Saturday, July 31, 2010

Debaran KONVO vs Debaran NATIJAH


Assalamualaikum....

Kali ini aku menulis dgn dada yg penuh debaran..menanti hari yang paling bahagia sepanjang aku dah hidup ni...tp jgn salah sanngka, bkn hari perkahwinan yer, kahwin?? insyaAllah coming soon..hehe..Aku berdebar tunggu hari konvokesyen....7 OGOS 2010, aku bakal bergelar Graduan Universiti Malaya, Kuala Lumpur...huhu. Macam2 protokol kna ikut, rimas dibuatnya. Maklumlah majlis yg berlansung dgn Orang2 Besar, kena ada protokol, tp xpelah, skali skala je. Bak kata org konvo nie alal2 kita jd raja sehari, sbb masa nie kita akan bergambar je, cme bezanya kita xboleh nak bersemayam kat atas kerusi Chanselor tue. Hopefully, on that day everything is under control, jgnlah berlaku apa2 perkara yg tak diingini..Ameen. Tahniah buat sume kawan2 yg akan menerima pengijazahan, all de bez in ur future. Ingat!!! walaupun kita dah grad, tapi tak bermakna kita menuntut ilmu sampai sini jer, tuntutlah ilmu sampai ke hujung nyawa. Ilmu boleh didapati dmana2 walaupun dtepi jalan sekalipun...:D


Ketika kami di Malaysia penuh dgn saat debaran kegembiraan menghitung hari untuk menyarungkan jubah konvo, kawan2 kami di Mesir pula dipenuhi dengan debaran ketakutan untuk mendapat natijah peperiksaan mereka. Aku dikhabarkan yg natijah akan dikeluarkan hjung Julai. kami juga paham, perasaan time nie mmg susah nak dgambarkan, kadang2 smp makan pun xlalu, tido pun asik teringt benda tue. Tak pelah kawan2 sume, kami di Malaysia mendoakan kejayaan kalian dalam imtihan yg telah dihadapi dgn sepenuh juhdin. InsyaAllah Allah akan bantu kita. Kami doakan Allah berikan yg terbaik kpd kalian. Jadikanlah doa peneman setia. Apa pun yg berlaku kita mohon, semoga kita tergolong dalam golongan yg sentiasa redha dgn ketentuannya. InsyaAllah.

:: Yang paling penting, kita sama2 dalam kondisi debaran, cuma debaran yg kita hadapi berbeza. Jadi sama2 kita doa banyak2 smoga Allah permudahkan segala urusan kita....Ameen....:)Tahniah untuk semua kawan2 yg akan menyarungkan jubah konvo di musim konvo ini, dan buat rakan2 yg sedang berdebar menanti natijah, aku doakan kalian bitaufik wannajah::




Friday, July 23, 2010

24 JuLai DaTanG LaGi...

::*_*::
::KAD UCAPAN HARI LAHIR KHAS UNTUK AKU SENDIRI::


Alhamdulillah, aku masih diberi nikmat nyawa, nafas, iman dan Islam(insyaAllah.)Hari ini genap umur aku 23 tahun(muda lagi rupanya...hehe)....tapi besday kali ni tak sama macam biasa. Kali ini debaran ketakutan lebih lagi daripada debaran kegembiraan. Kali ni nerbes sbb nak tahu apa yang akan terjadi dlm hidupku pada tahun2 yg akan dtg.

23 tahun, lamalah juga aku dah hidup atas bumi, bawah langit dan dalam dunia ni, tapi apa yang aku dah dapat sepanjang 23 tahun aku hidup ni??dan apa lagi yg aku belum buat??Cukup ke segala bekalan aku untuk ke alam sana nanti??? Sempat ke aku bertemu dgn umur aku yg ke 24??? Bagaimana tanggungjawab aku sebagai kahlifahNYA??Soalan ni yg bermain di benak fikiran aku. Semua ini bergantung pada diri aku sendiri. Kalau nak tau, aku sendiri kena tepuk dada dan tanya iman.

Sebenarnya, bila menjelang hari ulangtahun kelahiran kita, kesedihan adalah perkara pertama sepatutnya datang bertandang mendahului kegembiraan, tapi kalau tengok budaya kita, terikut2 budaya Barat, meniup lilin yang dibakar. Kalau difikir simboliknya, lilin yg dibakar itu ibarat umur kita yg telah lepas,yg kita telah bakar dengan amalan2 yg kurang baik. Untung kalau kita dapat padamkan api itu, kalau tidak, habis rosak keseluruhan lilin itu. Samalah juga, untung kalau kita dapat hapuskan dosa2 lalu kita, kalau tidak dia yag akan membakar seluruh kehidupan kita. tapi apa2 pun terpulang kepada tuan punya badan yg menyambut hari lahir. Ini sekadar pandangan aku, kalau ada salah silap aku mohon maaf terlebih dahulu.

Eh, kenapalah aku serios sgt nie...Tak pelah, apa yg aku ckp kat atas tue utk pengajaran diri aku sendiri dan kwn2 sume. Tahun nie aku rasa hari lahir yg very challenging sebabnya, tahun ni aku grad dan umur aku skrg pun dah 23 tahun. Jadi ramailah, yang mula nak jd wartawan(ala-ala melodi la pulak). Soklan yg biasa la utk perempuan2 yg masih belum berkahwin.

"Wan, umur dah 23 nie, bila nak kahwin??"

"K.wan dah grad nie, pe perancangan lpas nie??kahwin ke??"

"Wan, cepat-cepatlah cari calon, boleh kitaorg rasa nasi minyak kau.."

Adoyai....Pening jugakla aku pikir. Takde ke soklan lain nak tanya. Kadang2 lawak pun ada. Aku nak je suruh dorang carikan...haha(amik ko byk sgt tanya). Aku rasa bkn aku sorang je yg pening, ramai lg yg kat luar sana pening dok pkir psal kahwin. Yg sebenarnya, ni bab jodoh. Ya, aku tak pernah nafikan yg kita pun kena berusaha mencari jodoh, tapi bagi aku insyaAllah bila sampai jodoh kita betul2, maka kahwinlah kita. Yang aku paling pelik, umur aku nie takdelah tua sgt, tapi kalau nak compare dgn kwn2 aku kat fakulti tue memang ramai dah kawin..huhu..Tapi nanti2lah...Sampai masa InsyaAllah aku jemput korang2 yg tanya nie...Korang tlg doa je ak dkurniakan jdoh yg soleh yg dapat bimbing aku, mnjdikan aku solehah. Buat kawan2 aku semua, smoga kalian dikurniakan jodoh yg soleh dan solehah, serta dianugerahkan zuriat yg soleh dan solehah. Ameen..Sebenarnya malu aku nak bercerita bab nie, tapi layan je lah, memang lucu la bab nie..=)

Lagi satu, bila umur dah meningkat, kita kenalah lebih matang. Ramai org kata aku nie orgnye serios, skali bila dah kenal betul, cam bdak2 pun ada..hehe(bukannya apa, dalam hati ada taman..). Tak semestinya bila nak jd matang kita kena serios, betul tak?Tgk keadaan la...Satu aku nak kongsi dgn korang sume, kata2 dr siapa aku tak pasti :
"Maturity has more to do with what types of experiences you've had, and what you’ve learned from them, and less to do with how many birthdays you’ve celebrated."
Tak kisahla umur kita berapa pun, tapi kalau kita banyak pengalaman, dia lebih mematangkan kita and de jg kata2 yg ckp " Experience is The Best Teacher". Kwn2, carilah pengalaman byk2, sbb kita xpernah rugi ada pengalaman yg byk.

