Bismillahirrrahmanirrahim.
Allahu Akbar !
Maafkan hambaMu yang kerdil ini, sering kali cepat berputus asa. HambaMu lupa akan janji-janjiMu.
Refresh balik diri kita....
Sebenarnya kita lebih banyak memaksa daripada berdoa.
Memaksa Allah SWT menqabulkan doa kita. Yang kita mahu, apa yang dihajati tercapai. Bukan begitu..?
Tepuk dada, tanya diri masing-masing.
Adakalanya Allah SWT bukan tidak mahu memberi apa yang kita MAHU,
tapi ada perancangan yang lebih baik dari itu untuk kita.
Firman Allah SWT :
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang ,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” - Surah al-Imran ayat 54
Firman Allah SWT lagi :
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jua YANG MAHA MENGETAHUI (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" - Surah al-Baqarah ayat 216
MANUSIA MENYANGKA DOA MEREKA TIDAK DIAMKBULKAN, SEDANGKAN SEBENARNYA IA DIMAKBULKAN MELEBIHI DARIPADA APA YANG DIPOHON, ATAU IA MENOLAK DENGAN MUSIBAH ATAU PENYAKIT LEBIH BANYAK DARIPADA APA YANG DIPINTA, ATAU DIBERIKAN GANJARAN PADA HARI KIAMAT.

No comments:
Post a Comment