atau sehari selepas itu. Tiada siapa tahu.


ungkapan "aku belum bersedia nak mati" adalah SALAH.

ungkapa yang paling BENAR ialah " aku kena bersedia untuk mati" kerna mati itu tidak pernah mengenal usia apatah lagi darjat keturunan.


 INGATLAH MATI ITU PASTI !





Saturday, June 23, 2012

Oh Bahagia ♥

Terima kasih Ya Allah.

Aku masih diberi peluang merasai nikmat bahagiamu.
Sukar untuk melafazkan perasaan BAHAGIA itu tapi dapat difahami bagi sesiapa yang pernah merasainya.

♥ 22/6/2012 ♥

Banyak berita gembira aku terima.

Kawan baik aku akan bernikah tidak lama lagi. Tema majlis Pink Belacan (macam lawak bunyinya). Biarlah warna apa pun, yang penting BAHAGIA. Senang aku melihat dia sibuk memilih baju nikah, kek pengantin, veil dan banyak lagi.

Kawan yang lain sedang berusaha ke arah kejayaannya. Berjuang bagi meraih segulung lagi ijazah. 2 tahun di garisan perlumbaan, kini sudah tiba di penghujung penamat. Tahniah aku ucapkan.

Yang baru bertunang, sedang merancang ke gerbang perkahwinan. Alhamdulillah, satu lagi masjid akan terbina pada tahun 2013. Semoga berbahagia buat sahabatku dan pasangan.

Tidak ketinggalan yang sedang berdebar menatikan kelahiran cahaya mata pertama. Aku bakal bergelar Aunty Wan.

BAHAGIA juga buat sahabat yang bakal menjadi tetamu Allah ZULHIJJAH ini. Lambailah aku untuk ke sana juga suatu hari nanti.

Ada juga yang baru pulang dari Tanah Suci, bersama keluarga BAHAGIAnya.


Kadang-kadang kurniaan BAHAGIA bukan untuk kita,
tapi serpihannya membenarkan kita merasainya
TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI 
KEBAHAGIAAN KALIAN






Wednesday, June 20, 2012

Temuduga PPPT DH41 (Teknologi Maklumat)

Alhamdulillah lepas dah segala bebanan yang digalas selama seminggu. Bermula dari dapat surat temuduga (iv) sampaila ke hari temuduga. Poning den memikir macam-macam, apa yang nak dibaca pasal Malaysia dan Teknologi Maklumat. Luas tue skopnye. Memang jenuh dan perit.

Siapa-siapa yang belum pergi temuduga mesti berdebar-debarkan (hehehe...aku pun penah rasa). Dapat jek surat temuduga aku sempat lagi pikir nak pergi ke tak. Last2, buat keputusan pergi jelah, bukan rugi apa pun.

So, aku pun start google experience org lain dlm blog and so on. Ada juga jumpa. Tapi yang aku paling frust, tak de pun calon-calon temuduga teknologi maklumat yang bercerita. Yang ada pun teknologi maklumat (rangkaian). Memangla lebih kurang sama jek, tapi de juga lainnya tue. So, ak mmg semangat nak pergi iv, sbb nanti aku balik ak nak share dengan u all semua. (Baik tak aku..??? perasan jap).

Nak ceritanya, punyalah aku rajin giler. Aku memang study giler2 nie (dalam kata tak nak pergi tadi, tapi aku yang paling poyo study). Sedangkan kalau exam dekat U pun aku tak pernah serajin nie (serious aku cakap). Aku dah sampai pening tahap tepu dah kepala. Dah la aku memang orang yang tak suka membaca sejarah2 nie, bukannya tak suka, tapi sebabnya banyak sangat fakta yang nak kena ingat. Lagi lah sekarang, banyak yang perdana menteri dah buat transformasi, memang kena ambil tahu lah.

So, aku memang baca semua yang ada kat website nie http://www.epu.gov.my/gtp. Jangan lupa baca juga blog 1 Malaysia. Yelah, u all kan nak iv government, kena ambil tahu lah semua. Tengok juga yang ini, senarai nama kabinet. Kalau boleh tampal kat bilik korang. Sebenarnya memang patut pun kena ingat. Kita kan rakyat Malaysia. Ada degree pula tue, malu la sikit. Actually, aku pun baru terkial2 hafal sebelum nak iv..hehe. Nie link :
http://www.kabinet.gov.my/index.php/en/menteri.html.
Banyak la lagi pasal Malaysia kena tau. Isu semasa pun penting juga, tgkla berita sepanjang minggu tue.

