Wednesday, February 29, 2012

Maafkan aku..

Diri ini sentiasa punyai khilaf
Adakalanya, dalam tidak sedar
perbuatan dan percakapanku menyakitimu
Ibarat tangan yang terkena pisau
Pasti ada kesan calar atau luka yang terpahat
Mungkin juga ada darah yang mengalir
Sakit...
Pedih...
Perit...

Sembuhnya?
mungkin akan mengambil masa berhari-hari
berminggu-minggu 
berbulan-bulan
bertahun-tahun
atau mungkin selamanya
Tiada siapa tahu




Maaf ♥ Sorry ♥ Asif ♥ Duì Bù Qǐ
Andai diri ini bersalah padamu
Teman, Rakan, Kawan dan Sahabat
Aku akui kesilapan ini
Namun, ketahuilah
Bukan niatku mengguris hatimu
Aku harap pertalian ini tidak berhenti di sini
Semoga ada sinar yang cerah suatu hari nanti






Wednesday, February 22, 2012

Rindunya Mesir

Tahun 2010 anugerah paling indah, kurniaan Allah SWT. Tidak terhitung nilainya. Lawatan sambil belajar di Mesir (suka-suki jek ak namakan sendiri, sebenarnya mana ada lawtan SAMBIL, yg sebenarnya belajar jek..hehe). Dah setahun setengah berlalu...Namun, kenangan masih lagi berlegar-legar di kepala.

Betol orang cakapkan, sekali dah minum air Sg. Nil, kita akan terbayang dan rindu untuk jenguk Mesir lagi. Apakan daya, perjalanan ke Mesir bukannya dekat, hampir mencecah 10 jam kalau direct flight. Belum dikira cost utk tiket lg. Banyak nak pakai duit tue. Seriously, all the memories akan aku ingat sampai mati, insyaAllah. 

Aisy, bilalah boleh berkunjung lagi....
Semoga ada peluang kedua untuk ke sana lagi...
Harapan tue penting, angan-angan pun penting jg...
Tp kalau banyak sangat angan-angan, semua kerja xjadi nanti...=)

Lagak kami yang mahu melintas jalan, bukan senang nak lintas jalan kat Mesir,
 tapi untung ada Polis Trafik yang berbaju Hijau itu 
(bukan polis sebenar, gelaran je utk Pak Mushrif kami).
Terima Kasih yer Pak Mushrif & Kak Mushrifah.




Taut Menaut Bukan Kerja Kita

Semakin hari semakin meningkat umur...

Pastinya soal jodoh bermain dan berlegar dalam kotak pemikiran si dara dan teruna...

Masing-masing runsing dan sibuk mencari Mr. & Mrs. Right...
Usaha semampu mungkin, jangan duduk seperti menunggu bulan jatuh ke riba..

Namun....

Ada yang perlu kita ketahui, kerja taut menaut itu bukan kerja kita, kerja Dia. Kita tidak akan dapat menduga sama sekali. Kadang kala, jika benar dia jodoh kita, walau diceruk mana pun dia berada, Allah akan temukan. Ada juga yang berada bertahun-tahun di depan mata, tahu-tahu menjadi suami/ isteri. Sometime rasa mcm sweet je kan, tapi bersabarlah wahai hati-hati. Hati ini milik Allah, Mungkin bukan sekarang Allah temukan jodoh anda, kerana bukan masanya yang sesuai. Jangan pula kecewa jika kita masih tidak bertemu jodoh di kala umur sudah meningkat tua. Allah pasti punya percaturan yang lebih baik dari itu. Paling penting, jalankan tanggungjawab sebaik-baik mungkin sebagai khalifahNya


Cuma ada satu nasihat, jangan terlalu over confident, kekasih yang anda puja dan tatap setiap hari itu adalah jodoh anda. Aku pasti frasa ini biasa didengari "Eleh, orang bertunang pun boleh putus, orang yang dah kahwin pun boleh cerai...." Ini aku nak sambung " Inikan pula orang yang tak punya hubungan apa-apa, lagilah tak punya harapan apa-apa...". Tiada pun janji yang terikat. Selagi anda bergelar pakwe & makwe, boyfriend & girlfriend tiada sebarang jaminan yang dia adalah jodoh anda. Sehinggalah si lelaki melafazkan akad yang berbunyi "Aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinya sekian sekian". Besarnya nilai AKAD dalam rukun nikah, menunjukkan persetujuan untuk menanggung segala tanggungjawab yanng telah diamanahkan oleh wali si perempuan. Oleh yang demikian, jangan over confident dan jangan terlalu merendah diri. Yakinlah Allah pasti megurniakan yang terbaik buat kalian semua.



