Thursday, February 7, 2013

لما نستشهد (when we syahid)



لا لا لا
No no no

لما نستشهد بنروح الجنة
when we martyr, we go to paradise
(x2)

لا لا تقولوا علينا صغار
No No don't say we are children

من هالعيشة صرنا كبار
because of this life, we are grown-up

من غير فلسطين شو يعني طفولة ؟
without Palestine what's the meaning of childhood?

لو يعطونا الدنيا وماله
even if they give us all this world and it's money

لا ماتنسينا لا لا
No It'll not make us forget (Palestine) No No

بلادي ودمي كرماله
My country and my blood for (Palestine) 

من غير فلسطين شو يعني طفولة ؟
without Palestine what's the meaning of childhood?
(x2)
(repetition)
لو يعطونا الدنيا وماله
لآا ماتنسينا لا لا
بلادي ودمي كرماله
من غير فلسطين شو يعني طفولة ؟


أطفال وأديتوا فرض وسنة
you are children and you fulfilled the obligation and sunnah
(x2)

لا إله إلا الله والشهيد حبيب الله
There is no God but Allah.. and the witness is 
Habib Allah (beloved one of Allah)


علمتونا شو معنى الرجوله
you taught us the meaning of the manhood
(x2)


(repetition)
لو يعطونا الدنيا وماله
لآا ماتنسينا لا لا
بلادي ودمي كرماله
من غير فلسطين شو يعني طفولة ؟


(The little girls dua'a)

اللهم برحمتك استغيث ياحي ياقيوم
O Allah by Your Mercy I seek help, O Ever Living, O self-Subsisting and supporter of all

ياأرحم الراحمين

O You the most Merciful of all the Merciful ones

ياأكرم الأكرمين
O You the Most Generous of all the Generous one

اللهم أنصر الإسلام والمسلمين

O Allah give the victory to Islam and Muslims

اللهم أغث أطفال فلسطين
O Allah help Palestinian children

حسبنا الله ونعم الوكيل
Allah is sufficient for us, and He is Al-Wakeel (the best disposer of affairs)

اللهم أجب دعائنا آمين
O Allah answer our dua'a 

(repetition)
لو يعطونا الدنيا وماله
لآا ماتنسينا لا لا
بلادي ودمي كرماله
من غير فلسطين شو يعني طفولة ؟

sing by:
Tuyur al-Jannah

credit to :




Sunday, February 3, 2013

Nota Cinta Untuk Cikgu

    Selesai menelaah sebuah buku yang bertajuk seperti yang tertera di atas. Fatimah Bunyamin, seorang penulis dan juga merupakan seorang guru yang sangat penyabar dalam menangani masalah anak muridnya. Alhamdulillah, masih ada guru yang bersifat sedemikian, tidak pernah jemu menyelesaikan masalah murid. Bukan saya memperlekehkan karier guru kerana saya juga pernah menjadi guru sebelum ini.

       Cuma, apa yang saya lihat, guru lebih banyak mengambil pedekatan marah dalam menyelesaikan masalah. Padahal banyak lagi cara lain yang boleh digunakan sebagai penyelesai masalah. Antaranya pujian, galakan, lemah lembut dan banyak lagi. Semua ini berjaya dikupas oleh Fatimah Bunyamin dalam buku beliau. Tahniah.


Menurut penulis, kalau kita mampu meluahkan perasaan marah dengan perkataan, kenapa tidak meluahkan perasaan bangga dan gembira menerusi pujian. Jarang diamalkan guru, padahal ia sangat berkesan. Banyak lagi yang dikupas, antaranya tanggungjawab mendidik pelajar, tidak memadang rendah terhadap pelajar yang kurang berjaya, teknik mengajar Iqra' kepada kanak-kanak terutamanya kelas Tasmik j-QAF dan pelbagai lagi. Jadi jangan lupa dapatkan buku terbita MustRead Sdn. Bhd ini di pasaran, tidak mahal hanya RM 15.90 sahaja. Jom baca sama-sama, supaya ilmu tersebut dapat disebarkan di mana-mana.

