Showing posts with label Teaching. Show all posts
Showing posts with label Teaching. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Nota Cinta Untuk Cikgu

    Selesai menelaah sebuah buku yang bertajuk seperti yang tertera di atas. Fatimah Bunyamin, seorang penulis dan juga merupakan seorang guru yang sangat penyabar dalam menangani masalah anak muridnya. Alhamdulillah, masih ada guru yang bersifat sedemikian, tidak pernah jemu menyelesaikan masalah murid. Bukan saya memperlekehkan karier guru kerana saya juga pernah menjadi guru sebelum ini.

       Cuma, apa yang saya lihat, guru lebih banyak mengambil pedekatan marah dalam menyelesaikan masalah. Padahal banyak lagi cara lain yang boleh digunakan sebagai penyelesai masalah. Antaranya pujian, galakan, lemah lembut dan banyak lagi. Semua ini berjaya dikupas oleh Fatimah Bunyamin dalam buku beliau. Tahniah.


Menurut penulis, kalau kita mampu meluahkan perasaan marah dengan perkataan, kenapa tidak meluahkan perasaan bangga dan gembira menerusi pujian. Jarang diamalkan guru, padahal ia sangat berkesan. Banyak lagi yang dikupas, antaranya tanggungjawab mendidik pelajar, tidak memadang rendah terhadap pelajar yang kurang berjaya, teknik mengajar Iqra' kepada kanak-kanak terutamanya kelas Tasmik j-QAF dan pelbagai lagi. Jadi jangan lupa dapatkan buku terbita MustRead Sdn. Bhd ini di pasaran, tidak mahal hanya RM 15.90 sahaja. Jom baca sama-sama, supaya ilmu tersebut dapat disebarkan di mana-mana.

- aku juga guru yang belajar 
daripada kesilapan lalu -




Monday, November 8, 2010

::Teacher Kena Smash::

بسم الله الرحمن الرحيم
In The Name Of Allah,
The Most Merciful, The Most Kind

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1 Zulhijjah 1431 Hijrah....

Alhamdulillah, aku masih diberi nikmat nafas dan juga Islam....Lama sudah tidak ketemu di ruangan ini....Bukannya apa, sibuk sikit dgn kerja...Alhamdulillah, Allah telah memberi aku rezeki sekaligus merangkap amanah untuk aku mendidik anak2 kecil yang bakal melangkah dan meneruskan perjuangan mereka di alam kehidupan dunia. Mengajar bukan kerja yang senang, dalam masa yang sama aku juga belajar....Life is always give and take...and Life also about sharing....Banyak yang aku belajar dari anak-anak kecil ini...tapi aku tetap aku, permulaan saja2 nak bagi feeling and touching sikit..bukannya apa, aku telah dididik di sekolah tempat aku mengajar untuk menulis sesuatu dimlakan dengan kalimah yang suci, dan supaya anak2 akan sentiasa terbiasa memulakan setiap tingkah laku mereka dengan lafaz yang suci....dan semoga Allah sentiasa memberkati segala urusan di dunia mahupun akhirat.

Kalau ikutkan kat sekolah, bukan aku yang kawal budak2, dorang yang kawal aku...sgala percakapan mmg kena betul2 jaga...cannot make even 1 mistake...children are very concern people....Children always can detect ur mistake, and they are very honest.....sbg contoh :

Pagi tadi aku conduct perhimpunan, and aku bercerita tentang Eidul Adha, dan aku cuba bercakap tentang ibadah korban....Aku pun tanyalah..

"Apa kita buat masa Raya Haji???....." Aku sambung lagi...
"Kita akan buat potong2 lembu, kambing...."

Suddenly, 1 budak jawab...

"Sembelih la teacher(kat skolah tue semua ckgu dipanggil teacher)....."

Aduss!!!..masa tue aku rasa pipi aku memang terkena smash budak tue..Malu pun ada...tapi as a teacher, i'm very proud, coz he was correcting my mistake....

Satu lagi kjadian yg berlaku pagi td juga....Aku tanya sorang budak :

"Qayyum, awak tinggal kat Petaling Jaya kan???Petaling Jaya kat mana..??"

Sekali dia jawab :

"Petaling Jaya tue sebelah K.L la teacher....."

Ya Allah masa tue geram je ak...tp nak gelak pn ada...ak bkn nak tnye kdudukan petaling jaya kat mne...ak nak tnye umah dia bhgn p.j yg mne....memangla klu ikt peta, P.jaya memang sbelah K.Lumpur....dalam hati aku cakap...

'pandai juga budak nie.....'

tapi kalau dipikirkan balik, mmg betol pun jwpn dia, soklan ak yg salah....wakakaka^_*

Aku dah cakap dgn budak kena berhati2...kena pandai ssun ayat...kalau x, kompom kita yg kena smash balik....heee...:=)



::So, the moral of the story...even they are small, but they always thinking bigger than adult...::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...