Friday, May 21, 2010

Ketika Cinta Berbuah Syurga

Ada seorang raja yang adil dan soleh. Dia memiliki seorang putera yang tampan, pintar dan berani. Saat-saat yang paling menggembirakan raja ialah, ketika dia mengajar anaknya itu membaca al-Quran. Raja juga menecritakan kepadanya kisah-kisah kepahlawanan para panglima dan tenteranya di medan petempuran. Anak raja yang bernama Said itu, sangat gembira mendengar kisah yang diceritakan oleh ayahnya. Said yang masih kecil itu akan berasa kecewa apabila ayahnya sedang bercerita, tiba-tiba ada orang yang mengganggu.
Raja tahu apa yang dirasakan anaknya. Maka baginda menasihati anaknya, “Said, ankku, sudah tiba masanya untuk kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Seorang teman baik, yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh di ajak bercinta untuk syurga.”
Said tersentak mendengar kata-kata ayahnya.
“Apakah maksud ayah dengan teman yang boleh diajak bercinta ke syurga?”
“Dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu berteman denganmu, bukan kerana darjatmu, tetapi kerana kemurnian cinta itu sendiri, yang tercipta dari keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Alah. Atas dasar itu, kau pun dapat mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kam akan melahirkan kekuatan yang dahsyat yang mebawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kamu masuk syurga.”
“Bagaimana cara mencari teman seperti itu, ayah?”
Ayahnya menjawab, “Kau harus menguji orang yang hendak kau jadikan teman. Ada satu cara yang menarik bagi menguji mereka. Undanglah sesiapa pun yang kau anggap sesuai menjadi temanmu, supaya bersarapan pagi bersama di rumah ini. Jika sudah sampai di sini, jangan terus dihidangkan makanan. Biarkan mereka lapar. Lihatlah apa yang akan mereka lakukan. Ketika itu rebuslah tiga butir telur. Jika dia tetap bersabar, hidangkanlah tiga butir telur tersebut kepadanya. Lihatlah apa yang akan mereka lakukan. Itu cara yang paling mudah bagimu. Syukur jika kau dapat tahu perilakunya lebih daripada itu.
Mula-mula Said mengundang anak-anak pembesar kerajaan seorang demi seorang. Sebahagian besar mereka marah-marah kerana hidangannya tidakdisajikan. Bahkan ada yang pulang dengan hati yang kesal. Ada yang memuku-mukul meja dan melemparkan kata-kata kesat.
Antara teman anak raja itu, ada seorang yang bernama Adil. Dia seorang anak menteri. Said melihatnya seperti anak yang baik hati dan setia. Maka dia ingin mengujinya. Adil diundang untuk sarapan pagi. Adil memang lebih sabar berbanding anak-anak pembesar sebelumnya. Dia menunggu keluarnya hidangan dengan setia.
Setelah dirasa cukup, Said mengeluarkan piring berisi tiga butir telur rebus. Melihat itu, Adil pun berkata, “Hanya ini sarapan kita? Ini tidak cukup untuk mengisi perutku!” Adil tidak mahu menyentuh telur itu. Dia pergi begitu sahaja meninggalkan Said. Said memahami bahawa Adil tidak berlapang dada dan tidak sesuai menjadi teman sejatinya.
Hari berikutnya, dia mengundang anak seorang saudagar kaya. Tentu sahaja anak saudagar itu gembira apabila diundang. Malam harinya, sengaja dia tidak makan dan melaparkan perutnya agar paginya dapat makan sebanyak mungkin.
Pagi-pagi lagi anak saudgar itu datang. Seperti anak-anak pembesar sebelumnya, dia mesti menunggu dan akhirnya Said mengeluarkan sepiring telur seperti biasa.
“Ini makanannya. saya ke dalam dulu mengambil air minum” kata Said.
Lalu Said masuk ke dalam. Tanpa menunggu lagi, anak saudagar it uterus melahap satu persatu telur itu. Tidak lama kemudian Said keluar membawa dua gelas air putih. Dia melihat ke atas meja ternyata tiga butir telur itu telah tiada. Dia terkejut.
“Di manakah telurnya?”Tanya Said.
“Aku telah makan.”
“Semuanya?”
“Ya, aku habiskan kerana tersangat lapar.”
Melihat hal itu, Said tahu bahawa anak saudagar itu tidak sesuai dijadikan sahabat.
KemudianSaid cuba mencari teman di luar istana. Pada suatu hari dia bertemu dengan anak seorang pencari kayu yang berpakaian sederhana. Anak itu sedang memunggah kayu api. Said mengikutinya diam-diam sehingga anak itu tiba di rumahnya. Rumah dan pakaian anak itu menunjukkan dia sangat miskin. Namun, wajah dan sinar matanya memancarkan tanda kepintaran dan kebaikan hatinya. Anak itu berwuduk kemudian solat dua rakaat. Said memerhatikannya di balik rimbunan pokok.
Selesai solat, Said datang dan menyapa, “Kawan kenalkan namaku Said. Jika tidak keberatan bolehkah aku tahu apa namamu? Tadi kau solat apa?”
