Assalamualaikum.
Alhamdulillah wa syukurillah,
sebelum aku mula, nak tanya sikit. Pernah atau tidak anda semua mencuba rawatan sunnah Nabi SAW, berbekam...?
Pernah...? Kalau pernah Alhamdulillah.
tapi kalau belom, why not try. Baik untuk kesihatan badan. Mengeluarkan darah kotor yang ada pada dalam badan.
Sakit..???mana ada sakit. kalau yang sakit itu, cara orang tersebut salah. abis tu macam mana nak tau orang tu buat sakit ke tak sakit. Senang je, just baca testimonal. Kalau ramai yang bagi tindak balas positif tu, insyaAllah okey. Biasanya bagi pengamal perubatan Islam, mereka akan buat sekali rawatan bekam. So, bolehlah cuba. Paling murah ada yang 1 cup RM 5, tapi ada juga yang 1 cup RM35, so pandai-pandailah pilih ya.
Rasanya tak adalah sakit mana. Mula-mula dia akan tekapkan cup tu atas point-point yg sepatutnya. Kemudian, akan rasa sakit (tapi aku rasa tak sakit, depends atas diri masing-masing) /gatal sikit sebab dia nak torehkan/ tebuk (bukan mcm tebuk tin susu tau, dia cuma tebuk permukaan kulit sebanyak 5-10 menggunakan jarum kecil utk keluarkan darah kotor). Jangan risau, torehan /tebukan tu tidak mengakibatkan luka lansung. Anda akan rasa macam gatal-gatal je. Lepas tue baru dia letak balik cup tue dan proses mengeluarkan darah kotor bermula.
Tak lama pun, dalam setengah jam je, lepas tue cup tue akan dicabut balik. Bergantung pada kondisi badan, kalau banyak darah kotor, banyaklah darah yang akan keluar pada cup tu, kalau sikit, memang sikit jelah darah yang keluar. Nak tahu lebih lanjut, kena cuba.
Di samping menyihatkan badan, bekam ini membantu kita mengeluarkan syaitan-syaitan yang bertapa di dalam darah kita. InsyaAllah, dengan bekam membantu kita menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding dulu. Yang paling penting kena ingat, yang menyembuhkan adalah Allah SWT, semua alatan atau kaedah yang digunakan untuk rawatan hanyalah pengantara dan juga usaha semata-mata. Sesungguhnya sebagai manusia, kita disuruh berusaha untuk mencari rawatan supaya badan kita akan terus sihat untuk melaksanakan segala perintahNYA.
وَإِذَا مَرِضْــتُ فَهـــُوَ يَشْفِيـــنِ
Setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali MATI
USAHA + IKHTIAR + TAWAKKAL

No comments:
Post a Comment