Rata-rata mengenali Abdullah Khairul Azam dalam karya Habiburrahman el-Syirazi. Tidak percaya cuba tanya para wanita yang gemarkan novel di luar sana. Paling tidak mesti umum mengetahui melalui Filem Ketika Cinta Bertasbih. Terngiang di telinga dialog dalam filem tersebut : " Mas, namamu siapa...??" teriak Anna Altafunnisa. Jawab jejaka tersebut :"Abdullah..!!!!"
Hebat karya Kang Abik, nama samaran bagi Habiburrahman, segar diingatan. Namun yang demikian, ramai di antara kita yang tidak sedar, watak utama yang cuba dibawa oleh Kang Abik, menampilkan nama-nama Pahlawan Islam Kotemporari, iaitu Syeikh Abdullah Yusuf Azzam. Mesti ramai yang tidak kenalkan...tapi kalau kenal alhamdulillah, itu sesuatu yang membanggakan. Syeikh Abdullah Yusuf Azam adalah seorang pejuang Afghanistan yang berjuang mempertahankan ISLAM. Beliau telah lahir pada tahun 1941, di Asba'ah al-Hartiyah, Palestin. Setelah menamatkan sekolah rendah dan menengah, Abdullah Azam telah melanjutkan pelajaran di bahagian pendidikan di Khadori College, belajar mengenai ilmu pertanian. Kemudaian beliau bertugas sebagai guru mengajar anak-anak Palestin. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Damsyik dan mempelajari Syariah dan mendapat Sarjana Muda pada 1966. Selepas itu, beliau diusir dari negaranya sendiri sehinggalah menetap di Jordan. Kemudian, bermula pengibatan beliau dalam gerakan jihad Islam.
"Tidak ada alasan terlalu tua untuk berjihad di jalan Allah"
"Tanpa jihad beliau seperti ikan yang diangkat dari air, tidak akan bertahan untuk hidup"
(Kata-kata Syeikh Abdullah Yusuf Azam)
Namun, saat perpisahan tiba juga akhirnya. Sebuah bom TNT seberat 20 kg ditanam di suatu lorong jalan yang mesti dilalui oleh Abdullah Azam ketika hendak ke Masjid Subu'ul Lail. Pada hari Jumaat, bom meledak dengan amat dahsyatnya, menghancurkan kenderaan yang dinaiki oleh Abdullah Azam dan dua orang anak lelakinya. Tubuh mereka tercampak dek kerana letupan yang sangat kuat. Tubuh beliau tersandar di tembok bangunan. Bibirnya hanya mengeluarkan darah yang sedikit saja, meskipun letupan yang sangat kuat. Begitu hebat kekuasaan Allah SWT untuk pejuang agamaNya.


No comments:
Post a Comment