Thursday, February 16, 2012

Doalah dengan hati yang ikhlas

Doa itu senjata bagi orang mukmin,

Kata-kata yang aku pegang dan ingat serta semat hingga hari ini. Tidak kira siapa pun kita, di mana pun kita berada, setinggi mana pun kita, sepandai mana pun, yang sebenarnya kita semua sama di sisi Allah SWT. Allah itu Maha Adil, sentiasa mendengar segala permintaan dan rayuan hambaNya. Lagi banyak kita mengadu, lagi Allah suka. Sangat berbeza dengan manusia, lagi banyak kita mengadu, orang akan mula naik jemu dengan kita.

Yang penting minta dengan hati yang ikhlas, yang penuh ikhlas tanpa sebarang keraguan atau syak wasangka. Jauh sekali bersangka buruk dengan Allah. Siapa kita untuk bersangka buruk denganNya. Dia yang menjadikan kita, maka dia juga yang Maha mengetahui apa yang tersirat di dalam hati kita. Analoginya seperti orang yang sedang bercinta, luahkan apa yang terpendam di lubuk hati kepada orang yang kita cintai, demikian juga kepada Allah. Doa itu ibarat meluahkan segala yang terpendam dalam hati. Allah itu tahu, cuma ingin menguji, hambaNya yang mana sanggup merendahkan diri, memohon pertolongan Ilahi.


Jangan pernah rasa diri tidak layak berdoa, mungkin orang di luar sana boleh melabel kita sedemikian, tapi ketahuilah bahawasanya Dia tidak pernah menentukan sesiapa pun untuk berdoa mahupun diterima doanya. Doalah demi kebaikan kita, orang disekeliling kita serta demi kebaikan agama kita. 

Alangkah indahnya, jika seluruh Muslim berdoa untuk saudara sesama Muslimnya. Adalah lagi indah, jika kita berdoa juga untuk Non-Muslims di luar sana, agar mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT. Mari hayati bersama maksud ayat 125 Surah an-Nahl ini :


Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmahkebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.

Usah pernah berhenti berdoa, doalah sepuas-puasnya, kerna saat anda berdoa, hanya ada Dia sebagai tempat bergantung harapan. Setiap doa yang diminta, InsyaAllah akan dimakbulkan olehNya, yakin itu perlu. Doa itu senjata buat kita semua. Tiada senjata yang lebih kuat darinya.

Bila Allah cepat 
makbulkan 
Doamu, Maka DIA 
Menyayangimu, 

Bila DIA Lambat 
Makbulkan 
doamu, Maka DIA 
Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak 
Makbulkan 
Doamu, Maka Dia 
Merancang 
Sesuatu Yang 
lebih Baik 
Untukmu.

Oleh itu, 
Sentiasalah 
Bersangka Baik 
Pada ALLAH 
Dalam Apa Jua 
Keadaan Pun... 
Kerana Kasih 
sayang ALLAH Itu 
Mendahului 
KemurkaanNya




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...