Lastly, here is another one proverb that I want to share, I get from my friend's FB :
"Manusia itu hanya memiliki satu umur.Jika ia menyia-nyiakannya,maka ia merugi segalanya.Rugi dunia dan akhirat.Oleh kerana itu,jika anda berdosa,kerana dikalahkan syaitan & hawa nafsu,JANGANLAH BERPUTUS ASA.Sebab, pintu TAUBAT selalu terbuka, kurnia Allah selalu diberikan,dan nikmat Allah sentiasa dianugerahkan di pagi dan petang hari."




Wednesday, July 21, 2010

'Pancit' Di Jabal Sinai..::*_*::

Lama dah tak menulis..Laptop rosak, n aku sendiri busy sikit dgn urusan minta kerja...tapi aku tak nak kenangan aku di Mesir hilang macam tue sahaja. Surely, i'm still missing Mesir n my frenz in Mesir. Khaif halukum jami'an??? Arju lakum bikhair. So, aku nak kongsikan kenangan aku bersama kawan2 aku semua n aku sendiri nak simpan kenangan aku di blog ini. Supaya semua dapat merasa, walaupun tak rasa depan mata, tapi rasa perasaan aku yg bercerita.

Tanggal 18 Jun 2010, kami pelajar yg bertandang di Mesir di bawa ke kawasan yang terletaknya Jabal Sinai. Nape nak panjat Jabal Sinai ni??? Sebenarnya, keistimewaan Jabal Sinai ni sgt besar. Gunung Thursina (Jabal Musa panggilan bagi masyarakat Mesir) berada pada 2280 meter dari paras laut. Di puncak gunung inilah menjadi tempat di mana Nabi Musa A.S. bermunajat kepada Allah Taala selama 40 hari sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran pada Surah al-Araf ayat 143. Juga terdapat sebuah masjid dan gereja kecil Ortodoks di puncaknya. Terdapat juga kesan batu yang menghalang Nabi Musa A.S. daripada terkena batuan-batuan lain sewaktu berlakunya peristiwa di mana Allah Taala menunjukkan kebesaranNya maka hancur leburlah gunung tersebut. Pandangan menarik dapat dilihat dari puncaknya bilamana matahari terbit pada waktu pagi.(petikan yg ni di ambil dr blog len....)

Sebelum nak panjat Sinai tu, kami pergi melawat tempat-tempat lain dulu kat sekitar situ. Ada makam Nabi-nabi dan ada juga Wadi Arbain(Lembah tempat 40 org nabi berkumpul)..Kali ini kami ditemani mushrif yg bernama Ust. Mohd Taha, Ust. Hasrol n Ustz.Huda. Nak ceritanya, nak sampai ke Wadi Arbain nie bukannya senang. Sebelum nak sampai ke Wadi Arbain tue, kami singgah dulu ke tempat 12 mata air(kat sini, dia de 1 batu yg de 12 lubang yg mengeluarkan mata air, bukan air mata yer...), tapi nak sampai ke sini pun bukannya senang. Memang jauh perjalanan, segala halangankami tempuhi, batu-bata kami lalui...Memang berliku-liku perjalananya..tapi kami anggap ni macam latihan nak panjat Sinai malam ni...:D....Akhirnya kami tak sempat pun pergi Wadi Arbain, atas sebab-sebab tertentu....

Kemudian kami di bawa ke tempat penginapan utk kumpul tenaga dan bersedia nak mendaki Jabal Sinai...Teruja sgt-sgt nak panjat dan nak sampai ke puncak...Then, pukul 12.30 mlm kami berkumpul kembali dan bertolak ke Jabal Sinai...Biasalah sebelum nak buat aktiviti lasak, kami buat warming-up dulu, yelah, bukannya pe..nanti takut ada yg sakit-sakit...Kami pun buatla warming-up dgn bersungguh-sungguh, tunduk sana, tunduk sini, pusing depan, pusing blakang...semangat punye pasal la katakan...

Abis warming-up, kami dbahagikan mengikut kumpulan, ada kump A dan ada kump B....Kump A diketuai Ust.Taha n kump B dketuai Ust.Hasrol...Kami pun gerakla, masa tu dalam pukul 1 lebih (pagi tau..biasanya panjat Sinai ni tgh2 malam, nak tau kenapa???....tunggu smp crita ni abis..). Kump A gerak dulu....dan Kump B, follow blakang...So, aku dalam Kump A, mula-mula jln, tenaga memang byk lagi..So, very happy n excited....Bila dah jalan jauh la jg...Tiba-tiba K.huda , mushrifah kami berkata-kata...

"ni kita baru nak menuju tempat nak panjat tau...kita belum start panjat lg..."

Kami semua terkejut badak...."ha???belom start panjat???biar betul k.huda...???"

"iye....kita tak start panjat lg...."k.huda reply balik..

Dalam hati dah mula merungut dah...'aduhhh, jauhnye...' masa tu memang gelap gelita, tak nampak pe2 pun...jalan pun bercahayakan lampu suluh..tak lama pas tu, kami dah rasa dah batu-batu kecik dan gedabak yg kami kena redah...Fuhh!!! lega...dah mula memanjat...Tapi sebenarnya dalam hati dah bercakap-cakap dah...'bila nak sampai ni...letihla.."Jalan punya jalan, adalah kami berhenti kejap-kejap...rehat 1 minit 2 minit...Ust.Taha pesan..kalau 1 org letih, kita semua berhenti sama2..sbb nti tkot berpecah..Utk pengetahuan, bkn kami je yg mendaki, ramai lg kumpulan org asing(mat saleh) yg mendaki jg...tapi yg mat saleh nie, pnye la laju diorang nie panjat..yelah, diorang nie kan kuat2..tenaga pun banayak.

Daki punya daki, akhirnya kami nampak 1 cahaya yg datang dr sebuah umah kecik, tp masa nie belom sampai lg..jauh lg prjalanan(dia sebenarnya ala-ala kedai la, utk org singgah nak minum or nak beli candy, kita panggil check point)...pas tue, Ust.Taha pun jerit...

