Monday, June 27, 2011

Nilai RM 10

Assalamualaikum,


27 Jun 2011, Isnin
Di saat ini duit yang tinggal di dalam dompetku hanya RM 10 tidak lebih dan tidak kurang. Itu pun hasil pemberian ibuku. Ibuku mengerti aku sudah benar-benar tiada wang perbelanjaan. Maka dihulurnya RM 20, tetapi aku menolak hanya mengambil RM 10, kerana perasaan malu. Masakan ibu yang memberi aku duit, sepatutnya aku yang memberikan ibu duit.

Hari yang masih menunggu berjumlah 5 hari. Mampukah dengan hanya berbekal RM 10 aku hidup di bandar ini. Aku juga perlu makan dan minum. Duit minyak lagi untuk aku ke tempat kerja. Mujurlah aku hanya menaiki motosikal beroda dua. Pagi itu aku sangat lapar, tiada sarapan yang boleh dimakan di rumah, tambahan lagi aku sudah terlambat untuk ke tempat kerja. Aku sudah membuat perhitungan, aku perlu membeli makanan yang dapat membuatkan perutku bertahan sehingga ke tengahari dan yang paling penting murah. Sekiranya aku berbelanja lebih daripada RM 5, hari-hari berikutnya aku akan kelaparan. Jadi aku hanya mendapatkan sekeping Roti Telur dan sebungkus Teh Ais. semuanya berjumlah RM 3. Bakinya masih ada RM 7.

Teh Ais masih berbaki dan sempat menunggu sehingga ke tengahari. Roti yang aku makan hanya dapat menampung perutku selama beberapa jam. Pekerjaan aku pula melibatkan kanak-kanak, membuatkan aku  banyak menggunakan tenaga. Masuk sahaja pukul 12 tengahari, perut sudah mula memainkan iramanya. Aku cuba bertahan, kerana masalah duit yang aku hadapi.

Tepat 2.30 petang, aku tidak mampu bertahan lagi. Angin dalam badan sudah mula naik ke kepala. Aku tidak dapat meneruskan kerjaku. Lantas aku ke pantri mencari apa yang aku boleh suakan ke mulut untuk dihadamkan ke dalam badanku ini. Aku buka Rice Cooker yang biasanya di dalamnya ada nasi yang ditanak Makcik Siti, pembantu di sekolah. Aku tekad, untuk makan nasi putih dengan kicap sahaja.

Apabila aku buka periuk nasi tersebut, aku dapati nasi minyak yang sungguh harum baunya. Alhamdulillah, rezeki aku. Makcik Siti bawa daripada rumah. "Nasi semalam cikgu, saya dapat. Ada orang bagi pada saya. Makanlah cikgu, tapi maaflah tiada lauk" ulas Makcik Siti tanpa aku pinta. "Saya ambil sikit ya makcik. Takpe lah tiada lauk, saya makan macam nasi goreng" aku betul-betul bersyukur ketika itu. Allah turunkan rezekinya kepada aku melalui Makcik Siti.

Rakan sekerjaku melihat aku makan tanpa lauk lantas menegur " Hai makan nasi je..?". Aku membalas "Sedap apa makan macam nasi goreng, boleh kurangkan kalori". Padahal, aku malu untuk memberitahu mereka yang sebenarnya aku sudah betul-betul kekurangan duit.
Alhamdulillah, untuk hari Isnin aku dapat rezeki yang tidak diduga. Hari berikutnya belum tahu lagi. Cuma aku harap, tiada apa-apa yang akan berlaku yang memerlukan duit sepanjang tempoh lima hari sebelum aku mendapat gaji aku. Aku betul-betul menghargai RM 10 yang aku ada. Aku benar-benar berharap supaya aku terus dapat menghargai nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepadaku sepanjang aku hidup di dunia ini.


Yang benar,


- Wan -



Sunday, June 19, 2011

Alhamdulillah...ALLAH bagi chance....



Alhamdulillah...

Segala Puji Bagi Allah...

Allah bagi chance lagi kat aku untuk sambung belajar. Secara tak lansung, Dia juga telah selesaikan masalah aku yang hendak sangat lari dari tempat kerja. Bukannya tak best, cuma kadang-kadang aku ke tempat kerja dengan muka yang sangat stress dan sampai terbawa-bawa dalam mimpi teringatkan kerja.

Siapa kata nak kerja senang. Susah kan..tapi semua bergantung kepada kita.
Ada beberapa masalah dalaman yang aku tak nak bongkarkan di sini. Tidak baik buka `aib orang.Cuma aku harap, mereka dapat tingkatkan prestasi dan mungkin kena touch-up sikit bahagian 'dalaman' mereka. Banyak sangat talam kat dalam company tue.

Sayang juga nak tinggalkan budak-budak. Walaupun mereka semua 'baik-baik' sangat tapi memang aku akan sentiasa rindu. Especially Puteh.


Thanx a lot kat u all semua.
Mungkin pengalaman yang aku dapat kat sini di tempat lain.
Semoga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah
Jazakumullah khairan kathira.





Monday, June 13, 2011

Muka yang bertalam

Salam,

Aduhai sedih aku, aku sangka kawan rupanya lawan.

Gunting dalam lipatan. Pepatah orang tua-tua kita.

Bukannya nak mengata cuma, ada sedikit rasa terkilan dalam hati bila perhubungan kawan dikhianati. Bagi aku cukup untuk berkawan dengan orang yang macam ini. Banyak menyakitkan hati daripada mententeramkan hati.

Come on la....bukan pangkat atau tempat yang aku kejar. Aku hanya sekadar menumpang untuk mendapatkan pengalaman. Not more than that. Kadang-kadang mungkin orang salah tafsiran. Aku bukan mengejar pangkat yang tinggi, dan aku juga tidak pandang gaji yang beribu2, cukuplah di dasar hati ada keikhlasan dalam diri.

Sedih, terkejut, kecewa.....tiada kata yng dapat digambarkan hari ini. Bila aku dapat tahu aku sebenarnya ditikam dari belakang . Nasib baik belum mampus lagi. Rasa terkilan masih terpahat dalam hati. Bila susah engkau cari kami, bila senang engkau hentam kami. Allah itu adil, jangan kita lupa. Mungkin hari ini kita dibahagian roda yang paling atas, tapi esok atau lusa mungkin kita yang paling bawah.

Jangan sampai dah tersepit baru nak terngadah. Ingatlah kejayaan yang dikecapi dengan cara yang kotor, hasilnya juga kotor nanti.

Kita dah big enough, bukan budak kecil yang asyik mengadu untuk menagih simpati. Usahalah tunjukkan kebolehan diri sendiri.

p/s : macam mana engkau nak dihormati sedangkan engkau tidak pernah hormat orang lain.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...