“Cinta, kasih sayang itu semua hak Allah.
Kalau dalam hati ini dah ada rasa cinta,
Makna kata, Allah dah ada dalam hati kita.”
[Tokwan, 2011] 




Monday, February 20, 2012

Jaga baik-baik

Assalamualaikum...

Dengan harapan aku menulis kali ini...

Harapan aku dapat bertemu kembali dengan file yang aku cari....

Hilang...
atau Lupa...

Entah yg mana satu istilah yang aku patut pakai. Minggu ini sibuk dengan urusan pendaftaran, dan dalam masa yang sama aku perlu berjumpa dengan penyelia. So, aku kenalah bawa sekali the proposal, tapi sayangnya puas aku cari tapi tidak ku ketemu. Sadis sungguh. Pengajaran buat semua, setiap barang yang berharga tolong jaga baik-baik yer. Jangan letak merata-rata. Walaupun dalam komputer or laptop, simpanlah di tempat yang selamat. Sebaiknya gunakan email atau online databases.



Untuk peringatan kita bersama, jagalah barang-barang dan apa sahaja yang di depan mata kita yang paling beharga sebaiknya. Sekadar perkongsian bersama.




Thursday, February 16, 2012

Doalah dengan hati yang ikhlas

Doa itu senjata bagi orang mukmin,

Kata-kata yang aku pegang dan ingat serta semat hingga hari ini. Tidak kira siapa pun kita, di mana pun kita berada, setinggi mana pun kita, sepandai mana pun, yang sebenarnya kita semua sama di sisi Allah SWT. Allah itu Maha Adil, sentiasa mendengar segala permintaan dan rayuan hambaNya. Lagi banyak kita mengadu, lagi Allah suka. Sangat berbeza dengan manusia, lagi banyak kita mengadu, orang akan mula naik jemu dengan kita.

Yang penting minta dengan hati yang ikhlas, yang penuh ikhlas tanpa sebarang keraguan atau syak wasangka. Jauh sekali bersangka buruk dengan Allah. Siapa kita untuk bersangka buruk denganNya. Dia yang menjadikan kita, maka dia juga yang Maha mengetahui apa yang tersirat di dalam hati kita. Analoginya seperti orang yang sedang bercinta, luahkan apa yang terpendam di lubuk hati kepada orang yang kita cintai, demikian juga kepada Allah. Doa itu ibarat meluahkan segala yang terpendam dalam hati. Allah itu tahu, cuma ingin menguji, hambaNya yang mana sanggup merendahkan diri, memohon pertolongan Ilahi.


Jangan pernah rasa diri tidak layak berdoa, mungkin orang di luar sana boleh melabel kita sedemikian, tapi ketahuilah bahawasanya Dia tidak pernah menentukan sesiapa pun untuk berdoa mahupun diterima doanya. Doalah demi kebaikan kita, orang disekeliling kita serta demi kebaikan agama kita. 

Alangkah indahnya, jika seluruh Muslim berdoa untuk saudara sesama Muslimnya. Adalah lagi indah, jika kita berdoa juga untuk Non-Muslims di luar sana, agar mereka diberikan hidayah oleh Allah SWT. Mari hayati bersama maksud ayat 125 Surah an-Nahl ini :


Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmahkebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.

Usah pernah berhenti berdoa, doalah sepuas-puasnya, kerna saat anda berdoa, hanya ada Dia sebagai tempat bergantung harapan. Setiap doa yang diminta, InsyaAllah akan dimakbulkan olehNya, yakin itu perlu. Doa itu senjata buat kita semua. Tiada senjata yang lebih kuat darinya.

Bila Allah cepat 
makbulkan 
Doamu, Maka DIA 
Menyayangimu, 

Bila DIA Lambat 
Makbulkan 
doamu, Maka DIA 
Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak 
Makbulkan 
Doamu, Maka Dia 
Merancang 
Sesuatu Yang 
lebih Baik 
Untukmu.

