Friday, May 21, 2010

Kenapa Ummi Yang Mengandung?

"Ummi, susah tak bawa adik dalam perut?" tanya Saiful Islam.

"Tentulah susah. Berat tahu! Boleh tambah dua puluh kilogram!"

Tentu sahaja susah. Tidak ada suatu tugas berat yang dipikul oleh seorang manusia seberat proses mengandung dan melahirkan anak. Hilang selera makan, muntah-muntah, demam, urat berpintal-pintal di kaki, tubuh bengkak air, sakit pinggang dan serba serbi jadi tidak kena.

Itulah realitinya sebuah kehamilan.

"Kenapa abi tak mengandung? Abi kan kuat?" tanya Saiful Islam.

"Haha, budak ni! Abi mengandung juga, tapi tak ada baby!" si ayah bergurau.

Anak-anak kebingungan.

Benar sekali!. Jika difikirkan beban mengandung, bukankah lebih wajar Allah SWT jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal. Mahu mengangkat tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak menjadi masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini...hamil dan seterusnya melahirkan anak.

Namun terkenangkan kepada kata-kata Imam al-Ghazali, bahawa, "Lelaki diciptakan Allah sembilan rasioanal, satu emosi dan perempuan diciptakan Allah satu rasional, sembilan emosi."

Ya, kekuatan wanita itu adalah pada emosinya. Tinggi EQ(Emotional Quotient)!. Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya sembilan bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan sperti memberi makan pada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi dalam kandunagn digelar Alam Rahim, iaitu 'alam kasih sayang'.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biarpun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa dan disebabkan itulah ummi yang mengandung bukan abi.

~Murabbi Cinta/Hasrizal Abdul Jamil~



Memahami Ibadah

Sesetengah ibu bapa berpuas hati kalau anaknya menghafal doa. Doa sebelum dan selepas makan dan keluar tandas dan macam-macam lagi. Harus diketahui Allah SWT tidak memandang pada doa yang datang daripada hati yang alpa. Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila diungkapkan tanpa mengrtahui akan maknanya.

Ia bukan sahaja soal bahasa doa itu Bahasa Arab, malah jika doa itu dalam bahasa pertuturan seharian kita sekalipun, ia mungkin doa yang tidak difahami andai pembacaanya hasil hafalan semata-mata.

"Yop, bacalah doa. Keretapi sudah mahu bergerak," pesan ayah kepada anak.

Mereka berdua dalam perjalanan balik ke Ipoh. Si ayah mempunyai tugasan di Ipoh, dan membawa seorang anak dapat meredakan sedikit 'perang saudara' mereka adik-beradik di rumah.

"Yop tak ingatlah. Susah doa tu," katanya.

"Apabila kita berdoa, kita minta apa, Yop?" Si ayah cuba mengorek apa yang anak dia faham tentang doa.

"Kita minta selamat. Minta Allah tolong," jawab si anak.

"Hah, mintalah keselamatan dan pertolongan daripada Allah."

"Ya Allah, Yop dan abi nak pergi rumah opah. Selamatkanlah kami. Selamatkanlah keretapi. Bagilah kami selamat sampai, dapat jumpa opah, dapat jumpa Pak Long. Amin," doa si anak, tulus.

Entah kenapa, si ayah berasa sangat sebak hati mendengarnya. Perkataan yang diungkapkan oleh si anak, tulus daripada hati dan fikirannya yang faham dengan apa yang diminta, sungguh bermakna. Mudah-mudahan di sisi Allah, doa sedemikian lebih besar harganya.

Petikan dari buku Murabbi Cinta/Hasrizal Abdul Jamil



Kita Tetap Bersama….

