Thursday, January 26, 2012

Hantaran RM 3,000

Kami ketika itu sedang berreunion & sibuk discuss perkembangan masing-masing. Ada seorang teman yg sudah berkahwin menceritakan detik perkenalan dgn isterinya. Lalau, aku meringankan mulut bertanya.

"Berapa hantaran kahwin ko Izat?" selamber jek aku tanya. 

"Soalan ko Wan...hee" namun dijawab juga kawan aku sebab dia sudah biasa dgn aku.

"RM 5,000, family dia letak" 

"Oklah tue..."senang lah sikit nak cari duit

Tiba-tiba ada seorang mencelah

"Ada tak perempuan sekarang hantaran 3,000 ringgit ?"  berderai ketawa kami semua.

"Perghhhh kau ingat kau nak jual beli perabot kat kedai" aku sampuk.

Aku syak dia masih single, sebab tue dia tanya kot, dan mungkin ingin mencari pasangan hidup. Tapi kami tinggalkan persoalan dia tanpa sebarang jawapan. Bila aku fikir balik, kesian lelaki zaman sekarang.

Pada asalnya, masalah utama yang patut difikirkan untuk berkahwin adalah bersedia atau tidak menjadi pemimpin dalam keluarga, bukannya masalah wang hantaran. Namun, rata-rata masyarakat kini lebih mementingkan wang hantaran berbanding dengan perkara yg sepatutnya. Oleh sebab itu juga, ada yang mengikat tali pertunangan sehingga bertahun-tahun semata-mata untuk mengumpul wang hantaran. Tidak kurang juga yang berhutang sana sini. Aku memang suka tahu pengalaman orang sebelum berkahwin, terutamanya di pihak lelaki, kalau di pihak perempuan aku rasa kurang timbul masalah. Aku bertanya kepada seorang lelaki yg berpangkat abang.

"Abang Nizam dulu masa nak kahwin macam mana? Tak susah ke nak kumpul duit?" 
soalan pertama belum berjawab, aku terus ajukan soalan kedua.

"Adoi, adik Wan....Masa tue Allah je yg tau, punyalah ikat perut semata-mata nak kumpul duit. Makan pun ala kadar je, ada sampai satu tahap sanggup berlapar"

Sedih dan kesian juga aku dengar, kebanyakkan lelaki bermati-matian utk mencapai hasrat mereka. Apakan daya, sudah tuntutan dunia. Wang hantaran yang diminta atas dasar utk belanja KATERING, PELAMIN, BAJU PENGANTIN, PHOTOGRAPHER, HANTARAN dan sebagainya. Setiap orang punya pendirian masing-masing. Ada yang rasa wang hantaran itu penting, ada yang rasa wang hantaran tidak menjamin kebahagiaan macam-macam lagilah. Sebenarnya yang wajib itu MAHAR atau dikenali juga dgn Mas Kahwin, yang kebanyakkan negeri telah menetapkannya, tapi hantaran terpulang kepada kedua-dua belah keluarga. Cuma, pada aku, kedua-dua perlu faham dan saling memahami antara satu sama lain. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. 


Paling penting MASJID yang akan dibina mendapat keredhaan Ilahi dan terhindar dari segala masalah-masalah seperti bebanan hutang, benci membenci dan sebagainya. Wahai lelaki yang mencari perempuan di bawah 'RM 3000' berusahalah semampu anda. Aku percaya masih ada keluarga dan wanita yang tidak mementingkan duit semata-mata, Walaupun ada, doalah agar terbuka pintu hati bakal mertua untuk meletakkan 'PRICE TAG' yg ada tanda 'NEGOTIABLE'. Teruskan berusaha wahai Para Bakal Pemimpin sekalian, jgn mudah putus asa. InsyaAllah rezeki Allah SWT di mana-mana, sekalipun tiada wang hantaran yg diminta, kalian tetap perlu berusaha untuk masa hadapan RUMAH TANGGA kelak.

Aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa, salah dan silap aku mohon maaf, kerna aku sendiri belum punyai pengalaman ini. 