Sampaila hari yang ditunggu2....

Aku punya sesi 9.30 pagi. So, aku bertolak dari umah menaiki pengangkutan awam smp la ke JPM (Jabatan Perdana Menteri). Perasaan masa tue, memang tenang jek, ditambah pula keadaan sekitar di JPM tue memang mendamaikan, senyap jek. Masuk jek pintu, kena tempuh mak guard dulu. Jangan lupa bawa apa yang dipesan dalam surat tue. Bawalah lesen korang yang ada gambar, sebab nanti nak kena buat 'cagaran' dgn pas pelawat.

Masa, aku sampai kat area temuduga, taklah ramai sangat orang, mungkin aku kena hari terakhir kot. Sampai jek kat kaunter, tunggu sekejap. Ikut turn. Nanti adalah pegawai yang panggil. Nak pesan nie, siap2lah susun ikut apa yang disenaraikan dalam surat tue. Kalau tak, nanti korang kena buka kilang menyusun kat kaunter tue. Bawa jelah sijil apa yang nak dibawa, janji yg up to date la, jgnla bawa yang zaman tadika semua tue. Pastikan juga ijazah korng tue yg ada cop mohor tue, jangan bawa yang kosong jek. Kalau tak yakin, angkut jek semua sijil2 kat rumah tue bawa datang. Bila, pegawai tue dah cek, baru dia lepaskan korng masuk ke bilik menunggu. Kat situ adalah bilik2 temuduga, macam ak kena bilik 15. Kakak pegawai tue infom kata masuk by group yer. So ready jelah, siapa yang akan sekali dgn korng.

Aku sempat beramah mesra dgn kwn2 group aku. Tuela pentingnya Social Communication. Ramah tamah la ckit, tanya2 pe yg patut. Alkisahnya, sepanjang menunggu kat situ, terdengar la bilik2 lain yang kena interview. Bilik yang aku patut masuk tue senyap sunyi jek, adalah dengar ketawa2 ckit. Antara 2 bilik yg paling havoc bilik 12 & 13. Aku rasa bidang elektrikal dan sains pemakanan kot. Siap kena mock teaching + kena soal masa mock teaching. Kesian aku tengok diorang. (Sian kat org, nasib aku blom tau lg..huhu).

Sampai turn kami, sekali intiviewer tue kata mereka nak break sekejap. Alamak, tambah lg la nervous aku, dup dap dup dap. Kami pun berbual jelah. Biasalah, perempuan, mmg hobinya berbual :D. Memang patut pun korng kenal siapa 'pesaing' anda. Macam yg aku tanya, ada yang pensyarah IT di KUIN,programmer, guru bidang IT degree in Networking, penjawat awam jab. penerangan yg dah ada experience kerja bertahun2. So, ramaila lg. Paling ramai adalah fresh graduate la, but self confidence tue penting, just perform the best la.

Time's up. Now, our turn. Masuk dgn mengetuk pintu, kalau sorang dah ketuk tak payah la nak ketuk ramai2. Agak2 la wey!!! bg salam utk masuk. So, intiviewer aku adalah Tan Sri ( lelaki, muka look fierce, tp baik jek) & Dr.(perempuan, lembut jek mukanya, tenang hati). Mula-mula Tan Sri terangkan pasal jawatan dh 41 nie & apa yang akan mereka jalankan sepanjang iv. Pada aku baguslah dia terangkan, bg kita nampak sikit la. Jadi sesi dimulakan oleh Tan Sri :

This is the lecturer po. U need to teach about IT, and u will be teaching in english. So, I want to see ur english communication. (maksudnya kenalah speaking London)

1. Please introduce ur self in a term of promoting ur self. 4 minutes for each candidate ( tak kira pun masanya). Volunteer please, who want to start.

2. So, we want to know how your teaching. Because sometime, good person cannot teach. So, ala2 mock teaching la nie. simple jek. Aku macam blur, nak ajar apa, then dr. tue suruh ak ajar programming ( dalam hati aku, nasib baik aku ada baca pasal programming sikit2. So, ak pilih Java. sekejap je kot ak ngaja) Aku pilih untuk ajar how to display the words " selamat datang". 