Alangkah seronoknya jika kami dapat pergi bertiga. Namun, apakan daya, Allah telah mengatur segalanya. Kalau diimbau kembali kenangan kami bersama, mereka berdua yang paling semangat hendak ke sana. Kalau tanpa mereka, aku pun tidak akan ke sana. Mereka yang ajak aku ambil ujian penilaian ini. Dalam keadaan yang tidak bersedia, kami bertiga gagahkan kaki jua melangkah masuk ke dalam Dewan Kuliah 2. Lalu, kami menjawab soalan Bahasa Arab yang agak senang bagi mereka yang memang bersedia, tetapi amat sukar bagi kami yang datang yang hanya berbekalkan semangat di jiwa. Dua tahun semenjak kami melangkahkan kaki ke Universiti Malaya Kuala Lumpur, kami mula berenggang dengan Bahasa Arab. Banyak kosa kata yang kami lupa. Namun, disebabkan semangat kami bertiga membara, kami terus mencuba. Tidak lama selepas itu, keputusan penilaian diumumkan. Sedih, gembira dan kecewa datang mengunjung tiba. Sudah tentu ada yang kecewa dan berduka. Inilah saat yang paling sukar. Apa yang aku bangga dengan mereka, mereka tetap memahami dan tabah menghadapi. Atas desakan mereka juga aku terima tawaran ke Mesir ini. Namun dalam hati aku, tidak pernah lekang mendoakan sesuatu yang mustahil tejadi. Tinggi harapan aku untuk kami bersama pergi. Bagi aku tawaran ini bukan atas dasar layak atau tidak kami pergi, tetapi ini bergantung pada rezeki. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi, yang kami sendiri tidak pasti. Teman, aku sentiasa doakan kalian akan sampai ke Mesir suatu hari nanti. Jangan pernah putus asa berdoa padaNya, insyaAllah, Dia akan memakbulkan doa kita dan ingatlah, Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk kita. Aku ke Mesir bukan seorang diri, tapi aku bawa bersama semangat kalian berdua yang sentiasa menemani diri ini. InsyaAllah, ilmu yang diperolehi akan aku kongsi bersama. Doakan aku, supaya sentiasa berada dalam niat menuntut ilmu, dan tolong doakan aku selamat sampai dan selamat kembali ke Malaysia. Terima kasih kepada kalian dan terima kasih kepada yang telah mendoakan. Semoga Allah memberkati hidup kalian dan semoga Allah memakbulkan doa kalian…..



