Assalamualaikum,
27 Jun 2011, Isnin
Di saat ini duit yang tinggal di dalam dompetku hanya RM 10 tidak lebih dan tidak kurang. Itu pun hasil pemberian ibuku. Ibuku mengerti aku sudah benar-benar tiada wang perbelanjaan. Maka dihulurnya RM 20, tetapi aku menolak hanya mengambil RM 10, kerana perasaan malu. Masakan ibu yang memberi aku duit, sepatutnya aku yang memberikan ibu duit.
Hari yang masih menunggu berjumlah 5 hari. Mampukah dengan hanya berbekal RM 10 aku hidup di bandar ini. Aku juga perlu makan dan minum. Duit minyak lagi untuk aku ke tempat kerja. Mujurlah aku hanya menaiki motosikal beroda dua. Pagi itu aku sangat lapar, tiada sarapan yang boleh dimakan di rumah, tambahan lagi aku sudah terlambat untuk ke tempat kerja. Aku sudah membuat perhitungan, aku perlu membeli makanan yang dapat membuatkan perutku bertahan sehingga ke tengahari dan yang paling penting murah. Sekiranya aku berbelanja lebih daripada RM 5, hari-hari berikutnya aku akan kelaparan. Jadi aku hanya mendapatkan sekeping Roti Telur dan sebungkus Teh Ais. semuanya berjumlah RM 3. Bakinya masih ada RM 7.
Teh Ais masih berbaki dan sempat menunggu sehingga ke tengahari. Roti yang aku makan hanya dapat menampung perutku selama beberapa jam. Pekerjaan aku pula melibatkan kanak-kanak, membuatkan aku banyak menggunakan tenaga. Masuk sahaja pukul 12 tengahari, perut sudah mula memainkan iramanya. Aku cuba bertahan, kerana masalah duit yang aku hadapi.
Tepat 2.30 petang, aku tidak mampu bertahan lagi. Angin dalam badan sudah mula naik ke kepala. Aku tidak dapat meneruskan kerjaku. Lantas aku ke pantri mencari apa yang aku boleh suakan ke mulut untuk dihadamkan ke dalam badanku ini. Aku buka Rice Cooker yang biasanya di dalamnya ada nasi yang ditanak Makcik Siti, pembantu di sekolah. Aku tekad, untuk makan nasi putih dengan kicap sahaja.
Apabila aku buka periuk nasi tersebut, aku dapati nasi minyak yang sungguh harum baunya. Alhamdulillah, rezeki aku. Makcik Siti bawa daripada rumah. "Nasi semalam cikgu, saya dapat. Ada orang bagi pada saya. Makanlah cikgu, tapi maaflah tiada lauk" ulas Makcik Siti tanpa aku pinta. "Saya ambil sikit ya makcik. Takpe lah tiada lauk, saya makan macam nasi goreng" aku betul-betul bersyukur ketika itu. Allah turunkan rezekinya kepada aku melalui Makcik Siti.
Rakan sekerjaku melihat aku makan tanpa lauk lantas menegur " Hai makan nasi je..?". Aku membalas "Sedap apa makan macam nasi goreng, boleh kurangkan kalori". Padahal, aku malu untuk memberitahu mereka yang sebenarnya aku sudah betul-betul kekurangan duit.
Alhamdulillah, untuk hari Isnin aku dapat rezeki yang tidak diduga. Hari berikutnya belum tahu lagi. Cuma aku harap, tiada apa-apa yang akan berlaku yang memerlukan duit sepanjang tempoh lima hari sebelum aku mendapat gaji aku. Aku betul-betul menghargai RM 10 yang aku ada. Aku benar-benar berharap supaya aku terus dapat menghargai nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepadaku sepanjang aku hidup di dunia ini.
Yang benar,
- Wan -
Monday, June 27, 2011
Sunday, June 19, 2011
Alhamdulillah...ALLAH bagi chance....
Alhamdulillah...
Segala Puji Bagi Allah...
