Showing posts with label Studies. Show all posts
Showing posts with label Studies. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Siapalah cipta exam nie...???

Bismillah,

1st of all, mesti korng tertanya-tanya siapalah gerangan yang mencipta exam nie kan. Jeng3..!!!
Sebenarnya aku pun tak tahu, aku pun pernah tanya kat kawan aku dulu-dulu. Tapi adatlah, nak bagi student nie rajin sikit beramal dengan ilmu tu, so pihak uni/sekolah terpaksa adakan exam. Kalau tak memang tak kuasa nak baca. Betol tak..?

Relax la, hidup ini pun Allah bagi exam, cuma exam Allah tak sama macam exam yang manusia buat. Basically Allah punya more on practical part, kena guna skill yang korng ada. Apa yang penting sentiasa bersedia dan redha dengan dengan segala ujianNya.

Just nak kongsi tips untuk jawab exam, aku tau memang sudah terlambat, tapi masih berkesempatan bukan. Cara ni yang aku cuba praktikkan masa belajar dulu. 

pertama : pastikan kita tahu jadual exam. tarikh, tempat dan masa exam tersebut. Biasanya timing exam kita dah tahu awal sebelum daftar sem kan.

kedua : masa minggu terakhir kuliah (2nd last & last week kuliah) pastikan kalian datang kuliah, sebab masa tu pensyarah selalunya bocorkan soalan, tak banyak pun sikit. tapi ada yang tak bagi lansung, bergantung...

ketiga :sebelum korng balik kampung masing-masing (org study week, kena study, yg kita blk kampung berjemaah), pastikan semua nota-nota subjek korng dah ada. kalau tak ada pergi fotokopi dr kawan-kawan, atau pensyarah atau pergi cari kat library.

keempat : susun blk nota-nota yang bersepah-sepah tu (yg ni aku punya perangai, sebab suka campur aduk nota-nota dlm satu buku, pas tue dah nak exam ak baru terhegeh-hegeh salin nota semua tu blk dlm kertas kajang)

kelima : boleh start study, tapi ini yang paling penting. macam mana nak divide masa nak study. pastikan korng mula study 1 ke 2 minggu sebelum paper yg pertama. 

a. ok mula-mula tengok paper apa yang last sekali exam. so, paper itulah yg korng kena study dulu.

b. next paper apa yang second last, then dia akan jd no.2. pendek kata turutan dia terbalik. tapi yang penting satu paper, jus bg dlm 2-3 hari jek study. tak pe, kalau tak sempat, nanti kita masih ada gap antara examkan. so boleh kejar lg masa tue. tapi kalau boleh, chapter yang tinggal jgnla banyak sgt, dlm 3- 4 chapter tak pelah. sebab nanti nak buat revision soalan thn-thn lepas & soalan2 spot.

keenam : try spot soalan, itu sebabnya penting datang kuliah, ada pensyarah suka bg hint masa kuliah. walaupun tak pandai nak target, just ikut naluri hati, tak pun boleh tanya kawan2 yg korng rasa boleh pakai.

ketujuh : katakan esok paper, so malam tu kena struggle sikit la. study blk (sepintas lalu) semua chapter, walaupun tak target. sebab kalau keluar adalah juga bayangan chapter tu, takdelah kita blur. 

kelapan : nak masuk exam, kalau boleh tak perlu nak serabut dah masa nie. just belek-belek soalan-soalan target & discuss dgn kawan2 (tp aku jenis yg dengar jek, tak suka nak tanya2, aku jarang bawa buku dah masa nie, just kertas2 note yg simple jek).

kesembilan : nak masuk & dah masuk dlm dewan, kertas dah ada atas meja, doa banyak2 supaya soalan yg kita target keluar, supaya kita diterangkan hati diberi taufik & hidayah. ko nak hembus kat paper tue, suka hatilah. jgn sibuk hembus jek, nanti lupa tulis no.matrik pula ! dah selesai & masa serah, amalkan baca Bismillahi tawakkaltu 'alaLLah

kesepuluh : SEBENARNYA INI YG PALING PENTING, KALAU BOLEH SEPANJANG MUSIM EXAM, JGN TINGGALKAN SOLAT HAJAT, BANGUN QIAMULAIL, KALAU TAK MAMPU, BOLEH BUAT SOLAT HAJAT MASA SELANG ANTARA SOLAT MAGHRIB & ISYAK. TAPI AKU NASIHATKAN, KALAU ESOKNYA NAK EXAM, MALAM TU BANGUNLAH QIAMULAIL, TAK DAPAT PUKUL 3 PG, PUKUL 5 PG PUN TAK PE, sebab masa zaman Rasulullah SAW dulu, apabila sahabat2 nak pergi berperang, mereka semua bangun tahajjud. Dalam tahajjud tu ada kekuatan. kita yang nak exam ni samalah juga nak berperang. kalau tak percaya try buat.