Ketika Cinta Berbuah Syurga

Ada seorang raja yang adil dan soleh. Dia memiliki seorang putera yang tampan, pintar dan berani. Saat-saat yang paling menggembirakan raja ialah, ketika dia mengajar anaknya itu membaca al-Quran. Raja juga menecritakan kepadanya kisah-kisah kepahlawanan para panglima dan tenteranya di medan petempuran. Anak raja yang bernama Said itu, sangat gembira mendengar kisah yang diceritakan oleh ayahnya. Said yang masih kecil itu akan berasa kecewa apabila ayahnya sedang bercerita, tiba-tiba ada orang yang mengganggu.
Raja tahu apa yang dirasakan anaknya. Maka baginda menasihati anaknya, “Said, ankku, sudah tiba masanya untuk kau mencari teman sejati yang setia dalam suka dan duka. Seorang teman baik, yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh di ajak bercinta untuk syurga.”
Said tersentak mendengar kata-kata ayahnya.
“Apakah maksud ayah dengan teman yang boleh diajak bercinta ke syurga?”
“Dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu berteman denganmu, bukan kerana darjatmu, tetapi kerana kemurnian cinta itu sendiri, yang tercipta dari keikhlasan hati. Dia mencintaimu kerana Alah. Atas dasar itu, kau pun dapat mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana Allah. Kekuatan cinta kam akan melahirkan kekuatan yang dahsyat yang mebawa manfaat dan kebaikan. Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa kamu masuk syurga.”
“Bagaimana cara mencari teman seperti itu, ayah?”
Ayahnya menjawab, “Kau harus menguji orang yang hendak kau jadikan teman. Ada satu cara yang menarik bagi menguji mereka. Undanglah sesiapa pun yang kau anggap sesuai menjadi temanmu, supaya bersarapan pagi bersama di rumah ini. Jika sudah sampai di sini, jangan terus dihidangkan makanan. Biarkan mereka lapar. Lihatlah apa yang akan mereka lakukan. Ketika itu rebuslah tiga butir telur. Jika dia tetap bersabar, hidangkanlah tiga butir telur tersebut kepadanya. Lihatlah apa yang akan mereka lakukan. Itu cara yang paling mudah bagimu. Syukur jika kau dapat tahu perilakunya lebih daripada itu.
Mula-mula Said mengundang anak-anak pembesar kerajaan seorang demi seorang. Sebahagian besar mereka marah-marah kerana hidangannya tidakdisajikan. Bahkan ada yang pulang dengan hati yang kesal. Ada yang memuku-mukul meja dan melemparkan kata-kata kesat.
Antara teman anak raja itu, ada seorang yang bernama Adil. Dia seorang anak menteri. Said melihatnya seperti anak yang baik hati dan setia. Maka dia ingin mengujinya. Adil diundang untuk sarapan pagi. Adil memang lebih sabar berbanding anak-anak pembesar sebelumnya. Dia menunggu keluarnya hidangan dengan setia.
Setelah dirasa cukup, Said mengeluarkan piring berisi tiga butir telur rebus. Melihat itu, Adil pun berkata, “Hanya ini sarapan kita? Ini tidak cukup untuk mengisi perutku!” Adil tidak mahu menyentuh telur itu. Dia pergi begitu sahaja meninggalkan Said. Said memahami bahawa Adil tidak berlapang dada dan tidak sesuai menjadi teman sejatinya.
Hari berikutnya, dia mengundang anak seorang saudagar kaya. Tentu sahaja anak saudagar itu gembira apabila diundang. Malam harinya, sengaja dia tidak makan dan melaparkan perutnya agar paginya dapat makan sebanyak mungkin.
Pagi-pagi lagi anak saudgar itu datang. Seperti anak-anak pembesar sebelumnya, dia mesti menunggu dan akhirnya Said mengeluarkan sepiring telur seperti biasa.
“Ini makanannya. saya ke dalam dulu mengambil air minum” kata Said.
Lalu Said masuk ke dalam. Tanpa menunggu lagi, anak saudagar it uterus melahap satu persatu telur itu. Tidak lama kemudian Said keluar membawa dua gelas air putih. Dia melihat ke atas meja ternyata tiga butir telur itu telah tiada. Dia terkejut.
“Di manakah telurnya?”Tanya Said.
“Aku telah makan.”
“Semuanya?”
“Ya, aku habiskan kerana tersangat lapar.”
Melihat hal itu, Said tahu bahawa anak saudagar itu tidak sesuai dijadikan sahabat.
KemudianSaid cuba mencari teman di luar istana. Pada suatu hari dia bertemu dengan anak seorang pencari kayu yang berpakaian sederhana. Anak itu sedang memunggah kayu api. Said mengikutinya diam-diam sehingga anak itu tiba di rumahnya. Rumah dan pakaian anak itu menunjukkan dia sangat miskin. Namun, wajah dan sinar matanya memancarkan tanda kepintaran dan kebaikan hatinya. Anak itu berwuduk kemudian solat dua rakaat. Said memerhatikannya di balik rimbunan pokok.