3. Lepas dah settle english. Tan Sri berbahasa Melayu kembali. Soalan seterusnya. Bagaimana untuk menjadi pensyarah yang bagus supaya dapat melahirkan pelajar yang berkualiti. (bahagian nie lebih kepada discussion berkumpulan, kena pandai bercakap dan berbincang, tapi tolong jgn asyik korng jek nak tunjuk hebat, give & take please..)

4. Soalan cepumas seterusnya. Berapa ramai yang sudah berkahwin sini ? Antara kami berempat, aku sorang je belum berkahwin. Tan Sri kata, kekosongan jawatan in sebenarnya tiada di sekitar Lembah Klang. Kalau yg ada pun mungkin di Sabak Bernam. Anda mungkin akan dihantar ke kawasan2 politeknik atau kolej komuniti yg jauh, tapi tiadalah sampai ke kwsn pedalaman. Sanggup ke? hahahaha

Masa nie, serious aku terdiam, calon2 yg lain masing2 sibuk mempertahankan, kalau boleh tak nak, tapi selagi kawasan itu boleh dipertimbangkan asalkan tidak Sabah & Sarawak. Aku senyum memanjang time nie (bukan sbb aku yakin dapat, aku senyum sbb rasa mcm lawak, tadi semua macam formal, angguk & setuju jek dgn Intiviewer, tiba time nie sume nak bersuara.)Sampaikan Dr. tue kesian dekat aku, terdiam. Dr. tue bg ak peluang utk bercakap, so I just boleh, insyaAllah takde masalah (padahal dlm hati, aku pun tak nak Sabah Sarawak, tp aku takde alasan kot). 

Aku puji Tan Sri tue, dia kata bukan apa, saya yg dah tua nie faham. Family come fisrt, money tue boleh dicari. Memang betol pun dia kata.

5. Tan Sri macam dah takde soalan. So, dia pass to the Dr. Jadi Dr tue pun tanya, ok seperti yg kita tahu. Malaysia kekurangan org utk membangunkn perisian. Jadi bagaimana utk menyelesaikan isu ini. Kami pun jawablah, tapi serius kakak2 yg dgn aku nie, mmg petah berkata-kata. Sampai aku tak sempat nak jawab. At the last barula aku menyumbangkan idea.

Jadi itu jelah rasanya soalan yg ditanya, yg aku geram benda2 yang aku baca tue, satu habuk pun tak keluar, tapi bagus pun kalau tak penat nak pikir. Sesi temuduga berjalan dgn sempoi sekali, takde lah nak stress sgt. Entahla, ak rasa gaya mereka mcm dah ada calon jek, sbb mcm tak serius pun tanya kami.

Last sekali, Tan Sri pesan, doa jelah. Awak nie ramai, kami pun pening nak senaraikan siapa yg tinggi markah. Aku pujilah Tan Sri & Dr. tue, tidaklah serius sgt. So, tamatlah iv. Nantikan saja keputusannya.
Semua bergantung pada rezeki. Ada yg bilik kena penemuduga yg tanya macam2 pasal Malaysia & bidang yg kita amik, ada yg betul2 sempoi jek. Itu semua rezeki anda, banyakkan berdoa semoga dipermudahkan. 

Teringat aku cerita Lasykar Pelangi.
Besar betul pengorbanan seorang guru kepada anak bangsa.







Sunday, June 17, 2012

Terukir Di Bintang

Bismillahirrahmanirahim....

Untuk ke sekian kalinya, dalam kesibukan terpaksa mencuri masa juga...
Ada yang aku perlu sampaikan, 

Tentang usaha. Hayati dan amati kata-kata ini :

"gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, 
dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"


biarlah tinggi mana pun cita-cita, biarlah cita-cita itu TERUKIR DI BINTANG mana pun,

adalah tidak mustahil suatu hari akan tercapai jua, yang pentingnya usaha. 

tapi wahai manusia, hidup bukan hanya nak kejar cita-cita duniawi.

ada yang lagi penting,


hubungan


anda


dengan


mereka ini

Hablu min Allah (hubungan dengan Allah)

Hablu min an-Nas (hubungan dengan manusia)

Kita belum digelar hebat, selagi 2 hubungan itu tidak dijaga.

Jangan kerana kepentingan diri, kita abaikan orang lain. 

Usahalah menjaga hubungan-hubungan ini

Sudah faham kata-kata itu...???

nah nie lagi satu...


"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."