Allah bagi chance lagi kat aku untuk sambung belajar. Secara tak lansung, Dia juga telah selesaikan masalah aku yang hendak sangat lari dari tempat kerja. Bukannya tak best, cuma kadang-kadang aku ke tempat kerja dengan muka yang sangat stress dan sampai terbawa-bawa dalam mimpi teringatkan kerja.
Siapa kata nak kerja senang. Susah kan..tapi semua bergantung kepada kita.
Ada beberapa masalah dalaman yang aku tak nak bongkarkan di sini. Tidak baik buka `aib orang.Cuma aku harap, mereka dapat tingkatkan prestasi dan mungkin kena touch-up sikit bahagian 'dalaman' mereka. Banyak sangat talam kat dalam company tue.
Sayang juga nak tinggalkan budak-budak. Walaupun mereka semua 'baik-baik' sangat tapi memang aku akan sentiasa rindu. Especially Puteh.

Thanx a lot kat u all semua.
Mungkin pengalaman yang aku dapat kat sini di tempat lain.
Semoga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah
Jazakumullah khairan kathira.
Mungkin pengalaman yang aku dapat kat sini di tempat lain.
Semoga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah
Jazakumullah khairan kathira.
Monday, June 13, 2011
Muka yang bertalam
Salam,
Aduhai sedih aku, aku sangka kawan rupanya lawan.
Gunting dalam lipatan. Pepatah orang tua-tua kita.
Bukannya nak mengata cuma, ada sedikit rasa terkilan dalam hati bila perhubungan kawan dikhianati. Bagi aku cukup untuk berkawan dengan orang yang macam ini. Banyak menyakitkan hati daripada mententeramkan hati.
Come on la....bukan pangkat atau tempat yang aku kejar. Aku hanya sekadar menumpang untuk mendapatkan pengalaman. Not more than that. Kadang-kadang mungkin orang salah tafsiran. Aku bukan mengejar pangkat yang tinggi, dan aku juga tidak pandang gaji yang beribu2, cukuplah di dasar hati ada keikhlasan dalam diri.
Sedih, terkejut, kecewa.....tiada kata yng dapat digambarkan hari ini. Bila aku dapat tahu aku sebenarnya ditikam dari belakang . Nasib baik belum mampus lagi. Rasa terkilan masih terpahat dalam hati. Bila susah engkau cari kami, bila senang engkau hentam kami. Allah itu adil, jangan kita lupa. Mungkin hari ini kita dibahagian roda yang paling atas, tapi esok atau lusa mungkin kita yang paling bawah.
Jangan sampai dah tersepit baru nak terngadah. Ingatlah kejayaan yang dikecapi dengan cara yang kotor, hasilnya juga kotor nanti.
Kita dah big enough, bukan budak kecil yang asyik mengadu untuk menagih simpati. Usahalah tunjukkan kebolehan diri sendiri.
p/s : macam mana engkau nak dihormati sedangkan engkau tidak pernah hormat orang lain.

Thursday, May 12, 2011
::ِAwas Hati Yang Rosak::
Hidup menjadi orang dewasa, aku rasa semakin susah. Susah untuk mengerti sesetengah perkara.
Merunsingkan diri pun ada.
Susah untuk menerima kenyataan atau sengaja buat-buat xpaham. Huhhhh!! susah untuk aku memulakan bicara. Suasana kerja sungguh berbeza dgn suasana belajar, yang buat aku betul2 xpaham, kenapa manusia sangat mementingkan diri sendiri. Di mana pegangan hidup 'Kita ini semuanya bersaudara'?
Ego yang tinggi dan tidak suka disangka lemah bila mengalah.
Ramai yang lupa, mengalah tidak semestinya mengalah, perebutan kuasa menjadi isu utama. Siapa yang lebih layak, bukankah aku yg lebih layak, bukannya dia....!!! Kata hati bagi sesetengah orang yang gilakan kuasa. Aku betul2 xpaham.