Selesai solat, Said datang dan menyapa, “Kawan kenalkan namaku Said. Jika tidak keberatan bolehkah aku tahu apa namamu? Tadi kau solat apa?”
“Namaku Abdullah. Tadi itu solat Dhuha.”
Lalu, Said meminta anak itu agar bersedia bermain dengannya, dan menjadi temannya. Namun, Abdullah menjawab, “Aku rasa kita tidak sesuai menjadi teman. Kau anak bangsawan, sedangkan aku, hanyalah anak orang miskin. Anak seorang pencari kayu api.”
Said menyahut, “Tidak baik kau berkata begitu, Mengapa kau membeza-bezakan orang? Kita semua adalah hamba Allah. Semuanya sama, hanya takwa yang membuat seseorang itu mulia di sisi Allah. Apakah aku kelihatan seperti anak yang jahat sehingga kau tidak mahu berkawan denganku? Mengapa tidak mencuba beberapa waktu dulu? Nanti kau boleh menilai, adakah aku sesuai ataupun tidak menjadi temanmu.”
“Baiklah, jika begitu kita berkawan. Akan tetapi, dengan syarat, hak dan kewajipan kita sama, sebagai teman yang seia-sekata.”
Said bersetuju dengan syarat yang diajukan oleh anak pencari kayu api itu. Sejak hari itu, mereka bermain bersama, dan memburu arnab bersama. Anak pencari kayu api itu mengajarnya berenang di sungai, menggunakan panah dan memanjat pokok di hutan. Said sangat gembira berkawan dengannya.
Hari berikutnya, anak raja itu berjumpa lagi dengan teman barunya itu. Anak pencari kayu api it uterus mengajaknya makan di rumahnya. Dalam hati, Said berasa kalah, sebab sebelum dia mengundang makan, dia telah diundang makan terlebih dahulu.
Didalam rumah itu, mereka makan seadanya. Sepotong roti, garam dan air putih. Namun, Said makan dengan sangat lahap. Ingin sekal rasanya dia minta tambah kalau tidak mengingati, siapa tahu anak pencari kayu ini sedang mengujinya. Oleh yang demikian, Said berasa cukup dengan apa yang diberikan padanya.
Mereka bermain dan berjalan di hutan sehingga matahari sudah condong ke barat, Said memberitahu sahabatnya dia mahu pulang. Said mengundangnya makan di rumahnya esok pagi. Lalu, dia memberikan secarik kertas kepada temannya itu.
“Pergilah ke ibu kota, berikan kertas ini kepada tentera yang kau temui di sana. Dia akan menhantarmu ke rumahku,” kata Said, sambil tersenyum.
“InsyaAllah aku akan datang,”jawab anak pencari kayu itu.
Keesokan harinya, anak pencari kayu itu sampai juga ke istana. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Said adalah anak raja. Mulanya dia ragu-ragu untuk masuk ke istana. Akan tetapi, jika mengingat kebaikan dan kerendahan hati Said selama ini, dia masuk juga.
Said menyambutnya dengan senyum gembira. Seperti anak-anak sebelumnya yang hadir di ruang makan itu, Said pun menguji temannya itu. Dia membiarkannya menunggu lama sekali. Namun, anak pencari kayu api itu sudah biasa menahan lapar. Bahkan dia pernah tidak makan selama tiga hari. Kadang-kadang dia hanya makan daun-daun mentah sahaja. Selama menunggu, dia tidak memikirkan makanan sama sekali. Di hanya berfikir, seandainya semua anak bangsawan sebaik anak raja ini, tentu dunia akan aman tenteram.
Selama ini dia mendengar bahawa anak-anak pembesar kerajaan, suka membuat huru-hara dan kacau bilau. Namun, dia menemui seorang anak raja yang bersopan santun daan soleh.
Akhirnya, tiga butir telur yang telah dimasak pun dihidangkan. Said mempersilakan temannya untuk makan dahulu. Anak pencari kayu api itu mengambil sebutir. Lalu, dia mengupas kulitnya, perlahan-lahan. Sementara itu, Said mengupas dengan cepat dan menyantapnya. Kemudian dengan sengaja Said mengambil telur yang ketiga. Dia mengupasnya dengan cepat, dan melahapnya.Temannya selesai mengupas telur. Said ingin melihat apa yang akan dilakukan temannya dengan sebutir telur itu.
Anak miskin mengambil pisau yang ada di situ. Lalu, dia membelah telur itu menjadi dua, yang satu dia pegang dan yang satu lagi dia berikan kepada Said. Lalu Said pun memeluk anak pencari kayu tersebut erat-erat seraya berkata, “Engkau teman sejatiku! Engkau teman sejatiku! Engkau temanku masuk syurga.”
Sejak itu, keduaduanya berkawan dengan akrab. Persahabatan mereka melebihi saudara kandung. Mereka saling menyayangi dan saling menghormati kerana Allah.
Menghulurkan cinta perlu ikhlas. Pupuklah cinta dalam persahabatan ikhlas kerana Allah.Cuba memberi sedaya mampu, tanpa mengharapkan balasan. Cinta dalam persahabatan juga mampu membawa kita ke syurga, dan Ketika Cinta Berbuah Syurga, Tiada Siapa Yang Dapat Menafikan Nikmatnya.