Sekian sahaja,

kepala aku sedang mual dan sarat mengandung ilmu-ilmu tentang Malaysia & Teknologi Maklumat 
(akanku ceritakan mengapa perkara ini terjadi dalam post yang berikutnya)

doakan aku dapat membuat yang terbaik utk masa depan aku....!!!





Thursday, March 1, 2012

Today My Life Begins

2 bulan berlalu tanpa sebarang hasil. I have done NOTHING. Huh, menyesal dah tiada gunanya. Kalau dipikirkan balik, bukan apa sangat yang aku buat sepanjang tempoh 2 bulan. Maklumlah, belajar tanpa pak guard/mak guard ini penuh dengan dugaan dan rintangannya. Bab pertama bila buka buku, atau apa sahaja bahan bacaan ilmiah/akademik, aku akan merasa sangat mengantuk (automatik mulut akan menguap dengan luas).



Bab kedua, bila terkena pulak bahan yang dalam bahasa Inggeris, berkerut dahi, kening semuanya lah berkerut (maklumlah, my english education not so good). English bolehla tahan lagi, dapat yang bahasa Arab, memang jawabnya ak terus tutup, xpaham (padahal memang xbuka lansung, sebab takut, xpaham and mata berpinar-pinar). 

Kadang-kadang dah lepas the two stages yg atas nie, naik je stage yg ke-3, baru nak mula menaip, konon nak terus kumpul data dalam lappy (a.k.a laptop), singgah FB la kejap. Jenguk-jenguk mana yang patut, tapi bila dah msuk FB, terus melekat, dah kerja lain lansung tak menjadi (bahayakan FB nie, tahu tapi suka jg mengadapnya). Sometime, bila dugaan kat FB takde, aku pun bersemangat kental untuk mula menaip, tapi sayangnya ada sahaja yang mengganngu. 

Kekadang tue, barula satu perenggan aku taip, dah perut aku main keroncong lagu rancak (kalau slow takpe lagi), dah tue terpaksalah cari sesuatu untuk mendiamkan keroncong yang berkumandang, tapi makan punya makan, mata pun naik ngantukla. Lantas aku tertidur (memang sengaja menidurkan diri pun..hehe). Kalau perut ok sekali pun, ada saje dugaan-dugaan yang datang, Mr.T panggillah, ibe2 jek ada butterfly in my stomach. Tiba-tiba ada rancangan best kat TV la, dah terus melekat. Memang hidup ini dugaan.

Apa ? study kat library? lagilah HAMPEH!!!.
aku belum sampai tahap nie lagi...

Sepanjang kajian dijalankan, aku mendapati aku hanya mampu bertahan di library yg senyap dan sunyi itu selama 2 jam sahaja. Lebih daripada itu, jiwa aku akan merasa ketidaktenteraman. Mulalah, aku tak buat keja, aku akan pandang orang di sekeliling aku. Siapa yang berjalan di sini sana. Memamng tak kuat iman sungguh aku nie.Macam-macamkan dugaan nak menulis nie.Tue belum campur tahap kemalasan yag memang sudah sedia ada, memang tak berjalanlah sesi penulisan disertasi aku.

Semua nie bergantung pada disiplin diri dan kekuatan diri untuk melawan hawa nafsu and sifat-sifat yang sepatutnya kena buang jauh-jauh tue. Oleh yang demikian, starting today, aku bertekad dengan sepenuh keazaman (cit, poyo jek aku nie!!!) aku akan berusaha lebih keras untuk menjadi semakin rajin menulis dan membaca buku serta mengkaji tajuk yg sudah aku hantar pinangannya(proposal) kpd Dr. Raudhah. Aja-aja fighting!!! Chaiyok2!!!

Tulisan ini aku karang buat pengajaran kepada calon-calon siswazah yang membaca. Hadapi semua dugaan dengan iman yang kuat. Jangan mudah mengalah. YAKIN BOLEH!!!!




Wednesday, February 29, 2012

Maafkan aku..

Diri ini sentiasa punyai khilaf
Adakalanya, dalam tidak sedar
perbuatan dan percakapanku menyakitimu
Ibarat tangan yang terkena pisau
Pasti ada kesan calar atau luka yang terpahat
Mungkin juga ada darah yang mengalir
Sakit...
Pedih...
Perit...

