Location : KPS UM
Time : 12.15 pm
Assalamualaikum wbt,
Sekadar menulis untuk
peringatan dalam waktu yang singkat ini, sebab aku di meja makan yang mana
orang lain juga mahu menggunakannya, so aku punya limitasi waktu untuk makan
dan menulis (sebenarnya makan & minum sahaja).
Alhamdulillah, atas
setiap nikmat dan ujian yang Allah swt berikan. Supaya kita sentiasa hambaNya
yang bersyukur walau dalam apa jua keadaan, sama ada semasa diberikan nikmat
mahu pun ujian.
Semalam, aku telah post sesuatu untuk meminta kata-kata semangat, terima kasih teman-teman yang memberi respon dengan pelbagai cara dan kaedah supaya aku menjadi lebih bersemangat. Ada yang dibaca, betul-betul menaikkan semangat, malah berkobar-kobar lagi, tetapi ada juga yang dibaca tetapi tidak tahu bagaimana mahu dipraktikkannya.
Ini sekadar teguran,
dan sebenarnya aku sangat berterima kasih kerana masih ada orang yang mahu
meningatkanku. Cuma aku ingin menegur dalam konteks dakwah (aku juga tidak
pandai), apabila seseorang meminta kata-kata semangat, maka respon yang
diberikan bacalah al-Quran dan hati akan menjadi tenang. Ketenangan akan
dicapai apabila kita memahami dan bertadabbur dengan al-Quran tersebut.
Betol dan aku setuju
sangat, InsyaAllah selaku orang Islam itu akan sentiasa tempat rujukan utama
dan pengaduan masalah tentu akan kita kembalikan kepada Tuan yang memberinya
iaitu Allah swt. Namun, cuba kita bayangkan, seorang yang meminta pertolongan
anda sedemikian, dan orang tersebut adalah orang yang baru belajar atau ingin
belajar al-Quran atau individu yg non-muslims, adakah anda rasa mereka akan
menyelak al-Quran dan membacanya…? Saya pernah ditempat itu, dan saya tidak
membuka al-Quran, tetapi saya akan keluar ke shopping mall atau bersama
teman-teman. Bukankah lebih baik kita petik satu atau lebih ayat-ayat al-Quran,
lalu kita ‘tampalkan’ di wall/post mereka. Secara tidak lansung, mereka ada
idea untuk mengadaptasikan. Contohnya, kita
ceritakan kisah Nabi Musa a.s berguru dengan Nabi Hidir a.s, baginda tetap
berusaha mencari Nabi Hidir semata-mata untuk menuntut ilmu. Walaupun pada
asalnya, pelbagai cabaran yang dihadapi dan mereka hampir sahaja berpatah balik.
Namun, atas kecekalan, mereka berjaya berjumpa Nabi Hidir a.s dan sempat
berguru dengan Nabi Hidir a.s dan kisah seterusnya boleh didapati dalam
al-Quran Surah al-Kahfi. Secara tidak lansung, orang yang membaca dan yang
meminta semangat akan mencari dalam al-Quran dan dalam masa yang sama input
juga dapat.
Saya mengaku, saya
tidak sehebat mana untuk bercakap mengenai perkara ini. Cuma ini yang saya
rasakan, agak sedikit kecewa. Memang kita digalakkan dan lebih afdal mengadu
masalah kepada Allah swt, tetapi saya hanya meminta kata-kata semangat, berilah
apa jua kata-kata yang anda tahu untuk membangkitkan semangat, dan sedikit kecewa,
apabila saya dilabel orang yang suka mengadu domba di FB. Sekali lagi
ditegaskan, saya hanya meminta kata-kata semangat bukannya mengharapkan belas kasihan orang lain.
Terima kasih atas
segala komen yang diberikan, terutamanya pada post tersebut, segala jasa kalian
saya amat hargai dan berbanyak-banayak terima kasih. Marilah kita beringat bahawa tidak semudah itu memberi semangat. Semoga Allah swt membalas
jasa kalian. Ampun dan maaf saya pohonkan atas penulisan yang mungkin mengguris
hati mana-mana pihak. InsyaAllah, anyhow al-Quran is always in My HEART and
Allah swt is always be my FIRST .
HambaMu yang lemah,
yang memerlukan kekuatan.
-rusydiah salehudin-

No comments:
Post a Comment