"ha!!!itu kita dah nampak check point pertama...dekat dah tue..cepat jalan..sikit lagi"

Kami pun semangat jalan sebab nak sampai kat checkpoint 1 mmg semangat...pas rehat 5 minit cam tue, kami terus lg jalan..sebab diorang kata, kalau berhenti lagi lama, lagi la penat kalau nak daki yg seterusnya...So, kami teruskan pendakian, utk ke checkpoint yg seterusnya, diorang kata dekat je lg nak sampai. Kami pun apa lagi, semangat la. Tapi bila jalan punya jalan, tak juga sampai2. Adoiii!!!penat jgn ckp la..mmg sangat penat..Sebenarnya diorang tue berhelah je, tak nak bg semangat kami-kami nie down. Bila nampak je de cahaya memancar dari kedai, dalam hati bersyukur gilerrrr...Alhamdulillah. Bukannya apa, at least boleh jg berehat sebentar bersama Kit Kat..hehe(tapi memang kalau berhenti sekejap, kami akan makan coklat, utk buat tenaga). Pas rehat sekejap kami terus mendaki, sampailah ke check point yg ke-6(rasanya ini paling akhir, tak ingat sgtla, sbb masa nie mmg dah tak pikir lain dah, pikir nak sampai je)...

Sepanjang perjalanan nak sampai ke check point nie memang macam2 jd. Aku antara orang yg 'pancit' di tgh jalan..haha. Terima kasihla kat Nazrul, k.Salmee n Shahrul, aku nie suka berhenti tiba2 di tgh jalan.So, org yg blakang aku kena lah tunggu ak..hehe. sampai Ust.Taha tanya..

"nie kenapa nie???pancit ke???"...adus malunyerrr...

Memang serious tak larat, aku yg byk mulut nie tiba2 bertukar mnjadi pendiam. Memang aku tak byk ckp masa daki tue. Kalau aku rasa tak larat, aku pun berpaut la pada k.salmee, nasib baik k.salmee o.k jer.

Sebenarnya bila dah sampai ke last checkpoint tue, belum lg sampai puncak(kan aku dah cakap, jauh perjalanan)...start dr checkpoint last tu, nak naik ke puncak, kami kena naiki anak tangga plak, anak tangga dia ada dalam 300 lebih la...banyakkan...Bila pikir, sengsaranya la...Anak tangga dia pulak tu, bukan macam anak tangga yg memang tangga macam kat komuter tue. Anak2 tangga dia terdiri drpd batu2 yg disusun menjadi anak tangga. Masa tue dah la dgn angin. Perghhh!!angin memang kuat giler masa tue, sapa yg badan ringan memang kesian, silap hari bulan, dgn org skali dia boleh tiup. Kami nie naik pun berpaut pada batu2 besar yg ada. Tambah dgn gelap-gulita, memang betol2 mencabar. Masa nie kami dah start menggigil(sebenarnya masa kami naik nie musim panas, still sejuk lg, tapi kalau panjat masa musim sejuk, lagilah sejuk). Kalau rasa2 macam tak boleh balance badan bila kena angin, kami akan berhenti kejap then baru naik.

Tak lama lepas tue kami sampai ke puncak...Alhamdulillah. Inilah 1st time aku daki bukit, dan inilah pengalaman yg paling mencabar, dan aku tak percaya aku dapat daki. Bila sampai atas pulak, sejuknya jgn cakapla..memang sejuk sesangat, tak tahu nak gambarkan macam mana. Sampai kami terpaksa berpeluk antara kami sendiri(peluk perempuan2 je lah...jgn salah anggap pulak). Kat puncak tue ada masjid, ada gereja n ada tempat Nabi Musa beruzlah(tempat yg nie memang macam terselindung sikit, dia macam kat bawah tanah). So, Ust. Taha pun suruh kami masuk dalam tue, n berdoa. InsyaAllah, doa kita mustajab di Jabal Sinai nie. Alhamdulillah, dalam tempat nie tak delah sejuk sgt. Kemudian , bila subuh menjelma, kami solat di masjid atas puncak tue. Masjid dia kecil je, tapi o.klah jg..ada tempat solat. So, pas tue tunggu matahari terbit.
Lepas tue, baru kami bergerak turun balik. Bila time nak turun tue, barulah tau...Kenapa kami panjat Jabal Sinai nie malam2..antara sebabnya, kalau kami panjat pagi, kompom ramai yg xdpt meneruskan pendakian...Gayat!!! dan kita akan nampak perjalanan yg jauh sgt. Kalau tak percaya tgk gamba nie...Sampai ada yg naik unta utk turun tau..sebab dah tak larat.
Serious, memang pengalaman yg menyeronokkan tapi masa nak naik tue memang pengalaman yg memeritkan..huhu. Alhamdulillah, aku dan kawan2 dapat juga sampai dan dapat lihat tempat Nabi Musa beruzlah. Menakjubkan dan agungnya ciptaan Allah. Jika difikir balik, macam manalah Nabi Musa zaman dahulu naik ke atas nie?? Nampak sangat kita nie hamba yg kerdil.....
::Perit memang perit, tapi kenangannya sangat berharga. Malam tue bukan aku saja yg pancit, ramai jg kawan2 aku yg lain pancit, tapi dengan kerjasama semua. Kami peserta2 dr UM semua dapat menjejakkan kaki di atas PUNCAK JABAL SINAI...ALHAMDULILLAH. Buat kawan2 yg belum sampai lg, aku doakan korang semua akan sampai satu hari nanti, INSYAALLAH..tapi kalau pergi dgn suami lg best, kalau terjatuh ada tempat berpaut dan kalau sejuk ada tempat berpeluk...(hehe jgn marah, nie seriously aku bg tau)::



Friday, July 16, 2010

Kerja Ohh Kerja...

Tak sampai sebulan duduk rumah menunggu datangnya pinangan kerja memang boring(dalam erti kata lain, menganggur la..). Aku dah mula haru-biru dibuatnya. Yelah, duduk rumah saja-saja memang bosan. Harapkan TV, laptop, novel, buku-buku dan mak, itu jelah peneman setia aku.

Barulah aku sedar sekarang, susahnya nak cari keje, dan apatah lg nak dpt keje. Dulu, aku hairan dan pelik dgn manusia-manusia yg menganggur(keje punyalah melambak, tapi napelah diorang nie tak cari keje). Sekarang baru tau, bak kata orang tua-tua, baru kena batang hidung sendiri...amik ko!!!

Menganggur atau dalam istilah orang muda-muda 'tanam anggur' bukan senang macam kopek kulit kacang...Mana taknya, penanam2 nie sume bukan ada dapat upah pun, harapkan tanam je, hasilnya tak dapat2 pun, pas tue plak, nak kena jg bg makan perut sendiri, keperluan lain lg..huhu..Takkan la nak mengharap family selamanya..Sian jg diorang yg nak tanggung kita nie..