-semua gambar aku ciplak orang lain punya-




















~anda buat, anda rasa ~
sekian, dari AKU




Saturday, January 5, 2013

Ilmu bukan pada pointer

Assalamualaikum dan salam peperiksaan,

Sekarang budak2 Uni semua tengah sibuk study utk final exam. All the best & Good Luck untuk kalian. Mesti tengah struggle giler2kan. Yelah siapa yang tak nak lulus. 

Budak Uni ada yang betol2 nak score so sanggup study, tak makan, tak tidor, tak buka FB, tak update tweeter....huhu. Memang hebat la kalau macam nie style study u allz. Target memang A klu boleh nak A+.

Lagi satu jenis pulak, memang tak amik port lansung bab exam nie, siap boleh pergi lepak, shopping, enjoy sana sini, keje part time cari duit (yg nie mungkin dia ada sebab tertentu). Prinsip mereka ini janji jawab, apa nak susah, carry mark dah ada, tinggal nak dapatkan sikit je lagi. Janji lepas, jgn gagal sudah. Parah yg nie.

Sebenarnya, kita belajar bukan nak pass exam semata-mata. Ada nilai value yang lebih besar dari itu. Niat study kena ikhlas, baru senang nak lulus & cemerlang dalam pelajaran. Tak kisahla bidang apa yang diceburi, sama ada law, medic, engineer, ICT, science, social, media, education, economics, geografi or islamic, just jadikan belajar IKHLAS KERANA ALLAH SWT. Ala budak islamic senang la cakap, dah memang dia orang punya ke arah ketuhanan, ktorg nie semua subjek duniawi, mcm mne nak ikhlas kerana Allah. Come on la, tak kira bidang apa pun, semuanya sama. Semua itu ilmu Allah, kita hanya belajar utk mengetahui dan membongkar rahsia Allah yg luas ni. Anggap apa yang korang belajar untuk mendalami ilmu Allah, insyaAllah urusan korng akan dipermudahkan. 

Lagi satu nak tahu tak tips bagi senang ilmu masuk dan serap ke dada..?

Apa!! rebus jek buku..? SALAH

Tak perlu sampai nak menjadikan buku sebagai pengganti ayam dalam sup. Cukup hanya korang HORMAT ILMU. Macam mana nak hormat ilmu..? Ramai yang pandai dalam pelajaran tapi tak tahu adab2 nak pelihara ilmu. Salah satunya, jangan sesekali meletakkan buku di kaki korang, seolah-olah martabat ilmu itu direndahkan. Aku faham bangku kat Uni2 nie, ada yg tak mesra beg, tp korangkan masih ada peha nak tampung buku2 kan. Pandailah nak jaga, korang kan dah besar. Perkara yg simple sekali bila time exam, sebelum masuk dewan semua sibuk study, kertas berkepuk-kepuk, buku berdoyon-doyon. Habis saja exam, korang boleh blah mcam tue saja (bukan semua, tapi ramai yang buat), korang tinggal je semua kertas2 dgn buku, biarlah makcik cleaner yg kutip. Ya Allah itu ilmu korang, kenapa nak suruh org lain yg tolong kutipkan. Masa ko nak, terhegeh2 pergi masuk dewan kuliah, bila dah tak nak, main baling mcm tue jek. Aku rasa ilmu tue akan berterima kasih sgt dekat makcik cleaner sbb tolong kutip dia (walaupun, ada makcik cleaner yg buat jual kat recycle vendor). Lepas nie, jgnlah buat lg. Ada org yg betul2 hormat ilmu, dia sanggup basah daripada buku dia jadi tutup kepala masa hujan. Fikir2kanlah...

Next, macam mana korng kena hormat ilmu, macam itu jugalah korang kena HORMAT ORG YG BERI ILMU, tidak kiralah dia tutor, cikgu, pensyarah, atau siapa-siapa saja, yang penting hormat. Tengokla macam mana ulama' menghormati guru-guru mereka. Jangan kata nak melawan, nak tidur dalam pengajian pun takut, punyalah hormat. Kita zaman sekarang, bukan saja tidur dalam kuliah, boleh jawab sms & call dr makwe/pakwe lagi. Belum lagi makan kat belakang (yg ini aku pun buat dulu, ak mkn gula2 sebab nak bg hilang ngantuk, tapi ikutkan itu pun tak boleh). Cubalah rasa empati sikit, cuba bayangkan kita kat tempat pendidik tue, tengah sedap2 bg lecture, sekali tgk org makan, gelak2 kat belakang, main hanset/ipad n watever. Kalau aku mesti dah bengan giler.


