...CINTA seorang suami kepada isteri
CINTA seorang ibu kepada anak.....
....CINTA seorang bapa kepada anak
CINTA seorang anak kepada ibubapa....
Makin lama cinta berpaut, makin banyak dugaan yang datang bersahut. Cinta bukan pada kata-kata, tetapi dari hati. Sayang bukan hanya simpati tetapi empati. Makin dibaja makin mekar dalam diri. Alangkah indahnya perasaan CINTA kurniaan Ilahi. Namun, laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan.
Begitu juga CINTA Nabi-nabi yang pernah diuji...
♥ Cinta Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar oleh kerana cemburu mereka terpaksa berpisah.
♥ Cinta Nabi Muhammad s.a.w dan Aisyah r.a, dek kerana fitnah, sunyi seketika rumah tangga mereka.
Ujian Allah swt itu sangat pahit bak hempedu, tapi hikmahnya manis bak madu.
Indah sungguh cinta sejati antara manusia, lagi indah cinta sejati kepadaNya, kerana segala UJIAN CINTA yang hadir itu tanda CINTA DIA KEPADA KITA.
"Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita"

No comments:
Post a Comment