Perkara ini berlaku di syarikat aku bekerja, seorang gadis dinaikkan pangkat menjadi eksekutif, padahal umurnya baru sahaja mencecah 21 tahun. Ada dikalangan rakan sekerja yang berumur di dalam lingkungan 40-an, dan mempunyai pengalaman kerja bertahun2, tetapi tidak tidak dipilih untuk menjawat jawatan tersebut. Maka berlakulah perpecahan puak dikalangan kami.
Ini yang aku pelik kenapa pekerja yang berpangkat makcik ini tidak boleh menjadi role model kepada staff yg lain supaya menerima perintah dan melaksanakan perintah drpd eksekutif tersebut. Sebaliknya, dia adalah dalang yang meracuni pemikiran staf2 lain utk memboikot gadis tersebut.
Pada aku ini tidak adil, si gadis tersebut hanya menjalankan tugas dan telah dilantik untuk menggantikan seorang staf yang sedang cuti bersalin. Setiap arahan yang diberi oleh si gadis tidak diendahkan, malah dibangkang lagi. Ya, memang sikap dia yang agak suka mengarah membuatkan semua orang kurang berpuas hati, cuma pada aku, bukan setiap masa kita perlu membenci dia. Dia juga manusia biasa seperti kita yang mahukan belas dan juga kasihan.
Sedih dan kecewa...
Kita semua dewasa, dan mampu membezakan yang mana intan dan yang mana permata. Jangan jadi seperti lembu yng dicucuk hidung yang boleh ditarik ke mana sahaja. Kita ada mulut untuk bersuara, ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar, ada akal untuk mentafsirkan dan ada hati untuk menilai. Semua itu adalah kudrat yang diberikan Allah kepada kita untuk bertindak.
Hati-hati sebelum hati terluka parah"SaLaH Di MaTa KaLaU TaK NaMpAk, SaLaH TaFsIrAn KaLaU TaK Di NiLaI"
Tuesday, May 10, 2011
Just follow the life..
Nothing to be shared, just simple khibrah...
Jgn mudah percaya kat orang, kelak kita yg merana. Byk pepatah atau kata-kata org yg lebih berumur daripada kita yg boleh digunapakai dalam kehidupan seharian. Kebanyakannya betul, sebabnya mereka makan garam terlebih dulu daripada kita.
Bunyi mcm pelik....
Aku jg ditipu, sbb terlalu percayakan org, mungkin bagi org lain perkara seperti ini remeh dan mungkin agak lucu bg sesetengah pihak.
Org lain minta naik pangkat, tp aku mtk turun pangkat, bknnye pe, tension bekerja. Pada aku biar kerja dalam keadaan yg happy drpd nak kena berkerut muka sepanjang hari.
Bknnya susah nak tunaikan permintaan aku, tp bagi majikan aku, perkara nie susah untuk ditunaikan. Bermacam2 alasan yg diberi. Come on la, you have promised to me, please tunaikan promise tue.
Kini, aku terpaksa akur dgn keadaan, tidak semua yg kita mahukan boleh dicapai didunia ini. Mungkin ada hikmah yg lebih baik untuk kita di masa akan dtg, tapi aku xpernah berhenti berharap. Semoga Allah sentiasa memberikan yg terbaik untukku.
Just utk pesanan, tolong jaga kebjikan pekerja2 anda sekiranya anda majikan, jgn terlampau mementingkan diri, pekerja2 anda juga mempunyai keluarga yg memerlukan masa mereka.
Terima kasih.

Thursday, May 5, 2011
Hadramawt di Mesir @ Jln Ampang
Assalamualaikum...
Sekian lama menyepi, akhirnya aku kembali mencoret sesuatu di sini....
Kenangan bertaut kembali.
Tanggal 28 April 2011, aku rasa bertuah bekerja dgn Genius Aulad selaku hosting bagi acara Dinner ISF 2011, meraikan artis2 nasyid luar negara yang datang berkunjung ke Malaysia...Acara berlansung di Restoran Wadi Hadramawt, Jln Ampang Kuala Lumpur, tempat makan Arab yg terkenal di Kuala Lumpur.
