Thursday, July 26, 2012

Me & Mr. R

Saat mula-mula aku jumpa, serius memang tak suka. Memang kalau boleh tak nak jumpa.

Saat itu umur aku baru 7 tahun, mak suruh aku belajar mengenali Mr.R. Aku cuba tapi aku tetap tak suka.
Aku selalu tipu belakang mak. Macam-macam yang aku buat, supaya aku ada peluang untuk mengelak DIA. Sebab aku rasa bila Mr. R datang, aku tak dapat jalani kehidupan aku yang NORMAL.

Sampai aku sekolah menengah, Mr. R tak pernah jemu tunggu aku. Kawan-kawan aku semua gembira berjumpa Mr. R. Aku malas nak layan, tapi aku gagahkan juga diri ini jumpa DIA. Kali ini lain aku macam rasa lain, macam cinta baru nak berputik. Malas nak fikir banyak, so tak nak amik port sangat.

Memang setia Mr. R nie, aku masuk Nilam Puri menjalani kehidupan sebagai pelajar asasi, dia masih menemani aku. Kawan-kawan aku, sangat gembira dan sangat rapat dengan Mr. R. Aku jadi cemburu. Semakin lama, aku macam dapat rasakan yang aku sukakan DIA. Oooopss..!!! Makin lama aku kenal, makin aku kenal hati budi DIA. 

Sehingga aku ke Menara Gading. Aku dapat rasakan DIA sangat special. Mak aku dah tak paksa, tapi aku sendiri yang rela. Sekarang aku makin dewasa, aku rasa memang DIA yang aku rindui. Bila DIA tak ada, aku akan cari dan tunggu. Rindu dan sangat rindu.

Genap usiaku 25 tahun, aku menyambut hari lahir bersama DIA. Ini kali pertama sepanjang umur hidupku. Ya Allah memang sangat terharu dan betul-betul bersyukur. Rupanya DIA tidak pernah jemu datang dan menunggu aku, cuma aku yang ego padanya. Sebenarnya, baru aku tahu yang Aku cinta kamu Mr. R. Kenangan bersama setiap malam bersamamu, tidak akan pernah aku lupakan. Aku mengharapkan jodoh kita berkekalan untuk tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Walau apa pun, aku akan cuba mencintaimu sepenuh hatiku. InsyaAllah.

Oooh, Mr. R you are so special...!!!! 

Engkau yang mengajar aku erti menahan lapar dan dahaga, menahan diriku dari segala perbuatan keji dan mungkar. Memang benar, padamu terkandung nikmat cinta yang besar kepada Sang Khalik. Memang benar dulu aku benci kamu, kerana saat itu aku yang masih belum dapat mengerti dirimu, betapa jahilnya aku. Aku akan terus cuba menjadi terbaik sepanjang kau menemaniku dan bila tiba saatnya kau tinggalkan aku, aku akan tetap berusaha menjadi yang terbaik untuk Penciptamu. Alhamdulillah, syukur atas nikmatMu Ya Rabb, kerana Engkau telah mengenalkan aku dengan Mr. Ramadan.







Wednesday, July 25, 2012

It's all about LOVE

Love is a big sacrifice, isn't it?
You try to forgive and forget, but you still give it a try.
You are hurt, but you still continue to love.
You were betrayed, but you still hope.

And the big hit?
You've been left, but you still wait.

Because...
Once you  have feelings for someone,
it always be there.
You may not like them anymore,
but you still care.

Actually..





















*wahhh!!! aku berfalsafah hari ini....



Tuesday, July 24, 2012

mungkin "GAYA" tak kena "CARA"



Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menyambut Ramadan tahun ini. Inilah blan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan. Belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadan tahun depan. Oleh itu, anggaplah ini Ramadan Terakhir buat kalian dan diri ini juga.


Muslimin dan muslimat berlumba-lumba mengejar pahala Ramadan. Alhamdulillah !
Tidak kurang juga, yang masyarakat selain beragama Islam, ada yang cuba untuk berpuasa sama, tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha anda, insyaAllah semoga kalian terus dapat merasai nikmatNya.

Lebih membanggakan lagi, slot TARAWIH. Pakcik dan makcik sungguh gagah berjalan dan mengerjakan 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir. SubhanAllah, MasyaAllah, AllahuAkbar..!!! Tidak kurang juga golongan yang muda, teruskan usaha. Kalau pakcik makcik mampu, kita yang muda mesti lagi mampu, InsyaAllah.