Wednesday, January 25, 2012

Manusia Berharap Terlalu Banyak

"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit"

Manusia oh manusia..
makhluk yg sentiasa lupa!!! lupa akan tanggungjawab, lupa untuk bersyukur, lupa untuk bersujud, lupa untuk berusaha, segalanya lupa. Mungkin ada juga yg lupa kita ini KHALIFAH sebenarnya. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ahzab (33) : 72 -

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang. Mereka enggan untuk menerimanya. Dan takut dengan tanggungjawabnya. Akhirnya manusia mahu menerimanya. Tetapi manusia banyak yang bodoh”

Harapan manusia itu terlalu tinggi, tapi usahanya sangat sedikit. Kalau setakat duduk dan berangan, memang kompom tidak akan menjadi kenyataan. Seandainya, usaha dan berangan, InsyaAllah akan ada hasilnya. Kenapa mengharapkan yang terbaik sedangkan kita tidak pernah bagi yang terbaik. Mengapa mesti mempersoalkan usaha orang sedangkan kita tidak berusaha. Walau sekecil atau sehina mana pun manusia, tetapi jika dia berusaha, maka itu lebih baik daripada kita yang asyik bercakap tanpa sebarang usaha. 

Bagi aku, makcik dan pakcik yang kurang sempurna penglihatannya, menyanyi di depan KAMDAR di JALAN TAR lebih bagus daripada orang yang hanya meminta-minta walaupun tidak ada sebarang kecacatan. Malu dan sedarlah diri. Orang kurang upaya juga ada usaha, tapi kita yang sempurna MENGHARAP tanpa sebarang USAHA.

Walau serendah atau setinggi mana pun HARAPAN, jangan pernah berhenti BERUSAHA.


USAHA + DOA + TAWAKKAL 




Sunday, January 22, 2012

Sambung belajar..???

Seperti yang dijanjikan, aku memang teringin nak share bagaimana susah senang menyambung pengajian. Asalnya aku lansung tak bercadang untuk sambung belajar, tapi masa aku di akhir-akhir zaman degree aku, ramai dalam kalangan rakan-rakan yang menasihatkan aku untuk sambung. Memang masa tue nekad TIDAK AKAN sambung lagi, cukuplah aku dah serik dengan assignment yang bertimbun-timbun, membuatkan aku kena stay up siapkan semata-mata nak buat pembentangan esoknya. Tugasan yang pada aku ketika itu memang susah sangat-sangat (al-maklumlah aku bukan budak IT, so bila dapat tugasan praktikal memang nganga la jawabnya).

Peliknya, bila ada orang tanya aku "Tak nak sambung belajar ke?". Aku tak tersu jawab "tak nak", tapi aku akan jawab "Tengoklah, kerja dulu, pas tue baru sambung kot" itu jawapan yang selalu keluar dari mulut aku. Rupa-rupanya memang rezeki aku menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Orang kata, jangan cakap besar, nanti kita dapat apa yang kita tak nak.

Sebenarnya, bukanlah susah sangat sambung MASTER nie. Tidak seperti yang digembar-gemburkan. Adat belajar, mana ada yang tak susah. Sebab pada peringkat awal, kebanyakkan kita tak tahu apa-apa, tapi lama kelamaan dah biasa maka OK lah. Aku hanya mampu bercakap dari segi bidang pengajian aku (PENGAJIAN ISLAM > USULUDDIN (DAKWAH)). Aku pun bukan hebat sangat dalam bidang nie,  sebab itu aku amik Mod Pengajian Kursus & Disertasi (maksudnya kelas 1 sem dan selebihnya disertasi/thesis) aku budak sains gunaan dgn Peng. Islam yg datang utk memperjuangkan sains gunaan di mata warga APIUM. Cewwah...

Back to the topic.

Of course tiap benda dalam kehidupan ini ada masalah sendiri, so dalam study nie pun ada masalah sendiri. Lagilah kita yang belum ada apa-apa kerja mahupun harta tetap..So, masalah utama yang akan timbul ialah MASALAH KEWANGAN.  Mula-mula, bila dah ditawarkan untuk menyambung pengajian, pihak universiti akan minta kita buat pembayaran dulu, sebelum nak register. So, amount dia dlm RM 1,500 ke RM 1,700. Jadi, masalah akan timbul dari sini dan akan berlarutan sehingga ada orang yg sanggup menaja anda atau anda sendiri yang menaja diri sendiri.*_^. Settle masalah yuran, next step still lg mengenai kewangan, maklumlah buku-buku, nota-nota dan semua assignment memerlukan duit. Ko ingat boleh suka2 hati nak cetak asignmemnt free, lainlah printer ko sendiri. Memang semua duit, tapi takdelah melibatkan kos yang besar. InsyaAllah mampu lagi rasanya. Kena sentiasa get ready dlm poket kena ada duit. Aku bercakap dalam konteks KURSUS DAN DISERTASI, kalau FULL RESEARCH aku xtau sgt.