Peluang kerja memang byk kat luar sana, cuma kelyakan yg company2 tue nak, kadang2 tak kena dgn kelayakan kita...ramai yg kata kita siswazah ni memilih sgt, tapi bg aku, memang kena memilih, memilih, bukan pilih gaji atau pangkat..Cuma pemilihan yg dibuat berdasarkan, suasana tempat kerja, latar belakang syarikat itu, sumber yg diperolehi syarikat, pemakaian di tempat kerja..Aku rasa memang patutlah memilih yg tue...Jgn sebab terdesak sgt nak kerja n rasa pegang duit sendiri, sampai bab2 yg bersangkut paut dgn syariat Islam, kita tinggalkan...Ingat!!rezeki kita Allah yg tentukan dan Allah yg beri dan hidup kita juga adalah kerana Allah..Carilah yg halal utk masa depan kita, jgn terjerumus ke lembah haram semata2 krn hawa nafsu kita..

Apapun, kita kena berusaha mencari kerja, jgnlah tunggu bulan jatuh ke riba. Allah tidak suka dengan hambanya yg tidak berusaha....tak kira brapa lama kita dah tanam anggur yg tak dapat2 hasil tu, n tak kiralah apa kerja yg kita nak lakukan, yg penting halal di sisi syariat Islam. Ingatlah, doa tue penting, sentiasalah berdoa Allah berikan pekerjaan yg terbaik dalam hidup kita. Sekiranya tawaran kerja masih belum datang menjemput, ingatlah..mungkin belum ada rezeki bekerja atau merasa duit sendiri ketika itu, dan mungkin juga Allah ingin menguji kesabaran kita....Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah :155 ..

“Dan sungguh akan Kami uji kamu dengan sesuatu yang berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Namun sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

::{Pesanan ini buat aku dan juga penanam2 anggur di luar sana...Isilah ruang-ruang kosong yg kita ada dgn perkara-perkara yg berfaedah. Jgn kita biarkan masa berlalu begitu shj. Kelak kita yg akan menyesal sendiri. Ingat pesan Allah dalam Surah al-'Asr:
"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh, dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran." }::




Monday, July 12, 2010

Gendong BEG PLASTIK kat airport....

Hari terakhir berada di Mesir, memang menyedihkan. Kalau boleh memang tak ready nak balik Malaysia lagi. Tiket flight dijadualkan pukul 1.30 pagi, 22 Jun 2010. So, seharianlah kami amik masa mengemas barang-barang kami(walaupun dlm hati tak nak blk...tp kemas la jg...kalau tak ikut balik,mana ada duit nak bayar tambang flight dah..). Semua barang yg kami beli, kami sumbat kaw-kaw punye dlm beg. Mula-mula datang, sorang hanya bawa 1 beg je yg diletak dalam kargo, skali nak blk Malaysia, bertambah-tambah beg. Kalau boleh nak beli bagasi lagi satu, sebab tak muat nak isi barang dah(tu la,,masa bershopping lansung tak ingat dunia...nak balik barulah teringat....). Kami yang perempuan memang sibuklah mengemas barang, bukan apa, risau ada yang tertinggal(biasalah perempuan..). Tapi yg peliknya, budak-budak laki kami ni, sempat lg pergi main bowling kat mne ntah(City Star kot...shopping complex kat Mesir). Memang tak ingat dunia lansung diorang tu.

Malam pun tiba, kami semua bersiap siaga untuk bertolak ke mattar(klu ditranslatekan = airport). Dalam pukul 9 mlm kami berkumpul(yelah, kna check in 3 jam sebelum), kami pun masukkan segala beg2 kami dalam perut bas. Memang masa tue padat giler..

Sampai di mattar dalam pkl 10 lebih. Kami pun salam-salam dgn mushrif dan mushrifah kami, dan sempat lg kami bg hadiah kat Ust.Hasrol n K.huda(juz a simple present..green abaya(jubah) for k.huda n white muslim jubah for Ust.Hasrol)...Cuaca kat mattar tue memang tenang je, tak de pun hujan...tp tiba2 ada pulak hujan mengalir dalam mattar tue(bkn hujan betol, hujan yg turun dari mata budak2 perempuan nie...biaselah,,perempuan kat sensetip). Masa tu Ust. Hassan dah mula bising-bising, suruh masuk check-in.Ust Hassan ni yg jd penyelia kami di Mesir. Orang kuat UM nie. Lagi satu yg lain kat Mesir ni, kita kena masuk dulu, baru check-in dan timbang beg, orang yg tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk. Jadi, kami pelajar-pelajar je lah yang masuk. Masa tu, kami memang pandai-pandai sendiri je. So, kami start check-in. Masa tu kami dah memang lewat sikit. Setakat tu, 24 org drpd kami dah lepas masuk, masih ada 6 org lagi yg tergendala. Pekerja egypt-air(flight yg kami naik) tu kata, sistem tergendala. Mereka berenam masih di depan kaunter. Jadi, aku dan Pae tolonglah jaga barang-barang diorang yg 6 tue. Zahir pulak sbg ketua, kena pantau.

Tiba-tiba, pekerja nie dtg kat kami, dan arahkan kami masuk dulu.

"Miss, are u finished ur check-in.."fulamak dia kecek omputih la pulak, tp nasib baik la dr dia kecek Arab...hehe

Aku pun balas la, apa lg.."Yes, i'm finished, but i'm waiting for my friends and thei stuff..." entah pe ayat ak balas lg masa tu..Memang masa tu, aku n Pae tolong tengokkan barang2 dorang.

"No, u no need to wait..Please go to the gate.."Dia marah kat aku..Dalam hati aku,'urghhhh!! pak Arab ni, tak reti sabor betul.Memang nak kena dgn aku nie..'

"Sawaruni!!!(tak tau la eja dia betul ke tak...mksd dia sekejap). Nah!! amik ko, aku marah kecek 'ammi...Nasibla ko Pak Arab, sape suruh ko marah aku.

Lepas tu, kawan2 kami suruh kami masuk dulu..Tapi ada sorang budak laki ni, namanya tak boleh bg tau, nanti dia malu. Barang dia banyak giler, barang yg dibawa sbg hand-carry(nak bawa masuk flight skali). Terpaksalah aku ngan Pae bawa setengah barang dia, yg paling tak tahan, salah satu barang tue di packing guna beg plastik(ala-ala beg plastik Mydin, tapi dia warna biru)...Yang paling lawaknya, aku yang kena pegang beg plastik tu...ADUHAI !!!. Isi dalam beg plastik tu, terdiri drpd tuala, hanger dan baju yg tak sempat nak lipat...Dah macam bundut kain baju beli kat pasar raya...Hanger tue siap tertonjol keluar lg tue..Dalam hati aku dah bising dah...paling koman pun, sumbat la beg lawa sikit, kalau dibuatnya terburai isi perut plastik ni, sape nak kutip...??

'adoyai la budak ni,,,tuela..td pagi tak nak packing siap2..pergi main bowling lg...nie kan dah main sumbat jer...'

Kawan2 aku semua gelakkan aku..

"Kenapalah adik ko ni wan...napelah dia bawa beg plastik nie..siap tuala gompol2 lg tue.."