Cuma, ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan. Aspek SOF dalam sembahyang. Rata-rata lebih suka tertumpu di bawah kipas. Ada yang lebih suka duduk dalam golongan kawan-kawan sendiri. Sehingga bila Imam bangkit, dan sudah mengangkat takbir, masih ada lompong-lompong kosong yang masih belum dipenuhkan. Apa salahnya, kita penuhkan yang kosong dulu. Tidak kiralah sejadah siapa atau siapa disebelah kita, yang penting SOF itu tidak terputus. 

Bukankah SOF itu lambang kekuatan umat Islam. Ibaratnya kita ini tentera Muslim yang sedang mara untuk pergi berjuang. SOF yang "KUKUH" dan "KEMAS" sudah tentu dapat menggentarkan hati pihak musuh. Bayangkan kalau masyarakat yang bukan Islam lihat, alangkah bangganya dan indahnya Islam.

Mulai hari ini, tanamkan dalam diri, kalau nampak sahaja KOSONG aku akan terus masuk, tak perlu lagi tunggu orang menyanyi lagu KOSONG Najwa Latif baru nak melangkah. Nanti semua orang dah angkat takbir dan tak mahu bergerak. Lagipun, SOF yang paling depankan yang paling AFDAL. So, siapa cepat dia dapat..!

Banyak yang perlu diperjelaskan tentang SOF dalam SOLAT, adalah lebih baik sekiranya kalian bertanya kepada yang pakar atau membaca buku rujukan Solat :



1. Kita dibenarkan untuk bergerak tidak melebihi 3 kali ketika dalam solat tanpa perlu membatalkan solat.Contohnya bergerak untuk merapatkan sof, jika ruang kosong besar, maka pergerakan tersebut hendaklah secara buat dan berhenti seketika, tidak sekali gus. Lebih baik lagi, orang dibelakang terus memenuhkan yang depan. 


2. Meluruskan SOF, dengan cara melihat bahu orang disebelah anda. Pihak masjid @ surau biasanya telah menyiapkan CARPET yang telah tersedia dengan garisan SOF. Maka, kaki kita biasanya akan berpandukan  CARPET tersebut.

Lebih mengecewakan lagi sikap tidak ambil port / tak amik berat sesetengah pihak, apabila diminta untuk memenuhkan ruang kosong dan meluruskan serta merapatkan SOF. Ramai kawan saya yang mengadu, kebanyakan golongan yang sudah berusia (maafkan saya kerana menyinggung), yang lebih suka duduk di atas sejadah sendiri, secara tidak lansung, bahu tidak akan bersentuh satu sama lain. Hmmm. 

Ramai juga yang rasa bersalah kerana mereka lebih muda, sudah tentu susah untuk golongan berusia menerima teguran tersebut. Mungkin juga GAYA teguran kita yang tidak bersesuaian dengan CARA mereka. Kita kena lebih kreatif, mungkin kita boleh tarik tangan dia dgn lembut untuk merapatkan sof. Cubalah pujuk dengan suara yang lebih lembut, moga mereka cair mungkin =D

Yang penting, jgn mudah putus asa. Kita juga perlu faham, tidak semua bertuah belajar agama macam kita. Masa dan zaman mereka sangat berbeza dengan kita. Jadi kita kena bantu antara satu sama lain.
Selamat Menunaikan Tarawih dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. RAMADHAN KAREEM.

perkongsian: suasana umat Islam di luar negara menyambut Ramadan sangat meriah, diharapkan suatu hari nanti Malaysia juga begini...


lampu-lampu yang digantung ketika Ramadan
'asir buah-buahan (jus buah-buahan)

cantiknya..SubhanALLAH
RAMADHAN KAREEM






Saturday, July 7, 2012

Esok belum tentu hidup !

Mak tanya aku "nak sarapan apa pagi ni....."

Aku jawab "entahla, ermmm...nasi lemak kot..."

Mak setuju je, "nak beli ke nak masak..?"

"Kalau masak nasi lemak hari ni, esok nak sarapan apa..?" balas aku.

"Allah, belom tentu esok kita hidup lagi..." mak menegur aku.

Aku tersenyum, dalam hati hati mengiyakan apa yang emak kata. Aku sedih, sebab aku terlupa yang aku akan mati. Bukankah orang yang paling cerdik adalah orang yang selalu meningati mati. Belum tentu esok kita masih bernyawa, mungkin ajal kita akan menjemput seminit, sejam, setengah hari atau sehari selepas itu. Tiada siapa tahu.


ungkapan "aku belum bersedia nak mati" adalah SALAH.

ungkapa yang paling BENAR ialah " aku kena bersedia untuk mati" kerna mati itu tidak pernah mengenal usia apatah lagi darjat keturunan.


 INGATLAH MATI ITU PASTI !





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...