Next, MASALAH MASA. Apa yang aku alami dalam tempoh kursus ni (maksudnya sepanjang ada kelas), minggu yang diperuntukkan ada 14 minggu. Subjek yang diambil ada 4, setiap subjek akan mempunyai 2 assignment yang berbeza ala-ala the real research gitu. Setiap subjek akan memuatkan 2 asgment yang berbentuk KUALITATIF & KUANTITATIF (siapa yg nak tau, kuali n kuanti ni adalah metode yg digunakan untuk membuat kajian). So, cubalah anda fikir (bak kata Nabil..lu fikirah sendiri!) 2 x 4 = 8 (kan aku dah ajar matematik kat sini). Oleh yang demikian 14 minggu yang ada, aku perlu siapkan 8 assignment, cuma ada satu subjek tue kena buat 3 asgment sebab dia xde final exam, total skrg 9 asgment. Maka, sudah tentu tidak cukup tangan dan kaki serta otak untuk menyiapkannya. Dalam hati pernah terdetik 'Siapa suruh aku cari masalah, aku yang nak sambung sangat. Tanggunglah sendiri semua masalah.'  Maka, minggu-minggu akhir, muka kami semua 'ketat' je. Maklumlah, last minute punya kerja kan. Lumrah belajar, dari degree smp master. So, nasihat aku kena pandai agih2kan masa dan otak kena cerdik. Bila time buat research, jgn tumpu pd satu tajuk je, kalau baca satu buku, then jumpa isi untuk tajuk lain, terus je take note n salin, jgn buang masa. 

MASALAH TAJUK, ini pun menjadi masalah juga, sebab bbiasanya yg datang ambil master nie blur2 semua. Nak cari tajuk pun xtahu lg, yang mana yang baik, yang mana yang dah ada orang buat, takut-takut nanti jadi Plagiarisme plak. Semua tu, kena amik port (kesah). Banyakkan discussion dengan pensyarah, jangan syok sendiri buat asgment. Pertama sekali, tajuk asignment yg nak dibuat mesti kena ada persetujuan pensyarah, kalau tidak 'masak' nanti kena bantai dalam presentation, markah akan kurang dan malu pun akan dapat. Tapi yg malu tue xkisah sgtla, sebab nie semua dalam proses belajar. Markah tue yg penting sebab majoriti asignment peringkat master nie membawa 50% dan lagi 50% utk final exam. Untuk pengetahuan majoriti assignment yang dibuat berbentuk individu, bukan lagi berkumpulan (kecuali utk subjek Research Methodology, but still ada satu yg individual).
Masing-masing sibuk menelaah utk saat-saat akhir.

Banyak lagi masalah sampingan lain, tapi aku tekankan MASALAH FINAL EXAM. Sepanjang kelas berjalan, rasa macam seronok je attend kelas sebab tiada lagi stress macam degree dulu. Masuk saja kelas, dengar pensyarah cakap n brief sikit, kita catat apa yg perlu kemudian balik. Kebanyakkan pensyarah akan cerita situasi semasa berkaitan dengan tajuk, so fakta-fakta atau konsep-konsep atau teori-teori semua carilah sendiri. Senangkan, hee. Masalahnya rujukan yang diberi banyak dalam Bahasa Arab, siapa yg pandai Bahasa Arab, maka tidak menjadi masalah tapi siapa yg kuranga arif akan terkontang kanting sikit. Bila tiba final exam, semua pelajar akan meraba-raba mencari nota utk ditelaah. Masa dalam kelas lansung tak ingat dunia, enjoy sakan. Bila nak final exam barulah tau, klu soalan tidak dibagi, dan pensyarah mengaharpkan paling tidak satu soalan dijawab dalam 4 muka surat (panjang tue..klu xde hujah, apa la yg aku nak merapu). Kebanyakkan soalan berbentuk umum dan pelajar perlu tahu untuk tackle soalan dgn jawapan yg sesuai, tapi biasalah aku ilmu xbyk maka aku menggunakan kepakaran 'MENGGORENG' aku di kertas periksa. (Jangan  tiru aksi ini!!!)

