Saturday, March 2, 2013

Rezeki dia ada pada aku

Assalamualaikum,

Maaf lama menyepi, sibuk sedikit. Namun, hati tetap rindu ingin menulis.

Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaanNya. Terima kasih Ya Allah atas segala rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami. Semoga kita akan terus menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur atas pemberiannya.

Perasan atau tidak, kebiasaan kalau dapat duit, tidak kira sama ada daripada gaji atau sumbangan orang lain, kita akan pergi berbelanja. Beli baju baru, kasut baru, barang dapur, handphone baru, kereta baru dan macam-macam lagi. Ada juga yang baik hati, belanja kawan makan (ada sesiapa nak belanja aku ?). Sebenarnya dalam keadaan yang kita tidak sedar, rezeki yang kita dapat itu bukan milik kita.

Eh, kenapa dia ni cakap macam itu. Aku yang kerja susah, kenapa dia cakap rezeki itu bukan milik aku. Sabar...!

Mari aku terangkan,
Meme la duit tue korang yang punya, tapi sebenarnya rezeki itu bukan korng punya. Allah mungkin turunkan rezeki seseorang melalui seseorang (mesti ramai yang pening kan). Mari aku berikan contoh, Ali dapat RM 3,000 (gaji), malam itu dia pun keluar makan bersama kawan-kawannya. Dia membelanjakan kawan-kawannya. Sedang dia seronok makan bersama, tiba-tiba datang seorang makcik membawa anaknya yang sedang kelaparan, meminta Ali sedekah. Dek kerana Ali baru sahaja mendapat gaji, maka dia memberi makcik tersebut RM 10. Ali juga membayar makanan yang telah dimakannya bernilai RM 150. Jadi gaji Ali yang RM 3,000 sudah tinggal RM 2,840.

Jadi duit Ali yang RM 3,000 itu terselit rezeki orang lain yang bernilai RM 160. Rezeki makcik itu RM 10, dan rezeki kawan-kawan Ali sebanyak RM 150. Nak ceritanya, tidak semestinya duit yang kita dapat adalah milik kita sepenuhnya. Adakalanya, Allah sampaikan rezeki orang lain melalui kita, dan rezeki kita melalui orang lain. Sebab itu kita kena selalu ingat REZEKI ALLAH ADA DI MANA_MANA. Rezeki Allah juga bukan hanya dalam bentuk wang, lihat kawan-kawan Ali tadi, rezekinya dalam bentuk makanan dan minuman.  

Oleh kerana itu juga, Islam menyeru kepada meninfakan harta dengan menunaikan zakat. Kerna dalam harta kita ada rezeki orang lain. Bukankah kita saudara, dan antara tanggungjawab kita adalah membantu sesama saudara. Berlapang dadalah ketika memberi, kerna Allah pasti akan mengembalikan lebih lagi daripada apa yang kamu telah beri.


Jangan risau duit kita habis ketika memberi kerna Allah boleh beri bila-bila masa, dan Allah juga boleh ambil bila-bila masa.
- belajar menjadi hamba yang bersyukur -







Monday, February 18, 2013

Permata di sebalik debu


Tika mahu melintas jalan ke rumah, ternampak seorang mak cik yang berjalan.
Tiba-tiba dia terjatuh.
Laju pak cik buah tepi jalan meluru ke arahnya. Angkat dia.
Laju seorang lagi brother ke arah yang sama. Tarik kerusi yang ada kat stall buah untuk mak cik tu. Sambil-sambil dia mengibas habuk di kaki seluar mak cik.

 Ya 'Adzim! Subhanallah. Subhanallah

Saya hanya terpaku. Terlintas di benak kepala,

"Tadi di airport Allah hadirkan aku seorang pak cik teksi yang dah kelentong aku. Tapi petang ni juga, Allah hadirkan aku beberapa orang arab yang subhanallah hatinya cukup baik. Allah mahu ajar aku sesuatu."



T_____T

Inilah Mesir.
Di sebalik kekurangan, tersimpan keistimewaan yang punyai hikayat tersendiri. 

Inilah bumi barakah yang adanya Nabi Musa.
Inilah bumi ardu kinanah yang Allah hantar Saidina Amru bin 'Asr, Sallehuddin Al-Ayubi.

Inilah bumi yang dipenuhi dengan para Azhari, para syeikh, ulama besar.
Subhanallah.

Di sinilah jua, hidupnya Firaun.
Di sinilah jua, lahirnya pemerintah yang zalim.

.....

