Sunday, February 3, 2013

Nota Cinta Untuk Cikgu

    Selesai menelaah sebuah buku yang bertajuk seperti yang tertera di atas. Fatimah Bunyamin, seorang penulis dan juga merupakan seorang guru yang sangat penyabar dalam menangani masalah anak muridnya. Alhamdulillah, masih ada guru yang bersifat sedemikian, tidak pernah jemu menyelesaikan masalah murid. Bukan saya memperlekehkan karier guru kerana saya juga pernah menjadi guru sebelum ini.

       Cuma, apa yang saya lihat, guru lebih banyak mengambil pedekatan marah dalam menyelesaikan masalah. Padahal banyak lagi cara lain yang boleh digunakan sebagai penyelesai masalah. Antaranya pujian, galakan, lemah lembut dan banyak lagi. Semua ini berjaya dikupas oleh Fatimah Bunyamin dalam buku beliau. Tahniah.


Menurut penulis, kalau kita mampu meluahkan perasaan marah dengan perkataan, kenapa tidak meluahkan perasaan bangga dan gembira menerusi pujian. Jarang diamalkan guru, padahal ia sangat berkesan. Banyak lagi yang dikupas, antaranya tanggungjawab mendidik pelajar, tidak memadang rendah terhadap pelajar yang kurang berjaya, teknik mengajar Iqra' kepada kanak-kanak terutamanya kelas Tasmik j-QAF dan pelbagai lagi. Jadi jangan lupa dapatkan buku terbita MustRead Sdn. Bhd ini di pasaran, tidak mahal hanya RM 15.90 sahaja. Jom baca sama-sama, supaya ilmu tersebut dapat disebarkan di mana-mana.

- aku juga guru yang belajar 
daripada kesilapan lalu -




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...