Sebenarnya, bukan susah nak sambung belajar, yang susah tue diri kita sendiri. Sama ada nak atau xnak, malas atau rajin, semangat atau xsemangat. Semua bergantung pada diri sendiri. Bagi sesiapa yang belum berkahwin, jangan sia-siakan masa anda, kalau rasa dah lama sangat tanam anggur kat rumah (penganggur), ubahla angin utk sambung belajar. Masalah-masalah di atas tue insyaAllah ada jalan penyelesaian. Nanti dah kahwin, mungkin banyak benda yg nak kena fikir, tapi utk mereka yang sudah berfamily dan menyambung pengajian, saya memang tabik spring la. Tahniah! lagi2 yg perempuan siap ada yg mengandung lagi. Subhanallah!!!. Jangan mudah putus semangat, ingat kata-kata :

"Jika berani memulakan, kena fikir kesudahannya"

p/s : aku akan kongsikan pengalaman menulis disertasi / thesis pula selepas ini, tapi mungkin after 7 months because aku baru nak start the research =)




Friday, January 20, 2012

Abdullah Khairul Azam

Rata-rata mengenali Abdullah Khairul Azam dalam karya Habiburrahman el-Syirazi. Tidak percaya cuba tanya para wanita yang gemarkan novel di luar sana. Paling tidak mesti umum mengetahui melalui Filem Ketika Cinta Bertasbih. Terngiang di telinga dialog dalam filem tersebut : " Mas, namamu siapa...??" teriak Anna Altafunnisa. Jawab jejaka tersebut :"Abdullah..!!!!"


Hebat karya Kang Abik, nama samaran bagi Habiburrahman, segar diingatan. Namun yang demikian, ramai di antara kita yang tidak sedar, watak utama yang cuba dibawa oleh Kang Abik, menampilkan nama-nama Pahlawan Islam Kotemporari, iaitu Syeikh Abdullah Yusuf Azzam. Mesti ramai yang tidak kenalkan...tapi kalau kenal alhamdulillah, itu sesuatu yang membanggakan. Syeikh Abdullah Yusuf Azam adalah seorang pejuang Afghanistan yang berjuang mempertahankan ISLAM. Beliau telah lahir pada tahun 1941, di Asba'ah al-Hartiyah, Palestin. Setelah menamatkan sekolah rendah dan menengah, Abdullah Azam telah melanjutkan pelajaran di bahagian pendidikan di Khadori College, belajar mengenai ilmu pertanian. Kemudaian beliau bertugas sebagai guru mengajar anak-anak Palestin. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Damsyik dan mempelajari Syariah dan mendapat Sarjana Muda pada 1966.  Selepas itu, beliau diusir dari negaranya sendiri sehinggalah menetap di Jordan. Kemudian, bermula pengibatan beliau dalam gerakan jihad Islam.



"Tidak ada alasan terlalu tua untuk berjihad di jalan Allah"

"Tanpa jihad beliau seperti ikan yang diangkat dari air, tidak akan bertahan untuk hidup" 

(Kata-kata Syeikh Abdullah Yusuf Azam)

Namun, saat perpisahan tiba juga akhirnya. Sebuah bom TNT seberat 20 kg ditanam di suatu lorong jalan yang mesti dilalui oleh Abdullah Azam ketika hendak ke Masjid Subu'ul Lail. Pada hari Jumaat, bom meledak dengan amat dahsyatnya, menghancurkan kenderaan yang dinaiki oleh Abdullah Azam dan dua orang anak lelakinya. Tubuh mereka tercampak dek kerana letupan yang sangat kuat. Tubuh beliau tersandar di tembok bangunan. Bibirnya hanya mengeluarkan darah yang sedikit saja, meskipun letupan yang sangat kuat. Begitu hebat kekuasaan Allah SWT untuk pejuang agamaNya.




Friday, January 13, 2012

Tips For Exam

Alhamdulillah, nikmatnya.....

Hari ini selesai sudah kegetiran aku dan rakan-rakan menjawab peperiksaan, nikmat periksa apabila selesai menjawab kesemuanya. Walaupun hanya 3 paper yg perlu dilangsaikan, terasa bagai berduyun-duyun paper yg perlu ditelaah. Zaman MASTER ternyata tidak sama dengan zaman DEGREE. Cuma, untungnya MASTER tidak terikat dengan nota-nota, kita bebas untuk menulis berdasarkan pembacaan kita. Sebenarnya bukan nak story about exam, just want to share tips utk menghadapi peperiksaan. Sudah tentu kalian ada tips yg lebih hebat dari aku, tapi setiap manusia punyai cara yg berbeza, betul x...?