Aku gelak je lah..Tapi dekat2 nak sampai gate, aku pass 'plastik' ni kat kwn baik dia...Fuh!!legalah aku..No more plastik nie...

Tiba2 kami dapat tau, mereka berenam tu tak dapat check-in, sebab flight dah full(tak logik betol, padahal kami dah booking sebulan sebelum...memang tak patut betul)...Sorang je dpt lepas, itu pun sbb dia dah beli tiket blk Sabah esoknya. Yg 5 lg, terkandas. Jadi, beg plastik tue kami gendong sampailah ke KLIA...dan segala barang2 dia kami gendong smp ke KUALA LUMPUR, manakala tuan punya badan, masih lagi di MESIR. Luculah...

::Pesanan...siapa2 yg kelam kabut kemas barang last minit, kalau boleh jgnlah isi dlm beg plastik, klu nak pun cari yg berkualiti sikit..bukannya malu nak bawa, tapi kalau dibuatnya terburai tengah jalan, siapa yg nak mengutipnya, lagi2 kalau barang2 peribadi...sekadar peringatan bersama..:)::

::Tapi diorang yg 5 terkandas ni best juga, sempat pergi jalan2 kat tmpt yg kami 26 lg tak sempat pergi..Rezeki diorang..Anyway, ALHAMDULILLAH, kami semua selamat sampai di Malaysia::



Saturday, July 10, 2010

First time naik bas Mesir sendiri...

Macam-macam pengalaman aku dapat kat Mesir. Maklumlah, suasana yg sgt berlainan dgn Malaysia. Kat Mesir memang banyak tempat yg boleh dilawati, dan kalau nak pergi pun takdelah susah sangat. Sebabnya, pengankutan awam diorang ni melambak-lambak. Daripada bas sampailah ke train. Cuma yg jadi masalahnye, bila nak naik pengangkutan awam ni, kenalah tahu cakap Bahasa Arab 'Ammi sikit-sikit. Bas dia bukan macam bas kat Malaysia. Bas Mesir ni, dia kadang-kadang ada letak nombor, kadang-kadang takde. Kalau dah takde tampal nombor, for sure la takde tampal hala tuju bas tue. Nak tak nak kena tanya. Kalau untung badan, ada orang Malaysia kat situ, boleh la tanya b.m...tp kalau takde, kenalah kecek 'ammi...Setengah nama tempat tu, diorang(org mesir), tak panggil dgn nama betul dia..Contoh 'Abbassiyah', diorang akan panggil Bu`us, tapi kalau tanya Drebar Bas tue, insyaAllah dia tahu.

Oleh kerana itu jugaklah, aku n the geng 101, memang tak berani nak pergi jln sesuka hati. Kalau kami nak pergi pun mesti kena ada teman yg pandai kecek 'ammi. Sampailah suatu hari ni, aku ajak kawan aku Ijat, nak pegi jalan-jalan kat Atabah n Husain(asik-asik nama tempat nie,kan aku dah cakap, tempat ni famous). So, kami keluar dalm pukul 3.45 petang. Bertolak dari ARMA ke sana menaiki bas. Kami semua ahli bait ada 7 org, campur dgn Ijat, kawan dia, K.Farhana dan K.Noni jadi semuanya ada 10 org. Sampai saje kat Atabah, azan Asar pun berkumandang, tapi kami tak singgah sembahyang dulu. Kami teruskan perjalanan lagi, sebab musolla dia jauh sikit. Kami pun belilah. Selesai beli kat Atabah kami berpindah pulak ke Husain dan kami solat di masjid dekat dgn Husain tu. Then, kami shoping plak kat Husain, memang lama la jg, sampaila ke pukul 7 lebih. Kami yg keluar tu kan semua perempuan, so takde mushrif, dan kami kena balik sebelum malam. 7 lebih tu, kami dah tunggu bas, tapi sayangnya bas tak muncul-muncul la pulak. One more problem is, Ijat dan kawan-kawan dia tinggal kat Hayyu Sabie'(kalau kat Malaysia ala-ala seksyen, kiranya seksyen tujuh la), kami pulak kat 'Abbasiyyah. Dua tempat yg berbeza haluan. Kami dah pening pikir nie. Macam manalah nak buat nie. Kami pun serba salah jugak. Takkan la kami nak suruh diorang hantar kami balik ARMA kot, dah nak maghrib nie. Dengan beraninya kami kata :

"xpela,kami balik sendiri naik bas Ijat tapi ko kena tunjuk bas yg mana satu"

Ijat tanya blk.."xpe ke??...Korang tau ke nak berhenti kat mana nanti??"

"InsyaAllah tau,xpela kami cuba.."dengan beraninya salah sorang drpd kami jwb. Tapi masa tu, Allah je yg tau perasaan kami, dah la baru kat Mesir, tiba-tiba nak balik naik bas sendiri. Demi tak nak menyusahkan siapa-siapa, kami redha.."

Ijat tetap risaukan kami, dia tanya lagi lepas tu.."Kalau naik teksi korang boleh tak..?Korang tau jalan tak?"

Kali ni kami jwb.."Kitorang tak tau jalan Jat..Lagipun kitorang tak tau nak cakap 'ammi.."

Ijat nak suruh kami naik teksi, sebab masa tue memang dah nak maghrib(maghrib kat sana dalam pukul 7.50 malam). Masa tu kepala memang serabut, fikir macam manalah nasib kami nanti. Bas pun tak nampak batang hidung. Allah je tau masa tu.

Akhirnya, alhamdulillah bas menuju ke ARMA lalu. Bas kat Mesir ni memang susah nak berhenti betol-betol, paling o.k pun, dia akan jalan pelahan-lahan. Memang kelam-kabut masa tu, nak kena kejar bas dan nak kena naik atas bas tu secepat mungkin. Alhamdulillah, kami bertujuh sempat naik bas tu dan memang tak sempat nak salam dgn Ijat dan kawan-kawan.

Lepas satu masalah, ada lagi masalah lain. Kali ni kami kena cam betol-betol tempat nak turun. Silap turun, matilah kami. Kalau terlepas lagilah teruk. Selalu kalau kami naik bas pun, mushrif dan mushrifah kami yg cakapkan kat drebar bas nak turun(bas kat Mesir takde loceng yg boleh tekan, kalau nak turun kita kena bg tau dgn drebar bas atau jerit je dari belakang). Dalam bas tu, jantung kami masing-masing tak berhenti berdegup. Dupp Dapp Dupp Dapp.....Tak senang duduk dibuatnya. Doa je lah yg jd peneman setia kami. Belok demi belok, macam-macam jalan kami lalui, tak juga sampai-sampai. Dalam hati dah tertanya-tanya :

'betol ke bas yg aku naik nie??ke aku dah terlepas nie??lama betol perjalanannye...' macam-macam aku fikir.

Akhirnya kelibat ARMA terlihat....dlm hati bersyukur sesangat..Alhamdulillah..tapi ada lagi satu masalah..