“Namaku Abdullah. Tadi itu solat Dhuha.”
Lalu, Said meminta anak itu agar bersedia bermain dengannya, dan menjadi temannya. Namun, Abdullah menjawab, “Aku rasa kita tidak sesuai menjadi teman. Kau anak bangsawan, sedangkan aku, hanyalah anak orang miskin. Anak seorang pencari kayu api.”
Said menyahut, “Tidak baik kau berkata begitu, Mengapa kau membeza-bezakan orang? Kita semua adalah hamba Allah. Semuanya sama, hanya takwa yang membuat seseorang itu mulia di sisi Allah. Apakah aku kelihatan seperti anak yang jahat sehingga kau tidak mahu berkawan denganku? Mengapa tidak mencuba beberapa waktu dulu? Nanti kau boleh menilai, adakah aku sesuai ataupun tidak menjadi temanmu.”
“Baiklah, jika begitu kita berkawan. Akan tetapi, dengan syarat, hak dan kewajipan kita sama, sebagai teman yang seia-sekata.”
Said bersetuju dengan syarat yang diajukan oleh anak pencari kayu api itu. Sejak hari itu, mereka bermain bersama, dan memburu arnab bersama. Anak pencari kayu api itu mengajarnya berenang di sungai, menggunakan panah dan memanjat pokok di hutan. Said sangat gembira berkawan dengannya.
Hari berikutnya, anak raja itu berjumpa lagi dengan teman barunya itu. Anak pencari kayu api it uterus mengajaknya makan di rumahnya. Dalam hati, Said berasa kalah, sebab sebelum dia mengundang makan, dia telah diundang makan terlebih dahulu.
Didalam rumah itu, mereka makan seadanya. Sepotong roti, garam dan air putih. Namun, Said makan dengan sangat lahap. Ingin sekal rasanya dia minta tambah kalau tidak mengingati, siapa tahu anak pencari kayu ini sedang mengujinya. Oleh yang demikian, Said berasa cukup dengan apa yang diberikan padanya.
Mereka bermain dan berjalan di hutan sehingga matahari sudah condong ke barat, Said memberitahu sahabatnya dia mahu pulang. Said mengundangnya makan di rumahnya esok pagi. Lalu, dia memberikan secarik kertas kepada temannya itu.
“Pergilah ke ibu kota, berikan kertas ini kepada tentera yang kau temui di sana. Dia akan menhantarmu ke rumahku,” kata Said, sambil tersenyum.
“InsyaAllah aku akan datang,”jawab anak pencari kayu itu.
Keesokan harinya, anak pencari kayu itu sampai juga ke istana. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Said adalah anak raja. Mulanya dia ragu-ragu untuk masuk ke istana. Akan tetapi, jika mengingat kebaikan dan kerendahan hati Said selama ini, dia masuk juga.
Said menyambutnya dengan senyum gembira. Seperti anak-anak sebelumnya yang hadir di ruang makan itu, Said pun menguji temannya itu. Dia membiarkannya menunggu lama sekali. Namun, anak pencari kayu api itu sudah biasa menahan lapar. Bahkan dia pernah tidak makan selama tiga hari. Kadang-kadang dia hanya makan daun-daun mentah sahaja. Selama menunggu, dia tidak memikirkan makanan sama sekali. Di hanya berfikir, seandainya semua anak bangsawan sebaik anak raja ini, tentu dunia akan aman tenteram.
Selama ini dia mendengar bahawa anak-anak pembesar kerajaan, suka membuat huru-hara dan kacau bilau. Namun, dia menemui seorang anak raja yang bersopan santun daan soleh.
Akhirnya, tiga butir telur yang telah dimasak pun dihidangkan. Said mempersilakan temannya untuk makan dahulu. Anak pencari kayu api itu mengambil sebutir. Lalu, dia mengupas kulitnya, perlahan-lahan. Sementara itu, Said mengupas dengan cepat dan menyantapnya. Kemudian dengan sengaja Said mengambil telur yang ketiga. Dia mengupasnya dengan cepat, dan melahapnya.Temannya selesai mengupas telur. Said ingin melihat apa yang akan dilakukan temannya dengan sebutir telur itu.
Anak miskin mengambil pisau yang ada di situ. Lalu, dia membelah telur itu menjadi dua, yang satu dia pegang dan yang satu lagi dia berikan kepada Said. Lalu Said pun memeluk anak pencari kayu tersebut erat-erat seraya berkata, “Engkau teman sejatiku! Engkau teman sejatiku! Engkau temanku masuk syurga.”
Sejak itu, keduaduanya berkawan dengan akrab. Persahabatan mereka melebihi saudara kandung. Mereka saling menyayangi dan saling menghormati kerana Allah.
Menghulurkan cinta perlu ikhlas. Pupuklah cinta dalam persahabatan ikhlas kerana Allah.Cuba memberi sedaya mampu, tanpa mengharapkan balasan. Cinta dalam persahabatan juga mampu membawa kita ke syurga, dan Ketika Cinta Berbuah Syurga, Tiada Siapa Yang Dapat Menafikan Nikmatnya.

~Ketika Cinta Berbuah Syurga~Habiburrahman El-Shirazy~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...