Seperti yang dijanjikan, aku memang teringin nak share bagaimana susah senang menyambung pengajian. Asalnya aku lansung tak bercadang untuk sambung belajar, tapi masa aku di akhir-akhir zaman degree aku, ramai dalam kalangan rakan-rakan yang menasihatkan aku untuk sambung. Memang masa tue nekad TIDAK AKAN sambung lagi, cukuplah aku dah serik dengan assignment yang bertimbun-timbun, membuatkan aku kena stay up siapkan semata-mata nak buat pembentangan esoknya. Tugasan yang pada aku ketika itu memang susah sangat-sangat (al-maklumlah aku bukan budak IT, so bila dapat tugasan praktikal memang nganga la jawabnya).
Peliknya, bila ada orang tanya aku "Tak nak sambung belajar ke?". Aku tak tersu jawab "tak nak", tapi aku akan jawab "Tengoklah, kerja dulu, pas tue baru sambung kot" itu jawapan yang selalu keluar dari mulut aku. Rupa-rupanya memang rezeki aku menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Orang kata, jangan cakap besar, nanti kita dapat apa yang kita tak nak.
Sebenarnya, bukanlah susah sangat sambung MASTER nie. Tidak seperti yang digembar-gemburkan. Adat belajar, mana ada yang tak susah. Sebab pada peringkat awal, kebanyakkan kita tak tahu apa-apa, tapi lama kelamaan dah biasa maka OK lah. Aku hanya mampu bercakap dari segi bidang pengajian aku (PENGAJIAN ISLAM > USULUDDIN (DAKWAH)). Aku pun bukan hebat sangat dalam bidang nie, sebab itu aku amik Mod Pengajian Kursus & Disertasi (maksudnya kelas 1 sem dan selebihnya disertasi/thesis) aku budak sains gunaan dgn Peng. Islam yg datang utk memperjuangkan sains gunaan di mata warga APIUM. Cewwah...
Back to the topic.
Of course tiap benda dalam kehidupan ini ada masalah sendiri, so dalam study nie pun ada masalah sendiri. Lagilah kita yang belum ada apa-apa kerja mahupun harta tetap..So, masalah utama yang akan timbul ialah MASALAH KEWANGAN. Mula-mula, bila dah ditawarkan untuk menyambung pengajian, pihak universiti akan minta kita buat pembayaran dulu, sebelum nak register. So, amount dia dlm RM 1,500 ke RM 1,700. Jadi, masalah akan timbul dari sini dan akan berlarutan sehingga ada orang yg sanggup menaja anda atau anda sendiri yang menaja diri sendiri.*_^. Settle masalah yuran, next step still lg mengenai kewangan, maklumlah buku-buku, nota-nota dan semua assignment memerlukan duit. Ko ingat boleh suka2 hati nak cetak asignmemnt free, lainlah printer ko sendiri. Memang semua duit, tapi takdelah melibatkan kos yang besar. InsyaAllah mampu lagi rasanya. Kena sentiasa get ready dlm poket kena ada duit. Aku bercakap dalam konteks KURSUS DAN DISERTASI, kalau FULL RESEARCH aku xtau sgt.
Next, MASALAH MASA. Apa yang aku alami dalam tempoh kursus ni (maksudnya sepanjang ada kelas), minggu yang diperuntukkan ada 14 minggu. Subjek yang diambil ada 4, setiap subjek akan mempunyai 2 assignment yang berbeza ala-ala the real research gitu. Setiap subjek akan memuatkan 2 asgment yang berbentuk KUALITATIF & KUANTITATIF (siapa yg nak tau, kuali n kuanti ni adalah metode yg digunakan untuk membuat kajian). So, cubalah anda fikir (bak kata Nabil..lu fikirah sendiri!) 2 x 4 = 8 (kan aku dah ajar matematik kat sini). Oleh yang demikian 14 minggu yang ada, aku perlu siapkan 8 assignment, cuma ada satu subjek tue kena buat 3 asgment sebab dia xde final exam, total skrg 9 asgment. Maka, sudah tentu tidak cukup tangan dan kaki serta otak untuk menyiapkannya. Dalam hati pernah terdetik 'Siapa suruh aku cari masalah, aku yang nak sambung sangat. Tanggunglah sendiri semua masalah.' Maka, minggu-minggu akhir, muka kami semua 'ketat' je. Maklumlah, last minute punya kerja kan. Lumrah belajar, dari degree smp master. So, nasihat aku kena pandai agih2kan masa dan otak kena cerdik. Bila time buat research, jgn tumpu pd satu tajuk je, kalau baca satu buku, then jumpa isi untuk tajuk lain, terus je take note n salin, jgn buang masa.