'macam mana nak cakap ngan 'ammu(pakcik) drebar bas nie, aku nak turun...'

'fikir Rusydiah, fikir..apa turun dalam Bahasa Arab..' memang blur masa tu...

Aku pun ke depan, menuju ke 'ammu drebar bas....

"Ya 'ammu....huna,huna..." itulah saja perkataan yg ada dalam otak aku.

Tapi 'ammu tu tak reply pun kata-kata aku....'Sudahla,,'ammu ni tak dengar ke aku cakap apa, desis hati aku...Kawan-kawan yg kat belakang semua dah jerit-jerit..

"dah sampai, dah sampai...!!!" kitorang ni selamber je main jerit-jerit, siap kecek klate pun ada gak...Sape lg kalau bukan K.Salmi, Mira dgn K.Mazni la.....Mentang-mentanglah orang-orang Arab dlm bas tu tak paham...Kami buat bas tu macam bas kami sendiri...Tak padan dgn hati yg tgh takot tu..^_*

Kali ni dengan nada yg lebih tinggi dan gaya tangan aku menunjukkan nak turun di sini, aku ulang lagi..."Ya 'ammu....huna,huna..."(huna tu maksudnya sini)

Alhamdulillah kali ni 'ammu tu balas.."Hina...????"

Aku balas.."Na'am.."..Barulah aku tau..kalau bahasa 'ammi, huna jd hina..patutla 'ammu tu buat dek je tadi..Dalam hati aku dah tergelak dah...patutlah 'ammu nie tak paham..hehe

Tapi apa pun kami syukur sesangat, sampai juga kami di ARMA berbekalkan keberanian kami masing-masing...APA YANG PENTING..??? KERJASAMA!!...betul kata Wonderpet.

Lepas tu kami pergi menuntut ilmu untuk turun dan menaiki bas...Rupa-rupanya, kalau nak turun, orang tak cakap "huna" atau "hina"...Orang Arab akan cakap.."ala gambe lau samah" atau "nazlin lau samah..."...Barulah kami tahu...Alhamdulillah satu lg ilmu baru kami perolehi.

Ni adalah gambaran bas kat Mesir, kalau dalam cerita KCB tu, tenang sangat..yg sebenarnya bukan macam tue...








Ini pulak kaunter tiket dalam bas...Masa kita naik, kita akan bayar kat 'ammu konduktor bas ni dulu..tambang dia bergantung pada bas..ada yg Nuss(L.E 0.50),1 Genih(L.E 1) dan ada yg 1Genih wa Nuss(L.E 1.50)



::Pengalaman naik bas sendiri 1st time memang mencabar kami. Menguji persahabatan kami bertujuh, kalau tiada kerjasama antara kami, tak tahulah apa jadi. Syukur kepada Allah, alhamdulillah krn beri kami pengalaman ini, dan terima kasih buat Ijat dan kawan-kawan, kerana sudi teman kami bershopping. Sory menyusahkan korang...Credit utk Zulaikha, sbb masa tu dialah paling nerbes skali, sampai org 'Arab ngorat pun dia dah tak boleh nak layan dah...hehe::



Friday, July 9, 2010

Alahai Majmuah Wardah oiii...

Kalau sebelum ni aku bercerita mengenai bilik, tapi kali ni, aku nak cerita pasal majmuah(kumpulan) aku dalam kelas pulak. Kami yg datang untuk belajar Bahasa Arab selama sebulan ni ditempatkan di Jami`ah Ain Shams (dalam b.mnye, Universiti Ain Shams). Memang sempoila universiti kat sana. Kalau kat Malaysia, setiap universiti mesti ada bangunan yang tinggi-tinggi, tapi kat Mesir ni, universiti dia takde banyak bangunan tinggi, pas tu dewan kuliah pun biasa je. Bagi dorang asal boleh menuntut ilmu, simple pun tak pe. tapi aku bukan nak cerita pasal universiti, aku nak cerita aktiviti kami kat dalam kelas.

Kami yg seramai 30 orang nie,oops....31 orang campur Tamim dibahagikan kepada 7 kumpulan. So, aku tercampak dalam kumpulan yg diberi nama Wardah, we call Majmuah Wardah(actually bukan ustaz yg bg nama, kami yg pilih sendiri). Majmuah kami ada 4 orang yg terdiri dr golongan veteran jg. Ahli bait aku jg, K. Salmi, Shida, Mira dan aku sendiri. Kak Salmi yg bg nama Wardah tu. K.Salmi ni orgnye suka bermadah pujangga, so dia memang suka bunga-bunga ni.

Majmuah kami ditempatkan di belakang sekali, penjuru kelas. Tempat kami tu memang syok, boleh wat port untuk tidor...hehe..Sebab kami memeng tersorok drpd pandangan ustaz-ustaz yg mengajar. Dan itulah kerja kami dalam kelas setiap hari..haha.Tapi takdelah sepanjang kelas...agak-agaklah sikit. Bukannya saja-saja nak tidor, tapi dah mata ni mengantok sesangat. Kalau tidor pon takdelah sampai baring atas meja atau main snoker(berbantalkan lengan) kat atas meja.Biasanya kami ni tidor cover-cover ayu lagi. Time yang paling kritikal, bila separuh masa kedua(macam main bola sepak la pulak)....

Setiap hari akan ada dua subjek yg diajar. Paling geramnya, separuh masa kedua tu, memang selalu subjek-subjek yg slow motion, contohnya Qiraah(blajar pasal syair atau apa-apa yg berkenaan pembacaan), Hadharah(blajar pasal tamadun) dan Kitabah(blajar buat karangan). Aduss,aku memang lemah la bab-bab ni. Dahla dalam Bahasa Arab, tambah dgn tak paham, campur dgn memang mengantok, darab dgn lapor, ganda dgn panas sebab takde air-cond, just ada kipas, tapi tu pun tak kena dekat majmuah kami...memang set lengkap yg membuatkan aku untuk setuju je apa yg ustaz cakap. Setuju tu bukan tanda faham, tu setuju tanda mengantok...ahaksss..Tapi nak bg taunye, bukan aku sorang je yg mengantok, aku ada peneman setia yg sama-sama ngantok..hehe..sape lagi kalau bukan budak majmuah aku gak. Selalunya, ak la yg paling suka tidor dalam kelas dan aku la paling banyak ngantok..kikiki...Aku dah cuba habis baik punye tahan mengantok, tapi tak berjaya..huhu Rahsia kami suka tidor dalam kelas ni, tak pernah bocor kat budak laki...Sampailah satu masa, ustaz yg ajar Kitabah ni tanya K.Salmi(pensyarah Arab memang suka soal pelajar dalam kelas)...

"Anti,, ma zha tuhibbina?"(maksudnya : apa yang kamu suka?) "Uhibbu an-naum..."jawab K.salmi

Time tu, gelak la satu kelas...dalam hati aku cakap..'aduh K.Salmi, bocorlah rahsia kita'...