Masuk je kereta ke dalam kawasan Restoran, aku dah mula bau keadaan di Mesir, baru aku sedar, rupa2nya bau org Arab nie lebih kurang je semua. Bos aku jgn cakapla, sampai 5 botol Febrez dia beli, semata-mata nak hilangkan bau yg macam hamis2 nie. Maklumlah, org yg xbiasa dgn keadaan dan suasana Arab. Kelakar pun ada aku tengok.
tapi pada aku, memang seronok..teringat kenangan aku di Mesir.
Klu kat Mesir dulu, bau di merata2 tempat memang hamis, tambah lg tepi2 tenpat pejalan kaki.
Let say, klu susah sgt nak smp Mesir, singgah2 la ke Restoran wadi Hadaramawt.

Tuesday, February 8, 2011
Notis Kahwin Seminggu...
Terkejut badak aku dibuatnya, dalam diam2 dia sudah berada di Malaysia. Satu malam, aku pun buka aku punya Facebook (tp sebenarnya hari2 aku bukak FB :)) Tiba2 saje, seorang yg bernama Izzati Farhana menyapa aku.
"Wan apa khabar..?" Izzati atau nama panggilannya Ijat bertanya.
"Aku sihat alhamdulillah..Ko pe kaba..?" tanya aku pulak.
"Aku pun sihat alhamdulillah..Wan aku nak jemput ko dtg walimah aku nie.." tulis Ijat.
"Wei..!!ko tak payahla nak tipu aku. Ko ingat aku nak percaya dgn ko..."
Bukannya aku tak nak percaya tp si Ijat nie suka auta aku. So, aku mmg susah nak prcaya, tp sebenarnya aku pun suka auta dia...haha
"Ya Allah Wan, ak tak tipu ko...Jemputlah dtg walimah aku, 5 Feb nie, kat Tanjung Karang..."
"Eh bila masa ko blk Mesia nie..??Ko tlg la jgn tipu aku Ijat..bak sini nombor tepon ko.."
"Laa..aku tak ingatlah no tepon aku.." lagilah buat aku tak percaya, nampak sgt mcm menipu.
"Ni no aku, ko miscall aku..." aku saja nak test dia.
"Ala lupala plak, aku takde kredit la plak.." Ya Allah lg la aku rasa tertipu dan ditipu..
"Bak sini no tepon ko..."Aku dah geram sgt la nie..
Then dia bg plak no yg lbih kurang sama dgn no mesir aku, tue yg buat aku lg xpercaya, tp aku try call jg, tp mmg betol dpt....Kali nie aku rasa aku mcm tak tertipu....huhu
Aku cakap dgn dia, then mmg betol dia nak mendirikan masjid dgn Ustaz Mesir, Ustaz Zuhaili. Selaku teman yg rapat aku memang terkezut badak la jg. Takde angin takde ribut tiba2 jek..Sehinggalah hari yang berlansung, aku masih tak percaya, tp aku gagahkan juga kaki melangkah masuk ke Masjid Jamek Sg. Gulang2 Kuala Selangor. Memang betol kelibat Izzati Farhana yg sedang memegang dulang wang hantaran bersama insan yg baru sahaja bergelar suaminya. Fuhhh!!!memang budak nie berjaya mensuprisedkan aku.

Dalam hati aku, bersyukur alhamdulillah, teman rapatku sudah mendirikan rumah tangga. Gembira tidak terkata dan kami kawan2 rapat ramai yang datang berkunjung bg meraikan Izzati Farhana & Zuhaili. Alfu mabruk wa barakallahulakuma wabaraka `alaikuma...
...Semoga mahligai yang dibina kekal sehingga ke akhirat kelak...
*tapi pesanan buat rakan-rakan yang lain, tolong bagi notis untuk melansungkan perkahwinan paling kurang 2 minggu sebelum, supaya senang kami kawan-kawan lain nak buat arrangement*
*tapi pesanan buat rakan-rakan yang lain, tolong bagi notis untuk melansungkan perkahwinan paling kurang 2 minggu sebelum, supaya senang kami kawan-kawan lain nak buat arrangement*
Subscribe to:
Comments (Atom)