Antara kita mahu pilih yang mana.
Antara kita yang mahu berbaik sangka atau sebaliknya.
Antara kita yang mahu mencari permata di sebalik debu berterbangan atau tidak.
Kita yang pilih, sedang Allah sudah mengaturkan segala yang terbaik. 
:)

sumber asal :http://izzatihashim.blogspot.com/

* aku rindu Mesir dan seluruh khazanah alamnya, semoga aku diberi peluang ke sana lagi, InsyaAllah*




Friday, February 15, 2013

Mudahnya memberi semangat



Location : KPS UM

Time : 12.15 pm

Assalamualaikum wbt,

Sekadar menulis untuk peringatan dalam waktu yang singkat ini, sebab aku di meja makan yang mana orang lain juga mahu menggunakannya, so aku punya limitasi waktu untuk makan dan menulis (sebenarnya makan & minum sahaja).
Alhamdulillah, atas setiap nikmat dan ujian yang Allah swt berikan. Supaya kita sentiasa hambaNya yang bersyukur walau dalam apa jua keadaan, sama ada semasa diberikan nikmat mahu pun ujian.

Semalam, aku telah post sesuatu untuk meminta kata-kata semangat, terima kasih teman-teman yang memberi respon dengan pelbagai cara dan kaedah supaya aku menjadi lebih bersemangat. Ada yang dibaca, betul-betul menaikkan semangat, malah berkobar-kobar lagi, tetapi ada juga yang dibaca tetapi tidak tahu bagaimana mahu dipraktikkannya.

Ini sekadar teguran, dan sebenarnya aku sangat berterima kasih kerana masih ada orang yang mahu meningatkanku. Cuma aku ingin menegur dalam konteks dakwah (aku juga tidak pandai), apabila seseorang meminta kata-kata semangat, maka respon yang diberikan bacalah al-Quran dan hati akan menjadi tenang. Ketenangan akan dicapai apabila kita memahami dan bertadabbur dengan al-Quran tersebut.

Betol dan aku setuju sangat, InsyaAllah selaku orang Islam itu akan sentiasa tempat rujukan utama dan pengaduan masalah tentu akan kita kembalikan kepada Tuan yang memberinya iaitu Allah swt. Namun, cuba kita bayangkan, seorang yang meminta pertolongan anda sedemikian, dan orang tersebut adalah orang yang baru belajar atau ingin belajar al-Quran atau individu yg non-muslims, adakah anda rasa mereka akan menyelak al-Quran dan membacanya…? Saya pernah ditempat itu, dan saya tidak membuka al-Quran, tetapi saya akan keluar ke shopping mall atau bersama teman-teman. Bukankah lebih baik kita petik satu atau lebih ayat-ayat al-Quran, lalu kita ‘tampalkan’ di wall/post mereka. Secara tidak lansung, mereka ada idea untuk mengadaptasikan.  Contohnya, kita ceritakan kisah Nabi Musa a.s berguru dengan Nabi Hidir a.s, baginda tetap berusaha mencari Nabi Hidir semata-mata untuk menuntut ilmu. Walaupun pada asalnya, pelbagai cabaran yang dihadapi dan mereka hampir sahaja berpatah balik. Namun, atas kecekalan, mereka berjaya berjumpa Nabi Hidir a.s dan sempat berguru dengan Nabi Hidir a.s dan kisah seterusnya boleh didapati dalam al-Quran Surah al-Kahfi. Secara tidak lansung, orang yang membaca dan yang meminta semangat akan mencari dalam al-Quran dan dalam masa yang sama input juga dapat.

Saya mengaku, saya tidak sehebat mana untuk bercakap mengenai perkara ini. Cuma ini yang saya rasakan, agak sedikit kecewa. Memang kita digalakkan dan lebih afdal mengadu masalah kepada Allah swt, tetapi saya hanya meminta kata-kata semangat, berilah apa jua kata-kata yang anda tahu untuk membangkitkan semangat, dan sedikit kecewa, apabila saya dilabel orang yang suka mengadu domba di FB. Sekali lagi ditegaskan, saya hanya meminta kata-kata semangat bukannya mengharapkan belas kasihan orang lain.
Terima kasih atas segala komen yang diberikan, terutamanya pada post tersebut, segala jasa kalian saya amat hargai dan berbanyak-banayak terima kasih. Marilah kita beringat bahawa tidak semudah itu memberi semangat. Semoga Allah swt membalas jasa kalian. Ampun dan maaf saya pohonkan atas penulisan yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak. InsyaAllah, anyhow al-Quran is always in My HEART and Allah swt  is always be my FIRST .


HambaMu yang lemah, yang memerlukan kekuatan.
-rusydiah salehudin-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...