Nak tau apa maksudnya, "Saya suka tidor"..Semenjak dari tu, budak laki panggil kami kumpulan suka tidor. Tapi bak kata K.Salmi,,"Ada aku kesah!!!"..amik ko!!...Kami buat muka derk je la, janji kami bahagia. Memang kami ni keras kepala, biasalah org veteran kena tunjuk teror...haha...

Majmuah Wardah ni memang banyak masalah..Kalau dalam kelas, ustaz soal, kami adalah majmuah yg paling diam, jarang sangat kami jawab....Kami bukan tak nak jawab, saja nak bagi chance kat junior....Padahal memang malas nak jwb..haha....

Nak tau tak kerja Majmuah Wardah ni..jeng3....Kami suka tangkap lalat dalam kelas, sebab byk sangat lalat, yg ni diketuai oleh K.Salmi...Pas tu, buat list barang-barang yg nak dibeli kalau pergi berjalan nanti, ni ketuanya Shida...Berangan pon salah satu keje kami...Pas tu kami suka rancang..'nak beli apa yer rehat nanti..'Kami ni memang macam ni..Inilah penangan veteran, mungkin sebab kami dah takde mood nak blajar kot..


Walaupun kami macam ni dalam kelas, kami akan siapkan juga kerja-kerja skolah yg diberi(macam budak skolah rendah kan....)Tak caye tgk gamba ni, kami berlakon jg tau... Biasalah tu nakal-nakal remaja kami...hehe...


Tapi kami memang respek dgn junior-junior kami...Rajin diorang blaja..Bagus3!!! 




:::Apapun, kenangan bersama Majmuah Wardah , masih segar dalam ingatan..Inilah asam garam veteran dalam blajar. Thanx A Lot to AMIRA, SYIDA and K.SALMEE...And buat sape2 yg baca ni, jangan sesekali meniru aksi2 ini di dalam bilik kuliah!!!!:::




Geng 101.....::*_*::

Geli hati bila terkenangkan ahli bait sewaktu di Mesir..Kami gelar diri kami, Geng 101. Antara yang pergi, kami adalah antara geng senior yang bakal graduate sem ni..Gelagat kami dalam bilik tu jgn cakaplah..al maklumlah senior, biasalah besor kepala..hehe...eh, tapi takdelah sampai kami buli junior-junior yg lain...


Malahan kamilah antara insan-insan yang paling byk mengalah dengan junior-junior lain. Kalau bab jalan-jalan ni, kami ni jadi mak turut je. Kami yang perempuan ada 21 orang kesemuanya, jadi kami dipecahkan mengikut tiga bilik yang berlainan aras, dan satu bilik mempunyai 7 org ahli bait. Bilik pertama, 101 di aras 1, bilik kedua,301 di aras 3 dan bilik akhir, 401 di aras 4...Kenapa takde bilik 201??Sebabnya aras 2 tu ada musolla, siapa yang tinggal kat musolla, ya silakan... Disebabkan kami tinggal di aras 1, manakala mushrifah(orang yang temankan jalan-jalan) kami pula tinggal di aras 3, jadi apa-apa hal yang berlaku, lambat sampai kepada kami yang di bawah ni. Bak kata omputih connection slow....

Teringat satu peristiwa, kami yang datang sebulan ni, masing-masing sibuk nak bawa buah tangan balik untuk family, dan tempat yang menjadi tumpuan ialah Atabah dan Hussain sebabnya macam-macam ada...(tempat-tempat ni ala-ala Masjid Indiala, murah-murah dia jual, Masjid India pun kalah). Kali pertama nak pergi tempat ni, mushrif dan mushrifah kami angkot la kami yang 30 orang ni dan campur Faruq jd 31 la, jalan sekali. Cubalah bayangkan, macam mana Papa and Mama nak bawa anak yg ramai beli belah. Memang xterbeli la jwbnya.




"Ni antara gambar-gambar kami kat Husain dan Atabah"




"Sesak sangat dgn manusia...huh!













Disebabkan itu, maka kami pun berbincang dengan mushrifah(lupa nak bg tau, nama kakak ni, kak huda dan nama mushrif kami, ust.hasrol..tp budak laki panggil abang) macam mana nak settlekan masalah ni. Yang paling tak tahan, ada satu hari ni, walaupun dah bincang, time tue turn 101 kuar, tiba-tiba je,takde guruh, takde ribut, semua budak perempuan nak pergi sekali, cubala kira, kalau gabung 3 bilik ni, jadilah 21 orang, manalah nak membeli...adoyai..Selaku kakak yang tua-tua(tua dalam erti kata matang ye), kami pun belasah je la, kalau nak pergi ramai-ramai pun, janji dapat beli barang.

Hari yg dijanjikan tiba, lepas solat Asar, kami pun berkumpul kat tempat pak guard ARMA. Lama juga kami tunggu seseorang nie... (sory, nama tak boleh nak bagi tau), lama juga kami tunggu dia, tapi tak turun-turun. Akhirnya, k.huda kata kita jalan dulu. Jumpa dia kat Husain je. Akhirnya kelibat dia muncul kat Mahattah(Bus stop) yang kami tengah tunggu tremco(pengangkutan awam).

Sampai dekat Husain, kami dah mula berpecah. Ada yang jalan dengan k.huda, ada yg jln dgn Ust. Hasrol, dan di saat itu ada pulak mushrif terbaru, bila masa ntah dilantik, namanya Mohd Saniy(sebenarnya budak laki kitorang). Jadi, kami berlima daripada bilik 101 tu, ikutla Si Saniy ni. Antara yg terpilih, aku, k.Salmah, k.Salmi,k.Zue dan k.Mazni. Berlima la kami berjalan bersama abg.Saniy..hehe..Kat Mesir ni kena paham, bila nak keluar sampai malam, kena ada mushrif ikut. Perempuan kan bahaya jalan sesama perempuan je.

Yang paling lucunya, sepanjang berjalan bersama Saniy ni, kami dikerah seperti askar yang baru masuk latihan ketenteraan.Penat sangat. Biasanya langkah kami ni ayu-ayu, tapi hari tu, semua bertukar menjadi langkah king-kong. Dahsyat la. Sepanjang perjalanan, kami hanya boleh pandang kiri-kanan je. Nak berhenti tengok-tengok barang, sorryla...Kalau nak beli pun, terpaksa jerit nama, SANIY!!!KAMI NAK BELI KEJAP!!!...nasibla pak-pak n mak-mak arab tak faham kami cakap apa. Selalunya perempuan akan belek depan, belakang, tepi dan depan balikkan, kali ni, memang tak sempat. Mana yg berkenan terus amik dan bayar. Punya laju kami berjalan. Itulah angkara Kapten Saniy.

