Lama sudah aku tinggalkan laman blog yang menjadi medan aku bertatih....kali ini aku datang dengan membawa pengalaman yang aku kutip di Bumi Kinanah, Mesir. Pengalaman yang aku rasai tidak sampai sebulan ini amat berbeza dengan sahabat-sahabat aku yang telah lama di sana....
ALHAMDULILLAH…..
Terima kasih Ya Allah…Tawaran untuk menyertai Daurah Ta’lim Lughah al-‘Arabiyah di Bumi Kinanah, Mesir datang menyapa dalam hidupku. Impian yang telah sekian lama aku tunggu, semenjak dari bangku sekolah lagi. Kini aku peroleh tika aku bakal melangkah keluar dari menara gading. Namun aku tetap bersyukur, dan aku percaya Engkau sentiasa memakbulkan doa hamba-Mu, cuma terkadang ia awal dan terkadang ia datang lewat sedikit. Seungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya. Peluang yang telah Engkau berikan teramat besar aku rasakan. Peluang yang membuka lembaran baru dalam hidupku. Kini aku kenal erti perjuangan sebenar dalam hidup. Kagumnya aku terhadap sahabat-sahabat yang menuntut ilmu di sana. Suasana mengajar mereka erti ketabahan dan kecekalan. Bukan singkat tempoh yang perlu mereka hadapi, tetapi ianya satu tempoh yang agak panjang. Ada yang sehingga sembilan tahun, semata-mata mahu menuntut ilmu Allah yang terlampau luas di muka bumi ini. Hidup tanpa sanak -saudara di sana menjadikan mereka saling menghargai rakan sesama Islam, dan sebangsa dengan mereka. Hidup penuh dengan jerit perih. Bumi yang dipijak bukan tanah tumpahnya darah, maka sudah tentu ada perbezaan budaya dan cara hidup yang sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan negara sendiri. Pergantungan mereka hanya kepada Allah s.w.t, tiada tempat berharap selainNya. Kalau dikira antara mereka, sudah tentu ramai yang perbah ditipu oleh bangsa arab sendiri. Lain Negara lain cara hidup. Bangsa Arab tidak semuanya baik, sama seperti Malaysia. Tidak semua rakyatnya baik. Ada antara mereka yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Mentang-mentanglah yang baru datang tidak tahu bercakap Bahasa Arab ‘Ammi, mudah sahaja dikenakannya. Kebiasaannya pelajar Malaysia yang datang untuk menuntut ilmu di Mesir akan fasih berbahasa Arab ‘Ammi setelah setahun berada di sana atau bergantung kepada pergaulan mereka bersama orang Arab. Semakin banyak mereka bergaul, semakin cepat mereka dapat menguasai Bahasa Arab ‘Ammi. Hidup penuntut-penuntut di Mesir amat jauh berbeza dengan penuntut-penuntut di Malaysia. Namun, kemanisan menuntut ilmu menjadikan mereka kebal menghadapi segala mehnah yang Allah turunkan. Secara jujurnya, kagum aku melihat mereka. Tambahan lagi ketika aku datang, mereka sedang berjuang di medan peperiksaan. Kemana sahaja mereka pergi, pasti ada buku di tangan. Mereka tidak akan mensia-siakan waktu dan peluang yang ada. Tidak timbul lansung soal riya’ atau takabbur apabila membaca buku diperjalanan. Kebiasaannya, waktu peperiksaan adalah waktu yang sangat menguji mereka. Pasti ada masalah yang akan mereka hadapi. Inilah ujian Allah terhadap hambanya untuk menguji keimanan mereka. Di waktu inilah mereka akan mencari tempat yang mereka paling tenang, iaitu Rumah Allah. Kebiasaannya bagi pelajar Universiti al-Azhar, mereka akan pergi ke Masjid al-Azhar, berdekatan dengan jami`ah mereka. Memang tenang apabila berada di dalamnya. Seolah-olah masalah yang menimpa lari meninggalkan kita. Jika bercerita tentang kehidupan penuntut Malaysia di Mesir memang terlalu banyak. Namun cukupla kita ketahui bahawa menjadi penumpang di negara orang lain bukan semudah yang di sangka. Pelbagai benda baru yang bakal kita hadapi dan pelbagai masalah pula yang akan hinggap dalam hidup kita. Aku berbangga dengan sahabat-sahabatku di Mesir, KALIAN ADALAH INSAN YANG TERPILIH DAN DIPILIH ALLAH UNTUK MERASA KEMANISAN ILMU,IMAN DAN ISLAM yang tidak terdapat di Negara kalian sendiri. Tahniah buat sahabat-sahabatku. Teruskan berusaha demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa memayungi kalian semua dengan rahmatnya dan keberkatannya. Aku doakan kalian sentiasa cekal dan tabah, semoga segala urusan kalian dipermudahkan. Kutiplah ilmu yang bertebaran di Bumi Kinanah itu, supaya kamu tidak akan menyesal apabila pulang kelak.
:::::Buat 'Izzati Farhana Mahadzir, Mawaddah Warrahmah Mohd Khairi, Nurul Faezah Yusoff, Nurul Huda Tahir, Muhamad Hazazi Sanusi, Saiful Islam Shafie, Muhammad Tamim Faruq Khairul 'Azmi, Hasrul Sazli Abd Khail...semoga kalian sentiasa berjaya dalam apa yang dilakukan, gunalah peluang yang ada sebaiknya::::::
No comments:
Post a Comment