Tuesday, July 24, 2012

mungkin "GAYA" tak kena "CARA"



Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyambut Ramadan tahun ini. Inilah blan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadan tahun depan. Oleh itu, anggaplah ini Ramadan Terakhir buat kalian dan diri ini juga.


Muslimin dan muslimat berlumba-lumba mengejar pahala Ramadan. Alhamdulillah !
Tidak kurang juga, yang masyarakat selain beragama Islam, ada yang cuba untuk berpuasa sama, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha anda, insyaAllah semoga kalian terus dapat merasai nikmatNya.

Lebih membanggakan lagi, slot TARAWIH. Pakcik dan makcik sungguh gagah berjalan dan mengerjakan 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir. SubhanAllah, MasyaAllah, AllahuAkbar..!!! Tidak kurang juga golongan yang muda, teruskan usaha. Kalau pakcik makcik mampu, kita yang muda mesti lagi mampu, InsyaAllah.

Cuma, ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan. Aspek SOF dalam sembahyang. Rata-rata lebih suka tertumpu di bawah kipas. Ada yang lebih suka duduk dalam golongan kawan-kawan sendiri. Sehingga bila Imam bangkit, dan sudah mengangkat takbir, masih ada lompong-lompong kosong yang masih belum dipenuhkan. Apa salahnya, kita penuhkan yang kosong dulu. Tidak kiralah sejadah siapa atau siapa disebelah kita, yang penting SOF itu tidak terputus. 

Bukankah SOF itu lambang kekuatan umat Islam. Ibaratnya kita ini tentera Muslim yang sedang mara untuk pergi berjuang. SOF yang "KUKUH" dan "KEMAS" sudah tentu dapat menggentarkan hati pihak musuh. Bayangkan kalau masyarakat yang bukan Islam lihat, alangkah bangganya dan indahnya Islam.

Mulai hari ini, tanamkan dalam diri, kalau nampak sahaja KOSONG aku akan terus masuk, tak perlu lagi tunggu orang menyanyi lagu KOSONG Najwa Latif baru nak melangkah. Nanti semua orang dah angkat takbir dan tak mahu bergerak. Lagipun, SOF yang paling depankan yang paling AFDAL. So, siapa cepat dia dapat..!

Banyak yang perlu diperjelaskan tentang SOF dalam SOLAT, adalah lebih baik sekiranya kalian bertanya kepada yang pakar atau membaca buku rujukan Solat :



1. Kita dibenarkan untuk bergerak tidak melebihi 3 kali ketika dalam solat tanpa perlu membatalkan solat.Contohnya bergerak untuk merapatkan sof, jika ruang kosong besar, maka pergerakan tersebut hendaklah secara buat dan berhenti seketika, tidak sekali gus. Lebih baik lagi, orang dibelakang terus memenuhkan yang depan. 


2. Meluruskan SOF, dengan cara melihat bahu orang disebelah anda. Pihak masjid @ surau biasanya telah menyiapkan CARPET yang telah tersedia dengan garisan SOF. Maka, kaki kita biasanya akan berpandukan  CARPET tersebut.

Lebih mengecewakan lagi sikap tidak ambil port / tak amik berat sesetengah pihak, apabila diminta untuk memenuhkan ruang kosong dan meluruskan serta merapatkan SOF. Ramai kawan saya yang mengadu, kebanyakan golongan yang sudah berusia (maafkan saya kerana menyinggung), yang lebih suka duduk di atas sejadah sendiri, secara tidak lansung, bahu tidak akan bersentuh satu sama lain. Hmmm. 

Ramai juga yang rasa bersalah kerana mereka lebih muda, sudah tentu susah untuk golongan berusia menerima teguran tersebut. Mungkin juga GAYA teguran kita yang tidak bersesuaian dengan CARA mereka. Kita kena lebih kreatif, mungkin kita boleh tarik tangan dia dgn lembut untuk merapatkan sof. Cubalah pujuk dengan suara yang lebih lembut, moga mereka cair mungkin =D

Yang penting, jgn mudah putus asa. Kita juga perlu faham, tidak semua bertuah belajar agama macam kita. Masa dan zaman mereka sangat berbeza dengan kita. Jadi kita kena bantu antara satu sama lain.
Selamat Menunaikan Tarawih dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. RAMADHAN KAREEM.

perkongsian: suasana umat Islam di luar negara menyambut Ramadan sangat meriah, diharapkan suatu hari nanti Malaysia juga begini...


lampu-lampu yang digantung ketika Ramadan
'asir buah-buahan (jus buah-buahan)

cantiknya..SubhanALLAH
RAMADHAN KAREEM






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...