MASALAH TAJUK, ini pun menjadi masalah juga, sebab bbiasanya yg datang ambil master nie blur2 semua. Nak cari tajuk pun xtahu lg, yang mana yang baik, yang mana yang dah ada orang buat, takut-takut nanti jadi Plagiarisme plak. Semua tu, kena amik port (kesah). Banyakkan discussion dengan pensyarah, jangan syok sendiri buat asgment. Pertama sekali, tajuk asignment yg nak dibuat mesti kena ada persetujuan pensyarah, kalau tidak 'masak' nanti kena bantai dalam presentation, markah akan kurang dan malu pun akan dapat. Tapi yg malu tue xkisah sgtla, sebab nie semua dalam proses belajar. Markah tue yg penting sebab majoriti asignment peringkat master nie membawa 50% dan lagi 50% utk final exam. Untuk pengetahuan majoriti assignment yang dibuat berbentuk individu, bukan lagi berkumpulan (kecuali utk subjek Research Methodology, but still ada satu yg individual).
Masing-masing sibuk menelaah utk saat-saat akhir.
Banyak lagi masalah sampingan lain, tapi aku tekankan MASALAH FINAL EXAM. Sepanjang kelas berjalan, rasa macam seronok je attend kelas sebab tiada lagi stress macam degree dulu. Masuk saja kelas, dengar pensyarah cakap n brief sikit, kita catat apa yg perlu kemudian balik. Kebanyakkan pensyarah akan cerita situasi semasa berkaitan dengan tajuk, so fakta-fakta atau konsep-konsep atau teori-teori semua carilah sendiri. Senangkan, hee. Masalahnya rujukan yang diberi banyak dalam Bahasa Arab, siapa yg pandai Bahasa Arab, maka tidak menjadi masalah tapi siapa yg kuranga arif akan terkontang kanting sikit. Bila tiba final exam, semua pelajar akan meraba-raba mencari nota utk ditelaah. Masa dalam kelas lansung tak ingat dunia, enjoy sakan. Bila nak final exam barulah tau, klu soalan tidak dibagi, dan pensyarah mengaharpkan paling tidak satu soalan dijawab dalam 4 muka surat (panjang tue..klu xde hujah, apa la yg aku nak merapu). Kebanyakkan soalan berbentuk umum dan pelajar perlu tahu untuk tackle soalan dgn jawapan yg sesuai, tapi biasalah aku ilmu xbyk maka aku menggunakan kepakaran 'MENGGORENG' aku di kertas periksa. (Jangan tiru aksi ini!!!)
Sebenarnya, bukan susah nak sambung belajar, yang susah tue diri kita sendiri. Sama ada nak atau xnak, malas atau rajin, semangat atau xsemangat. Semua bergantung pada diri sendiri. Bagi sesiapa yang belum berkahwin, jangan sia-siakan masa anda, kalau rasa dah lama sangat tanam anggur kat rumah (penganggur), ubahla angin utk sambung belajar. Masalah-masalah di atas tue insyaAllah ada jalan penyelesaian. Nanti dah kahwin, mungkin banyak benda yg nak kena fikir, tapi utk mereka yang sudah berfamily dan menyambung pengajian, saya memang tabik spring la. Tahniah! lagi2 yg perempuan siap ada yg mengandung lagi. Subhanallah!!!. Jangan mudah putus semangat, ingat kata-kata :
"Jika berani memulakan, kena fikir kesudahannya"
p/s : aku akan kongsikan pengalaman menulis disertasi / thesis pula selepas ini, tapi mungkin after 7 months because aku baru nak start the research =)


oh Wan..saya sungguh suka membaca entri ini..tapi rasanya kalau research pny student, of kos la lain dr dissertation.pape pn, smua ada cabaran dia hehe
ReplyDelete