First of all, bila menjelang peperiksaan, perkara utama yg aku akan buat kemas kini semua nota utk semua subjek, xkirela subjek pe yg nak periksa dulu ke, kemudian ke, yg penting ak kena tau, nota2 aku cukup utk semua subjek...but of course sila kemaskan seminggu sebelum paper pertama bermula. Untungnya, nanti korang xyah nak tergopoh gapah g cari nota..tp klu tbe2 de kwn2 bg notes baru, so just get n photocopy...Cara belajar kita mesti lain kan..ak akan salin semua nota dlm klas dlm 1 buku, krenye buku ak akn jd notes rojak, semua subjek akn de dlm tue...n sudah pasti tulisan ak mcm cacing kerawik(btol ke ak eja?). Menjelang je peperiksaan, aku akan salin balik all the notes in kertas kajang, so ak akn divide by tajuk, dlm masa yg sama aku akan updates apa2 yg patut, cth : simple story yg pensyarah de sebut dlm kelas, so aku akan try search kat google n ayat quran yg mana aku xsure pn aku akn check blk (sbb aku aliran Pengajian Islam, so dalil2 sgt penting) .

Secondly, preparation utk alat2 tulis, fizikal n jasmani korang. Paling penting, buat sesiapa yg masih ada ibubapa, maka minta maaf dgn mereka, minta tolong mereka doakan, sbb doa mereka nie insyaAllah, Allah makbulkan, VVIP di samping Allah nie. Seterusnya pastikan, kesihatan korang terjaga, jgn nak ngade2 g mandi pantai, sungai pe bagai, dduk je umah/hostel. Tapi klu Allah dah bg penyakit, jgn merungut, terima dgn redha, sbb penyakit tue hadiah dr Allah, spy kita sntiasa ingatkan Dia.

Thirdly, bacalah notes2 korang tue smp khatam n hadam, klu de soklan target pn bgus, tp klu xde try rujuk blk soklan2 lepas. Just remind urself, yg koranx xkan repeat paper tue, n klu dah alang2 buat, biar dapat A, pe barang B & C..hee. Bukan nak berlagak, cuma nak naikkan semangat diri.

Next, menjelang peperiksaan. Beberapa perkara yg kena buat. Minta pertolongan dengan Dia, solat hajat, tahajjud (bukan tahajjdu cinta yg korng bce novel or tgk TV tue, tp nie tahajjud cinta dengan Allah). Ingatlah, masa zaman Rasulullah SAW dulu, sahabat2 kalau nak pergi berperang, mereka akan tahajjud dulu, sehinggakan sesiapa yg xmenunaikan tahajjud tidak dibenarkan keluar berperang. Sebab apa? sebab dalam tahajjud tue ada kekuatan, xpercaya korang try buat, insyaAllah anda akan merasainya. xtau nak buat, xpe...skang zaman dah maju, just google je, insyaAllah de keluar. Segan..??? kenapa pulak segan? ooo, sebab selama nie xpernah pun buat tahajjud. La... xpelah inilah masanya utk kita mulakan dan teruskan. Bila lagi kita nak buat kalau xmulakan dr sekarang. After this, kalau de pe2 masalah try tahajjud, insyaAllah ada kesannya. Jangan lupa baca al-Quran juga, if u can't read, korang ble ngaji surah-surah ringkas..3Qul atau apa2 yg ingat.

Semasa nak jawab : jgn main terus jwb, bila pengawas kata ble masuk dewan, n dah amik tempat duduk, baca doa mula2 nak stat belajar, surah al-fatihah,surah al-insyirah n selawat banyak2. kalau nak baca yg lain2 pon boleh. Jgn lupa sebut, Allahumma Rabbi Yassir Wala Tu'assir (maksudnya Ya Allah permudahkanlah, janganlah menyukarkan), then boelh stat jawab. Bila lupa selawat banyak2, n bila dah selesai jawab. Masa pengawas kutip ketas periksa, kita sebut Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah (dengan nama Allah, aku bertawakkal kepadaNya). Doa dlm hati agar apa yang kita jawab tue betul n diterima pensyarah.