~Ketika Cinta Berbuah Syurga~Habiburrahman El-Shirazy~




If I Had My Child to Raise Over Again By Diane Loomans

If I had my child to raise all over again,

I’d finger-paint more, and point the fingers less.

I would do less correcting and more connecting.

I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.

I would care to know less and know to care more.

I’d take more hikes and fly more kites.

I’d stop playing serious, and seriously play.

I would run through more fields and gaze at more stars.

I’d do more hugging and less tugging.

I’d build self-esteem first, and the house later.

I would be firm less often, and affirm much more.

I’d teach less about the love of power, and more about the power of love.





Tuesday, May 18, 2010

Be Ur Self......

"Apa yang kita nampak sebagai sempurna dalam diri kita yang diharapkan sebagai faktor yang bakal menjadikan orang lain tertarik dengan kita, tetapi sebaliknya kekurangan diri kita yang menjadi daya penarik bukannya kelebihan kita."
Kita takut menjadi diri kita sebenar atas banyak sebab. Antaranya kita takut diri kita tidak ada sifat yang menarik pada pandangan orang lain. Maka kita memperbaiki diri kita. Ia adalah satu langkah yang bijak dan bagus, tetapi perlu diperhatikan sebab orang mencintai dan terpikat kepada kita bukan didasarkan dengan perkara yang kita jangka menjadi sumber supaya mereka jatuh cinta. Ingat jangan berlakon menjadi terlalu sempurna. Dedahkan sifat dan peribadi kita yang sebenar kerana hanya kesempurnaan yang menjadikan kekurangan, dan kekurangan yang membawa kepada kesempurnaan.



Monday, May 17, 2010

Terima Kasih Satu!!!!!

"Encik, terima kasih satu.....!!!"
"Eh, terima kasih pun nak kena order ke...?"
"Mestilah.....mana nak jumpa terima kasih skang nie....klu encik order, baru dapat.."

Memang betul, zaman sekarang memang susah nak berjumpa orang yang mengucapkan terima kasih. Berat sangat ke terima kasih tue??Panjang sangat ke nak diungkapkan???....Kita janganlah kedekut sangat,tak luak pun air liur sekadar untuk ucap terima kasih. Kenapa berkira sangat???...Tidak kirala siapa kita, atau pangkat kita, asal ada yang menghulurkan, kita hulurkanlah kembali dengan ucapan "Terima Kasih". Tidak kiralah apa bentuk huluran, tenaga, masa, duit, bantuan, nasihat atau apa sahaja yang kita daripada pihak lain. Ikhlas atau tidak ikhlas itu terpulang pada orang yang menghulurkan. Isu sekarang kita yang sebagai manusia ini perlu tahu menghargai, walaupun pada dasarnya orang tersebut tidak pernah meminta jasanya dibalas. Ingat!!!Jika kita ingin dihargai, belajarlah menghargai. Walaupun bantuan yang dihulurkan sekecil kuman, kita hadiahkanlah dengan sekalung penghargaan dan senyuman.
~TERIMA KASIH :D~




JoM TeNgOk WONDER PETS....

Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya, di sana…

apa yang penting ?
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama..

Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..

Siapa pernah menonton Wonder Pets???Best.....hee:D....Walaupun Wonder Pets ini hanya sekadar suatu hiburan yang berbentuk kartun, tapi dalamnya terselit peringatan dan pengajaran yang sangat penting. Ibrah dari kartun Woder Pets ini sangat berharga. Analogi yang diberikan sangat simple, sepasukan haiwan yang terdiri daripada Linny(Guinea Pig), Tuck(Kura-Kura) dan Ming Ming(Itik) yang sentiasa bersedia membantu rakan-rakan haiwan yang lain. Setiap permasalahan yang timbul akan cuba diselesaikan dengan mudah dan menggunakan apa yang ada disekeliling mereka sebagai alat bantuan. Baikkan hati haiwan-haiwan ini. Sepatutnya manusia pun kena tiru cara Wonder Pets. Bantulah orang-orang yang disekeliling yang memerlukan bantuan dengan apa cara yang kita mampu. Membantu bukan hanya dengan wang, kata-kata pun suatu bantuan. Mana yang kita mampu, kita bantu. Bukankah bantu membantu itu sangat dituntut dalam agama masing-masing. Serpekara lagi,bukan semua rancangan televisyen mendatangkan keburukan, cuma kita kena pandai memilih dan mengambil manfaat daripadanya. Sebab itu, apabila anak-anak menonton televisyen, ibu bapa perlu ada untuk memantau dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak. Ini juga salah satu cara didikan dalam pembesaran anak-anak. Apa yang penting...KERJASAMA!!!!!




Saturday, May 15, 2010

Siapa Yang Cinta Banyak Akan Memberi Banyak

Anak sulung bertanya kepada ayahnya, "Bagaimana mencintai anak-anak yang lain tanpa mengurangkan cinta ayah kepada saya?"
"Cinta bukan benda, yang akan mengurang bila dikongsi. Cinta berkurang bila berubah hati," jawab si ayah.
"Tapi ayah seorang, anak-anak ramai...."
"Siapa yang cintanya banyak, akan mampu memberi banyak."
"Apa maksud kalau cinta itu banyak? Cinta boleh bertambah?"
"Sesuatu yang boleh berkurang, pasti boleh bertambah. Seorang ayah mampu dan mesti menambah kuantiti dan kualiti cintanya. Kemudian, lahirlah anak seorang demi seorang, cinta akan dapat diberi seadilnya tanpa mengurang cinta yang telah diberikan sebelumnya."
"Bagaimana membanyakkan cinta?"
"Tingkatkan cinta kepada Pencipta cinta-Allah. Dia al-Wahhab (Maha Pemberi)."

~Nota Hati Seorang Lelaki ~Pahrol Mohd.Juoi~



Bila Allah Ambil Ayah....

Bukan aku pinta, bukan aku minta untuk menjadi yatim, tapi ini adalah ketentuan Ilahi. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Ku harapkan kasih ayah sampai ke tua, tapi sayangnya hanya seketika. Sewaktu teman-teman disekelilingku mendapat perhatian ayah dan ibu, aku hanya bergantung harap pada ibu. Ketika teman lain dibelai dan dimanja ayah dan ibu, aku hanya menagih kasih seorang ibu. Di saat itu, diriku rasa lemah longlai, hilang tempat berpaut, goyah tempat berteduh. Hilang semua kekauatan yang ada pada diri. Segala gelak tawa, senda gurau bersama ayah hanya tinggal kenangan, menjadi memori yang sentiasa kekal di ingatan. Tiga bulan yang pertama selepas pemergiannya, hanya air mata yang setia menemani. Hidup aku rasakan sepi, kernanya tiada lagi disisi. Luluh hati mengenangkan nasib diri,. Hari berganti hari, aku sedar hidupku tidak boleh begini, aku cuba berjalan sendiri. Segalanya aku gagahi. Mungkin aku lupa sebelum ini. Ingatlah, tatkala kita dihimpit kesusahan atau diuji kesabaran, masih ramai lagi orang-orang di luar sana yang lebih teruk ujiannya, yang lebih perit kepayahannya. Jangan sekali mengundur diri. Tahun berganti tahun, aku bersyukur kerana kini, aku bisa berjalan sendiri, tidak bertatih lagi. Hikmahnya kini aku telah temui. Mungkin aku telah alpa sebelum ini :"Mana milik kita? Tidak ada milik kita, Semua yang ada, Allah yang punya, Tidak ada kita punya, Kita hanya mengusahakan saja, Apa yang kita dapat, Allah sudah sediakannya. Allah telah pinjamkan kepadaku seorang insan yang bergelar ayah, supaya aku mempersiapkan diri agar aku dapat belajar berdikari selepas dia pergi.