Selesai beli, kami menuju ke perhentian bas utk kembali ke ARMA. Tanpa disangka-sangka, setibanya kami di situ, terus ada bas yg menuju ke tempat penginapan kami(ARMA) melintasi di depan kami. Ini satu masalah lagi, bas berjalan dan kami baru saja tiba di situ. Apa lagi, KApten terus memberi arahan supaya kami menaiki bas tu. Dalam kepala : 'uishh, cam mana nak naik nie??' Kami pun meloncat naik ke atas bas, kain yang labuh, kami angkat tinggi, mujur kami semua berseluar, dan alhamdulillah kenam-enam kami selamat menaiki bas tersebut dengan dada yg mencungap-cungap menarik nafas. Fuhhh!!...lega dan akhirnya, kami sampai kembali ke ARMA sebelum isyak. Pada permulaan kami pergi seramai 21 org perempuan, kini yang mula-mula sampai di ARMA hanya 5 org perempuan. Kami dah memang terpisah-pisah.




::Memang kenangan menjadi askar di Atabah dan Husain, hanya Allah sahaja yg tahu masa tu. Anyway, buat rakan-rakan semua aku mohon maaf kalau ada yg terasa hati, cerita nie sekadar teringatkan kembali, memang lucu, let bygones be bygones . For Saniy, thanx a lot, akhirnya termakbul hajat kami utk beli barang-barang buat family kami. Sebenarnya ada cerita yg telah ditapis dan tidak boleh disiarkan di sini,hehe..demi menjaga nama baik sesetengah pihak...Inilah pengalaman yg berharga bg kami berlima..To all my ahli bait, i'm gonna miss u all n all our memories in 101 ARMA..::*_*::






Thursday, July 8, 2010

Susah-senang insan-insan terpilih......

Lama sudah aku tinggalkan laman blog yang menjadi medan aku bertatih....kali ini aku datang dengan membawa pengalaman yang aku kutip di Bumi Kinanah, Mesir. Pengalaman yang aku rasai tidak sampai sebulan ini amat berbeza dengan sahabat-sahabat aku yang telah lama di sana....
ALHAMDULILLAH…..
Terima kasih Ya Allah…Tawaran untuk menyertai Daurah Ta’lim Lughah al-‘Arabiyah di Bumi Kinanah, Mesir datang menyapa dalam hidupku. Impian yang telah sekian lama aku tunggu, semenjak dari bangku sekolah lagi. Kini aku peroleh tika aku bakal melangkah keluar dari menara gading. Namun aku tetap bersyukur, dan aku percaya Engkau sentiasa memakbulkan doa hamba-Mu, cuma terkadang ia awal dan terkadang ia datang lewat sedikit. Seungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya. Peluang yang telah Engkau berikan teramat besar aku rasakan. Peluang yang membuka lembaran baru dalam hidupku. Kini aku kenal erti perjuangan sebenar dalam hidup. Kagumnya aku terhadap sahabat-sahabat yang menuntut ilmu di sana. Suasana mengajar mereka erti ketabahan dan kecekalan. Bukan singkat tempoh yang perlu mereka hadapi, tetapi ianya satu tempoh yang agak panjang. Ada yang sehingga sembilan tahun, semata-mata mahu menuntut ilmu Allah yang terlampau luas di muka bumi ini. Hidup tanpa sanak -saudara di sana menjadikan mereka saling menghargai rakan sesama Islam, dan sebangsa dengan mereka. Hidup penuh dengan jerit perih. Bumi yang dipijak bukan tanah tumpahnya darah, maka sudah tentu ada perbezaan budaya dan cara hidup yang sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan negara sendiri. Pergantungan mereka hanya kepada Allah s.w.t, tiada tempat berharap selainNya. Kalau dikira antara mereka, sudah tentu ramai yang perbah ditipu oleh bangsa arab sendiri. Lain Negara lain cara hidup. Bangsa Arab tidak semuanya baik, sama seperti Malaysia. Tidak semua rakyatnya baik. Ada antara mereka yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Mentang-mentanglah yang baru datang tidak tahu bercakap Bahasa Arab ‘Ammi, mudah sahaja dikenakannya. Kebiasaannya pelajar Malaysia yang datang untuk menuntut ilmu di Mesir akan fasih berbahasa Arab ‘Ammi setelah setahun berada di sana atau bergantung kepada pergaulan mereka bersama orang Arab. Semakin banyak mereka bergaul, semakin cepat mereka dapat menguasai Bahasa Arab ‘Ammi. Hidup penuntut-penuntut di Mesir amat jauh berbeza dengan penuntut-penuntut di Malaysia. Namun, kemanisan menuntut ilmu menjadikan mereka kebal menghadapi segala mehnah yang Allah turunkan. Secara jujurnya, kagum aku melihat mereka. Tambahan lagi ketika aku datang, mereka sedang berjuang di medan peperiksaan. Kemana sahaja mereka pergi, pasti ada buku di tangan. Mereka tidak akan mensia-siakan waktu dan peluang yang ada. Tidak timbul lansung soal riya’ atau takabbur apabila membaca buku diperjalanan. Kebiasaannya, waktu peperiksaan adalah waktu yang sangat menguji mereka. Pasti ada masalah yang akan mereka hadapi. Inilah ujian Allah terhadap hambanya untuk menguji keimanan mereka. Di waktu inilah mereka akan mencari tempat yang mereka paling tenang, iaitu Rumah Allah. Kebiasaannya bagi pelajar Universiti al-Azhar, mereka akan pergi ke Masjid al-Azhar, berdekatan dengan jami`ah mereka. Memang tenang apabila berada di dalamnya. Seolah-olah masalah yang menimpa lari meninggalkan kita. Jika bercerita tentang kehidupan penuntut Malaysia di Mesir memang terlalu banyak. Namun cukupla kita ketahui bahawa menjadi penumpang di negara orang lain bukan semudah yang di sangka. Pelbagai benda baru yang bakal kita hadapi dan pelbagai masalah pula yang akan hinggap dalam hidup kita. Aku berbangga dengan sahabat-sahabatku di Mesir, KALIAN ADALAH INSAN YANG TERPILIH DAN DIPILIH ALLAH UNTUK MERASA KEMANISAN ILMU,IMAN DAN ISLAM yang tidak terdapat di Negara kalian sendiri. Tahniah buat sahabat-sahabatku. Teruskan berusaha demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga Allah sentiasa memayungi kalian semua dengan rahmatnya dan keberkatannya. Aku doakan kalian sentiasa cekal dan tabah, semoga segala urusan kalian dipermudahkan. Kutiplah ilmu yang bertebaran di Bumi Kinanah itu, supaya kamu tidak akan menyesal apabila pulang kelak.
:::::Buat 'Izzati Farhana Mahadzir, Mawaddah Warrahmah Mohd Khairi, Nurul Faezah Yusoff, Nurul Huda Tahir, Muhamad Hazazi Sanusi, Saiful Islam Shafie, Muhammad Tamim Faruq Khairul 'Azmi, Hasrul Sazli Abd Khail...semoga kalian sentiasa berjaya dalam apa yang dilakukan, gunalah peluang yang ada sebaiknya::::::




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...