Anak sulung bertanya kepada ayahnya, "Bagaimana mencintai anak-anak yang lain tanpa mengurangkan cinta ayah kepada saya?"
"Cinta bukan benda, yang akan mengurang bila dikongsi. Cinta berkurang bila berubah hati," jawab si ayah.
"Tapi ayah seorang, anak-anak ramai...."
"Siapa yang cintanya banyak, akan mampu memberi banyak."
"Apa maksud kalau cinta itu banyak? Cinta boleh bertambah?"
"Sesuatu yang boleh berkurang, pasti boleh bertambah. Seorang ayah mampu dan mesti menambah kuantiti dan kualiti cintanya. Kemudian, lahirlah anak seorang demi seorang, cinta akan dapat diberi seadilnya tanpa mengurang cinta yang telah diberikan sebelumnya."
"Bagaimana membanyakkan cinta?"
"Tingkatkan cinta kepada Pencipta cinta-Allah. Dia al-Wahhab (Maha Pemberi)."
~Nota Hati Seorang Lelaki ~Pahrol Mohd.Juoi~
No comments:
Post a Comment