Sembuhnya?
mungkin akan mengambil masa berhari-hari
berminggu-minggu 
berbulan-bulan
bertahun-tahun
atau mungkin selamanya
Tiada siapa tahu




Maaf ♥ Sorry ♥ Asif ♥ Duì Bù Qǐ
Andai diri ini bersalah padamu
Teman, Rakan, Kawan dan Sahabat
Aku akui kesilapan ini
Namun, ketahuilah
Bukan niatku mengguris hatimu
Aku harap pertalian ini tidak berhenti di sini
Semoga ada sinar yang cerah suatu hari nanti






Wednesday, February 22, 2012

Rindunya Mesir

Tahun 2010 anugerah paling indah, kurniaan Allah SWT. Tidak terhitung nilainya. Lawatan sambil belajar di Mesir (suka-suki jek ak namakan sendiri, sebenarnya mana ada lawtan SAMBIL, yg sebenarnya belajar jek..hehe). Dah setahun setengah berlalu...Namun, kenangan masih lagi berlegar-legar di kepala.

Betol orang cakapkan, sekali dah minum air Sg. Nil, kita akan terbayang dan rindu untuk jenguk Mesir lagi. Apakan daya, perjalanan ke Mesir bukannya dekat, hampir mencecah 10 jam kalau direct flight. Belum dikira cost utk tiket lg. Banyak nak pakai duit tue. Seriously, all the memories akan aku ingat sampai mati, insyaAllah. 

Aisy, bilalah boleh berkunjung lagi....
Semoga ada peluang kedua untuk ke sana lagi...
Harapan tue penting, angan-angan pun penting jg...
Tp kalau banyak sangat angan-angan, semua kerja xjadi nanti...=)

Lagak kami yang mahu melintas jalan, bukan senang nak lintas jalan kat Mesir,
 tapi untung ada Polis Trafik yang berbaju Hijau itu 
(bukan polis sebenar, gelaran je utk Pak Mushrif kami).
Terima Kasih yer Pak Mushrif & Kak Mushrifah.




Taut Menaut Bukan Kerja Kita

Semakin hari semakin meningkat umur...

Pastinya soal jodoh bermain dan berlegar dalam kotak pemikiran si dara dan teruna...

Masing-masing runsing dan sibuk mencari Mr. & Mrs. Right...
Usaha semampu mungkin, jangan duduk seperti menunggu bulan jatuh ke riba..

Namun....

Ada yang perlu kita ketahui, kerja taut menaut itu bukan kerja kita, kerja Dia. Kita tidak akan dapat menduga sama sekali. Kadang kala, jika benar dia jodoh kita, walau diceruk mana pun dia berada, Allah akan temukan. Ada juga yang berada bertahun-tahun di depan mata, tahu-tahu menjadi suami/ isteri. Sometime rasa mcm sweet je kan, tapi bersabarlah wahai hati-hati. Hati ini milik Allah, Mungkin bukan sekarang Allah temukan jodoh anda, kerana bukan masanya yang sesuai. Jangan pula kecewa jika kita masih tidak bertemu jodoh di kala umur sudah meningkat tua. Allah pasti punya percaturan yang lebih baik dari itu. Paling penting, jalankan tanggungjawab sebaik-baik mungkin sebagai khalifahNya


Cuma ada satu nasihat, jangan terlalu over confident, kekasih yang anda puja dan tatap setiap hari itu adalah jodoh anda. Aku pasti frasa ini biasa didengari "Eleh, orang bertunang pun boleh putus, orang yang dah kahwin pun boleh cerai...." Ini aku nak sambung " Inikan pula orang yang tak punya hubungan apa-apa, lagilah tak punya harapan apa-apa...". Tiada pun janji yang terikat. Selagi anda bergelar pakwe & makwe, boyfriend & girlfriend tiada sebarang jaminan yang dia adalah jodoh anda. Sehinggalah si lelaki melafazkan akad yang berbunyi "Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinya sekian sekian". Besarnya nilai AKAD dalam rukun nikah, menunjukkan persetujuan untuk menanggung segala tanggungjawab yanng telah diamanahkan oleh wali si perempuan. Oleh yang demikian, jangan over confident dan jangan terlalu merendah diri. Yakinlah Allah pasti megurniakan yang terbaik buat kalian semua.



“Cinta, kasih sayang itu semua hak Allah.
Kalau dalam hati ini dah ada rasa cinta,
Makna kata, Allah dah ada dalam hati kita.”
[Tokwan, 2011] 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...