Buat sesiapa yang bergelar yatim di luar sana, jangan sesekali berundur diri, sematkan kisah Nabi Muhammad SAW di hati, nescaya Baginda akan menjadi pemangkin diri, semoga si yatim lebih yakin diri. Ingatlah, bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita. Berdoalah untuk dapat yang terbaik, InsyaALLAH kita akan memperolehnya. Allah tidak pernah membebankan hambaNya dengan apa yang hambanya tidak berdaya. Allah telah menyebutnya dalam AYAT-AYAT CINTANYA, dalam Surah al-Baqarah : 286 :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
USAHA + DOA+ TAWAKKAL





JazakALLAH khairan Kathira...


Sahabatku,

Dikala kau menderita....
Tatkala kau sengsara...
Aku fahami kau merana...

Namun apa yang aku mampu...

Bila kau kata kau menderita....
Aku berdoa agar kau terus tabah...

Bila kau kata kau sengsara....
Aku berdoa moga kau terus gagah...

Bila kau kata kau merana...
Aku berdoa harap kau tidak terus mengalah...

Doaku tidak akan pernah putus agar,
moga dan harap kau terus diberikan kesempatan demi kesempatan...
~DIARI SUFI...SITI MUNAZAKIAH~




Friday, May 14, 2010

Anak Ini Tugasmu

"..Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu,
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ayah ibu."

[Hadith Riwayat al-Tirmidzi]

Tiada yang lebih bahagia bagi insan yang bergelar ibu atau ayah selain berbahagia di samping anak yang dikandung dan dibesarkan. Sebagaimana kita amanah Allah SWT kepada mereka, begitu jugalah mereka amanah dan tanggungjawab dari Allah SWT buat kita.

Kasih mereka besar terhadap kita, tiada mengharapkan secebis balasan mahupun habuan. Pengorbanan yang tiada nilaian atau pun imbalan. Semua yang dilakukan hanyalah kerana rasa cinta dan belas terhadap permata hatinya. Mereka sering memberi tanpa meminta, tapi kita anak sering meminta tanpa memberi. Hidup ini seperti roda, apa yang mereka lalui, kita bakal hadapi. Ini bukan persoalan mengenai membalas tetapi persoalan mengenai menggalas. Beri selagi mana kita mampu memberi, bukan harta kekayaan yang dihajati tetapi perhatian dari anak sendiri.

Renungkan kata-kata ini, ambillah ibrah yang boleh diperolehi :

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah...

Bila hati kita terguris, kita kata.."Mak memang tak pernah faham."
Bila hati kita terhiris, kita kata.."Ayah memang tak ambil kisah."

Tetapi...

Bila hati mak kita guris, mak kata.."Tak apa, dia masih muda."
Bila hati ayah kita hiris, ayah kata.."Tak mengapa, belum sampai akalnya."

Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagi hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa, atay teguh berkata dia tetap bangga..

