Kami ketika itu sedang berreunion & sibuk discuss perkembangan masing-masing. Ada seorang teman yg sudah berkahwin menceritakan detik perkenalan dgn isterinya. Lalau, aku meringankan mulut bertanya.
"Berapa hantaran kahwin ko Izat?" selamber jek aku tanya.
"Soalan ko Wan...hee" namun dijawab juga kawan aku sebab dia sudah biasa dgn aku.
"RM 5,000, family dia letak"
"Oklah tue..."senang lah sikit nak cari duit
Tiba-tiba ada seorang mencelah
"Ada tak perempuan sekarang hantaran 3,000 ringgit ?" berderai ketawa kami semua.
"Perghhhh kau ingat kau nak jual beli perabot kat kedai" aku sampuk.
Aku syak dia masih single, sebab tue dia tanya kot, dan mungkin ingin mencari pasangan hidup. Tapi kami tinggalkan persoalan dia tanpa sebarang jawapan. Bila aku fikir balik, kesian lelaki zaman sekarang.
Pada asalnya, masalah utama yang patut difikirkan untuk berkahwin adalah bersedia atau tidak menjadi pemimpin dalam keluarga, bukannya masalah wang hantaran. Namun, rata-rata masyarakat kini lebih mementingkan wang hantaran berbanding dengan perkara yg sepatutnya. Oleh sebab itu juga, ada yang mengikat tali pertunangan sehingga bertahun-tahun semata-mata untuk mengumpul wang hantaran. Tidak kurang juga yang berhutang sana sini. Aku memang suka tahu pengalaman orang sebelum berkahwin, terutamanya di pihak lelaki, kalau di pihak perempuan aku rasa kurang timbul masalah. Aku bertanya kepada seorang lelaki yg berpangkat abang.
"Abang Nizam dulu masa nak kahwin macam mana? Tak susah ke nak kumpul duit?"
soalan pertama belum berjawab, aku terus ajukan soalan kedua.
"Adoi, adik Wan....Masa tue Allah je yg tau, punyalah ikat perut semata-mata nak kumpul duit. Makan pun ala kadar je, ada sampai satu tahap sanggup berlapar"
Sedih dan kesian juga aku dengar, kebanyakkan lelaki bermati-matian utk mencapai hasrat mereka. Apakan daya, sudah tuntutan dunia. Wang hantaran yang diminta atas dasar utk belanja KATERING, PELAMIN, BAJU PENGANTIN, PHOTOGRAPHER, HANTARAN dan sebagainya. Setiap orang punya pendirian masing-masing. Ada yang rasa wang hantaran itu penting, ada yang rasa wang hantaran tidak menjamin kebahagiaan macam-macam lagilah. Sebenarnya yang wajib itu MAHAR atau dikenali juga dgn Mas Kahwin, yang kebanyakkan negeri telah menetapkannya, tapi hantaran terpulang kepada kedua-dua belah keluarga. Cuma, pada aku, kedua-dua perlu faham dan saling memahami antara satu sama lain. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri.
![]() |
Paling penting MASJID yang akan dibina mendapat keredhaan Ilahi dan terhindar dari segala masalah-masalah seperti bebanan hutang, benci membenci dan sebagainya. Wahai lelaki yang mencari perempuan di bawah 'RM 3000' berusahalah semampu anda. Aku percaya masih ada keluarga dan wanita yang tidak mementingkan duit semata-mata, Walaupun ada, doalah agar terbuka pintu hati bakal mertua untuk meletakkan 'PRICE TAG' yg ada tanda 'NEGOTIABLE'. Teruskan berusaha wahai Para Bakal Pemimpin sekalian, jgn mudah putus asa. InsyaAllah rezeki Allah SWT di mana-mana, sekalipun tiada wang hantaran yg diminta, kalian tetap perlu berusaha untuk masa hadapan RUMAH TANGGA kelak.
Aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa, salah dan silap aku mohon maaf, kerna aku sendiri belum punyai pengalaman ini.

No comments:
Post a Comment