Belajar dari kesilapan, kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapalah aku susah nak masuk bila baca ini. Sebabnya, kesilapan-kesilapan kecil yang kita tak perasan pun, tapi sebenarnya dia kecil di mata kita tapi sebenarnya besar di 'mata' Allah SWT. Kita bukanlah sufi yang sempurna, tapi sekurang-kurang kita cuba.
As a reminder for us, tidak kira bidang apa yang diceburi,
sentiasa meletakkan ALLAH sebagai keutamaan. 

Bagi aku, kejayaan seseorang itu bukan pada pointer, tapi bagaimana cara orang tersebut berkomunikasi dengan ilmu, dan menggunakan ilmu tersebut. Biar pointer tak tinggi, yg penting ilmu tinggi.


Salah silap aku mohon maaf, ini hanya sekadar luahan perasaan yang terpendam. Situasi ini aku dah tengok semenjak aku sekolah sampailah aku ke universiti. Pesanan drpd slh seorang pensyarah aku, mortarboard (topi graduation) tue jgn dibaling-baling, sebab itu adalah nilai bagi sesebuah ilmu. Aku pun pernah terbaling masa degree dulu (masa tue aku tak tahu, tgk org baling ak pun baling la). Semua nie pesanan buat aku dan kamu juga......terima kasih





Thursday, March 1, 2012

Today My Life Begins

2 bulan berlalu tanpa sebarang hasil. I have done NOTHING. Huh, menyesal dah tiada gunanya. Kalau dipikirkan balik, bukan apa sangat yang aku buat sepanjang tempoh 2 bulan. Maklumlah, belajar tanpa pak guard/mak guard ini penuh dengan dugaan dan rintangannya. Bab pertama bila buka buku, atau apa sahaja bahan bacaan ilmiah/akademik, aku akan merasa sangat mengantuk (automatik mulut akan menguap dengan luas).



Bab kedua, bila terkena pulak bahan yang dalam bahasa Inggeris, berkerut dahi, kening semuanya lah berkerut (maklumlah, my english education not so good). English bolehla tahan lagi, dapat yang bahasa Arab, memang jawabnya ak terus tutup, xpaham (padahal memang xbuka lansung, sebab takut, xpaham and mata berpinar-pinar). 

Kadang-kadang dah lepas the two stages yg atas nie, naik je stage yg ke-3, baru nak mula menaip, konon nak terus kumpul data dalam lappy (a.k.a laptop), singgah FB la kejap. Jenguk-jenguk mana yang patut, tapi bila dah msuk FB, terus melekat, dah kerja lain lansung tak menjadi (bahayakan FB nie, tahu tapi suka jg mengadapnya). Sometime, bila dugaan kat FB takde, aku pun bersemangat kental untuk mula menaip, tapi sayangnya ada sahaja yang mengganngu. 

Kekadang tue, barula satu perenggan aku taip, dah perut aku main keroncong lagu rancak (kalau slow takpe lagi), dah tue terpaksalah cari sesuatu untuk mendiamkan keroncong yang berkumandang, tapi makan punya makan, mata pun naik ngantukla. Lantas aku tertidur (memang sengaja menidurkan diri pun..hehe). Kalau perut ok sekali pun, ada saje dugaan-dugaan yang datang, Mr.T panggillah, ibe2 jek ada butterfly in my stomach. Tiba-tiba ada rancangan best kat TV la, dah terus melekat. Memang hidup ini dugaan.

Apa ? study kat library? lagilah HAMPEH!!!.
aku belum sampai tahap nie lagi...

Sepanjang kajian dijalankan, aku mendapati aku hanya mampu bertahan di library yg senyap dan sunyi itu selama 2 jam sahaja. Lebih daripada itu, jiwa aku akan merasa ketidaktenteraman. Mulalah, aku tak buat keja, aku akan pandang orang di sekeliling aku. Siapa yang berjalan di sini sana. Memamng tak kuat iman sungguh aku nie.Macam-macamkan dugaan nak menulis nie.Tue belum campur tahap kemalasan yag memang sudah sedia ada, memang tak berjalanlah sesi penulisan disertasi aku.

Semua nie bergantung pada disiplin diri dan kekuatan diri untuk melawan hawa nafsu and sifat-sifat yang sepatutnya kena buang jauh-jauh tue. Oleh yang demikian, starting today, aku bertekad dengan sepenuh keazaman (cit, poyo jek aku nie!!!) aku akan berusaha lebih keras untuk menjadi semakin rajin menulis dan membaca buku serta mengkaji tajuk yg sudah aku hantar pinangannya(proposal) kpd Dr. Raudhah. Aja-aja fighting!!! Chaiyok2!!!

Tulisan ini aku karang buat pengajaran kepada calon-calon siswazah yang membaca. Hadapi semua dugaan dengan iman yang kuat. Jangan mudah mengalah. YAKIN BOLEH!!!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...