Senangkan nak periksa, klu kita rancang dari awal, insyaAllah kita boleh berjaya. Cuma faktor MALAS tue yg kadang-kadang menguasai diri sampai kita pun xbaca buku n xulangkaji. Ingat tiada kejayaan tanpa usaha yg gigih. Jangan harapkan rezeki datang bergolek, ayam golek pn manusia kena cucuk masuk besi pas tue golekkan, niekan nak korang. Renung-renungkan dan selamat beramal, semoga semua beroleh kejayaan.




Monday, January 2, 2012

Ikhlas

Alhamdulillah dalam kesempatan waktu yang diberi, aku sempat mencoretkan sedikit di blog yg telah usang ini, telah lama aku tinggalkan. Mungkin kerana banyak idea-idea aku telah dicurahkan ke dalam bentuk assignments yang menimbun. InsyaAllah, one day, aku akan kongsikan pengalaman yang aku lalui sepanjang bergelar pelajar Master.

Cuma hari ini, aku terpanggil untuk menyentuh sedikit isu kawan, yang aku anggap penting dalam masyarakat kini. Banyak yang kita lihat, kawan makan kawan, kawan tikam kawan(ada yang tak sampai mati) ada juga musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan macam-macam lagi. Semua itu isu yang berlaku dalam istilah kawan. Keikhlasan dalam berkawan semakin pudar. 

I just wondering, betulke kawan-kawan yang ada disekeliling aku nie ikhlas berkawan dengan aku ? Satu persoalan yg sentiasa menghantui minda aku. Tapi sebenarnya soalan itu tidak penting pun, apa yang lebih penting 'Adakah aku ikhlas berkawan dengan mereka ?' . Tanya diri kita dulu, baru boleh tanya orang lain. Tak kisahla, mereka ikhlas atau pun tidak, itu urusan mereka dan Allah SWT. Jangan salahkan orang lain, kalau kita sendiri tidak boleh mengikhlaskan diri.

Kata-kata 'Hilang Madu Sepah Dibuang' pun tergolong dalam hubungan ini, ada yang berkawan untuk kepentingan diri semata-mata. Namun, tidak dinafikan ada yang masih betul-betul ikhlas berkawan. Come on, hubungan kawan bukan sekadar untuk kesenangan semata-mata. Erti kawan yang sebenar, sanggup berkorban antara satu sama lain, berkongsi suka dan duka, pahit dan manis tidak kira dalam apa keadaan sekalipun. Sampai satu tahap, kawan boleh menjadi saudara. Kalau kita ingin disayangi, maka kita juga perlu menyayangi. Don't forget in the relationship, we should give and take, remember sharing is caring......

Tiada siapa pun akan rugi dalam persahabatan. Malah sebaliknya, untung akan datang bergolek. Pahala yang diperoleh berlipat kali ganda, kasih sayang yang kita curahkan akan bertambah-tambah. Cuma, satu pesan aku...untuk aku dan juga teman semua. Awas dgn penyakit hati yg sentiasa dtg sbg penghasut pengganti syaitan. Iri hati, hasad dengki dan cemburu, pembunuh utama persahabatan. Kalau boleh jauhkan, supaya kita terhindar dari salah faham dan buruk sangka. 

p/s : walaupun orang kata dalam friendship tiada istilah terima kasih, tapi bagi aku istilah itu penting utk menghargai kawan kita. Tidak perlu hadiah yg besar, cukup terima kasih tanda penghargaan dia ikhlas berkawan dengan kita. Sebenarnya, awl pagi td aku terkecil hati dgn seorang kawan, yg mana aku sgt memerlukan pertolongan ketika itu, tp tidak diendahkan.  Salah aku, cepat berburuk sangka, mungkin dia ada keperluan lain ketika itu, dan tidak dpt mmbantu., buang jauh-jauh fikiran buruk itu dan always think positive!! Biarlah kita jadi pemberi, jangan sesekali minta diberi. Tangan yg memberi kan lebih baik dari tangan yg menerima...Sekali kita kawan, kita akan terus kawan smp bila2...Thank you so much my friends, especially to Hamizah Rifai, Nurul Akma Osman and Aishah Ahmad Thani dan semua sekali..thanks for being my friends. Aku tinggalkan kalian dengan video klip by Bruno Mars- Count On Me.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...