Oleh itu, 
Sentiasalah 
Bersangka Baik 
Pada ALLAH 
Dalam Apa Jua 
Keadaan Pun... 
Kerana Kasih 
sayang ALLAH Itu 
Mendahului 
KemurkaanNya




Saturday, February 4, 2012

Anak Yatim Anak Yang Mulia

12 Rabiulawal.....
Lahirnya seorang putera yang disegani ramai, Muhammad bin Abdullah...
Peribadinya terpuji dan disukai ramai...

Namun, Muhammad tidak seperti kanak-kanak yang lain...
Hidup tanpa kasih sayang bapa, dan hanya seketika sahaja saat bersama ibunya...
Ibunya turut pergi menghadap Ilahi...
Maka, hidupnya yatim seorang diri...

********

Tatkala anak-anak lain bergelak ketawa bersama ibubapanya...
Ada yang sedih bergenang air mata merindu orang yang tiada...
Tatkala yang lain sibuk kerna berkongsi pengalaman bersama orang yang dikasihinya...
Kita duduk di suatu sisi mendiamkan diri, kerna kita tidak punya kenangan bersama mereka...

Alangkah sedihnya...
Kenapa Allah SWT ambil mereka...
Kenapa aku dihukum begini..
Aku malu menjadi yatim...
Kerna hidup aku tidak sempurna seperti teman-temanku yang lain..

Jangan begitu wahai YATIM sekalian..
Berbanggalah siapa yang bergelar yatim...
Kalian merasai apa yang Nabi Muhammad SAW telah lalui...
Anak Yatim itu adalah Anak Yang Mulia...
Kerna kamu dilindungi Allah SWT setiap masa..

Kalian hilang tempat bergantung, tapi Allah SWT hulurkan kasih sayangnya yang banyak untuk kalian...
Namamu YATIM disebut berulang kali di dalam al-Quran..
Sedangkan anak yang lain tiada...
Jangan pernah mengeluh..
Jangan pernah mengadu..
Ujian Allah swt itu tentu ada hikmahnya..

Ayuh bangkit!!!
Baginda yang yatim juga mampu berdikari tanpa ayah dan ibunya di sisi...
Maka, umatnya juga boleh...
Ambillah Baginda sebagai contoh teladan..
Ya, bukan mudah menjadi yatim..
Tapi, bukan susah untuk belajar hidup sebagai yatim...
Memang kamu tidak sama dengan yang lain..
Namun, ketahuilah tempatmu di sisi Allah SWT sungguh mulia berbanding yang lain..

Aku tahu, kerna aku juga pernah bergelar yatim....

p/s : Sekiranya mereka masih hidup sampai ke tua, belum tentu kita mampu menjaga seperti mana mereka menjaga kita semenjak kecil. Maka, Allah SWT telah permudahkan tugas kita sebagai anak. Bersyukurlah...Namun, tanggungjawab sebagai anak tidak akan pernah berhenti sehinggalah kita mati. Oleh itu, jangan pernah tinggalkan doa dan sedekah kepada mereka. Kerna perkara itu seolah-olah kita sedang menjaga mereka. 


♥ Aku sangat merinduinya ketika ini...Semoga dia tenang di sana...
Semoga tempatnya bersama para solehin...Amin♥ 








Wednesday, February 1, 2012

Makin Cinta Makin Diuji

Kepulangan ke kampung halaman mengajar aku erti CINTA....


...CINTA seorang suami kepada isteri

CINTA seorang ibu kepada anak.....

....CINTA seorang bapa kepada anak

CINTA seorang anak kepada ibubapa....


Makin lama cinta berpaut, makin banyak dugaan yang datang bersahut. Cinta bukan pada kata-kata, tetapi dari hati. Sayang bukan hanya simpati tetapi empati. Makin dibaja makin mekar dalam diri. Alangkah indahnya perasaan CINTA kurniaan Ilahi. Namun, laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan

Begitu juga CINTA Nabi-nabi yang pernah diuji...

♥ Cinta Nabi Ibrahim a.s dan Siti Hajar oleh kerana cemburu mereka terpaksa berpisah.
♥ Cinta Nabi Muhammad s.a.w dan Aisyah r.a, dek kerana fitnah, sunyi seketika rumah tangga mereka.

Ujian Allah swt itu sangat pahit bak hempedu, tapi hikmahnya manis bak madu.

Indah sungguh cinta sejati antara manusia, lagi indah cinta sejati kepadaNya, kerana segala UJIAN CINTA yang hadir itu tanda CINTA DIA KEPADA KITA.

"Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita"




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...