- aku juga guru yang belajar 
daripada kesilapan lalu -




Saturday, February 2, 2013

Pesan Bapa Kepada Anak

2 Februari 2013

Alhamdulillah aku diberi kesempatan mengunjungi Ma'arid al-Kutub (pesta buku, kalau di Mesir ia dikenali dengan nama tersebut, maksudnya pameran buku). Dalam kesibukan, aku cuba melarikan diri ke PWTC, tidak lama, hanya sejam aku di sana. Aku pun dah memang ready dengan senarai buku yg hendak dibeli, tapi ada juga yg bukan dalam senarai yg aku beli (itu memang sudah menjadi kebiasaan aku dalam bershopping..memang selalu over budget,tak pernah under budget...hehe). Booth pertama yang aku memang beria-ia sangat nak pergi adalah al-Hidayah Publication, sebabnya aku memang mencari sangat-sangat-SANGAT novel yang bertajuk SESUCI CINTA ZAHRANA karya KANG ABIK, finally, i found it! hamdulillah...Aku ini memang peminat tegar tulisan-tulisan Habiburrahman el-Shirazy, bukunya memang aku kumpul, pantang dengar ada novel baru, aku akan terus cari (tapi versi Malaysia lah, kerna aku masih enggak bisa membaca dalam versi Indonesianya).

Sambil berjalan aku jeling-jeling booth lain, dan hasilnya aku telah terpaut pula dengan booth Pelangi (mesti kita ingat Pelangi hanya menghasilkan buku-buku sekolah je kan, nie memang aku punya assumption dari dulu smp hari ini jam 11.30 pg). Bila aku belek-belek, sekali ada Novel karya KANG ABIK jg, yang bertajuk Gadis Kota Jerash. MasyaAllah, I kill two birds with one stone, hehe. Apa lagi aku sapu lah bersama novel The Kite Runner, karya Khaled Hosseini (setelah aku jatuh cinta dengan penulisnya novelnya, A Thousand Splendid Suns.) Ini pun aku, cari dalam versi Bahasa Melayu, because I'm not good in English, takut berlaku miscommunication.



Aku berjalan lagi, mencari PTS Publications. Niat di hati ingin membeli hasil tulisan Pak Latip. Kali ini Allah swt memperjodohkan aku (apa bahasa aku pakai ni) dengan beliau. Aku kutip lima buah novel pahlawan Islam, 3 darinya karya Pak Latip Sendiri, dan 2 lagi tulisan al-Ghazali. Sempat aku beramah bersama beliau (sejak bila aku jadi peramah entah), kelima-lima biji buku tersebut berjaya ditandatangani oleh Pak Latip(padahal yg lagi dua bukan buku beliau, tapi aku belasah jek..hehe). Aku minta Pak Latip satu pesanan, titipan bapa kepada seorang anak yang baru memulakan hidup :

JADILAH INSAN CEMERLANG
Orangnya sangat humble dan lemah lembut

Teringat aku akan pesan ayah, jangan kedekut dengan ilmu. Rupanya, kesan dari apa yang aku belanjakan terhadap ilmu selama ini membawa aku bertemu insan-insan yang hebat seperti Pak Latip, Ustaz Zahazan, Ustaz Umar (Telaga Biru) dan ramai lagi. Hari ini aku menjadi 'kuat' dengan pesanan-pesanan mereka. Jazakumullah Khair.

Aku juga belajar erti hidup ini memberi. Lihatlah penulis-penulis di luar sana, apabila ditanyakan bagaimana mencapai kejayaan (aku juga bertanya perkara yg sama kepada Pak Latip), jawapannya IKHLAS dalam memberi. Tidak mengharap pulangan dan hanya Allah sebagai tempat pergantungan. 'AZIM....
terima kasih Allah, Engkau telah menghantarku kepada insan-insan yang hebat ini.

Semakin banyak yang kita beri semakin banyak yang kita fahami.
-aku anak yang kerdil-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...