P/S : Segala hasil tulisan untuk peringatan kita bersama
: sebahagian penulisan ini dipetik dari Diari Sufi hasil nukilan Siti Munazakiah








Thursday, May 13, 2010

TeMaN

Berpisah tidak bermakna kita terpisah,
Disebalik perpisahan terselit sebuah ikatan kerinduan,
Teman, dulu kita bersama mencari benih ilmu,
Tapi kini kita berjuang mencambahkan benih itu,
Walaupun haluan berbeza, namun matlamat kita tetap satu.

Tiada hadiah buatmu,
Hanya secebis bingkisan untuk ingatanmu,
Lima tahun kenangan tidak pernah ku jemu,
Sejak mula melangkah kaki memasuki Nilam Puri,
Sehingga kini melangkah keluar dari alam universiti,
Pelbagai ragam dan cabaran kita lalui,
Dari mendaki puncak peranginan yang tinggi,
Sehingga ke tasik yang tiada berpenghuni,
Pelbagai onak duri yang kita hadapi,
Harapanku ini bukanlah penghujung ikatan yang kita telah simpuli,
Semenjak bertahun sehingga kini,
Kernamu akan sentiasa terpahat di hati,
Kenangan bersamamu tidak akan ku lupai.

~oshin~




FaMiLy


Remaja bukan sekadar perlukan duit, tetapi kasih sayang dan sokongan daripada orang terdekat . Psikologi remaja sebenarnya memerlukan pujian sebagai tanda sokongan ahli keluarga atau insan yang paling hampir dengan mereka dalam mencari haluan hidup. Cuba bayangkan situasi ini : "Seorang remaja pulang dari sekolah membawa kertas periksa bahasa Inggeris yang mendapat markah 68%, lalu memberi tahu kepada ibunya, bahawa dia menapat pujian daripada cikgu bahasa Inggerisnya kerana mendapat markah yang baik, walaupun pada hakikatnya markah yang dicapai tidak secemerlang pelajar lain, namun bagi remaja tersebut pujian daripada cikgunya amat membanggakan dia". Berbeza pula dengan situasi yang kedua ini : "Seorang remaja dimarahi disekolah kerana markah peperiksaannya curut. Setelah pulang ke rumah, remaja tersebut akan hanya mendiamkan diri dan lansung tidak menceritkan hal tersebut kepada ibunya, bagi remaja tersebut, perkara ini amat memalukan". Dua situasi tersebut amat berbeza dan menunjukkan bahawa remaja atau anak-anak lebih gemarkan pujian daripada kutukan. Kritikan tidak mengapa, tetapi bukan kutukan, dan kritikan, biarlah yang membina dan tidak memalukan. Oleh yang demikian, kasih sayang ahli keluarga penting. Kasih sayang menyebabkan kita kenal antara satu sama lain dan faham antara satu dengan yang lain. Tanpa kita sedari,perkataan "FAMILY" yang nampak simple , tapi membawa makna yang mendalam. Untuk setiapa ayah dan ibu, ini adalah ungkapan khas yang teristimewa didedikasikan untuk kalian : "Father And Mother I Love You - FAMILY"




Wednesday, May 12, 2010

Kita adalah Ketua

Selagi kita hidup, selagi itulah kita menjadi ketua. Ketua tidak semestinya untuk orang ramai, tetapi juga untuk diri sendiri. Perasan atau tidak, kita telah menjalankan tanggungjawab sebagai ketua semenjak kita lahir lagi. Segala yang kita telah lalui sedang lalui dan bakal lalui adalah hasil dari 'pentadbiran' diri kita yang bersandarkan kepada Allah yang Maha Esa, cuma ketetapan/takdir daripada hasil tadbiran itu ditentukan Allah. Oleh sebab itu, sepanjang hidup ini, jangan pernah lekang sekali pun ucapan doa kepadaNya. Doakan senjata mu'min, kerana dalam sedar memang kita berjaya melakukannya, tetapi dalam tidak sedar, kejayaan tersebut datang daripada bantuanNya. Walau sekecil mana pun pangkat kita, kita adalah ketua pada diri kita.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...