Soryla, aku tahu org akan marah aku sebab post lagu nie, tapi lagu-lagu ini ada unsur dakwah, InsyaAllah sekali sekala untuk halwa telinga. Jangan lupa berzikir juga yer.....*_*
12 Ramadan 1433 Hijrah, semoga kita semua masih segar dan bertenaga menghirup udara Ramadan.
Terdetik untuk menulis entri ini, selepas menonton drama bersiri BAITUL RAHMAT di TV1, terbitan JS Pictures (Sheila Rusli & Husband), setiap hari 7.30 malam dan ulangan 5.30 pagi. Satu pujian yang patut diberikan kepada penerbit kerana berjaya mengupas kesedaran masyarakat tentang peranan anak terhadap kedua ibu bapa.
"Dan Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia terhadap kedua-dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan memeliharanya (menyusunya) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku (Allah) dan kepada kedua-dua orang ibu bapa kamu, kepada-Ku (Allah) tempat kembali."
(Surah Luqman (34) : ayat 14)
"Nabi Zakaria a.s berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalalu telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku."
(Surah Maryam (19) : ayat 4)
Mesti tertanya-tanya, apa kaitannya dengan Ra'su Syaiban kan...? Kisah Nabi Zakaria a.s telah diceritakan dalam al-Quran dalam Surah Maryam ayat 4, ketika mana Nabi Zakaria tidak pernah berputus asa berdoa memohon dikurniakan zuriat kepada baginda dan pasangannya. Sehingga Nabi Zakaria a.s sudah ditumbuhi uban (kiasan kepada sudah meningkat usia/ tua), baginda masih lagi berdoa, sehingga Allah SWT mengurniakan cahaya mata kepada baginda, iaitu Nabi Yahya a.s. Lihat betapa yakinnya baginda dengan Allah SWT. Oleh yang demikian, setiap doa yang dipohon perlu beserta keyakinan.
Jangan main senang nak terus kahwin lain atas alasan tiada zuriat. Aku bukan mempertikaikan poligami, cuma aku pertikaikan sikap orang yang senang nak mengambil poligami sebagai jalan penyelesaian. Aku menulis atas dasar lelaki yang suka menyalahkan isteri mandul, tak subur dan sebagainya. Suami dengan senang hati berkahwin lain, manakala si isteri makan hati berulam jantung. Ketahuilah, semua perempuan mengharapkan zuriat dari rahimnya, perempuan mana yang inginkan dirinya mandul, TIADA! Wahai kawan-kawan sekalian, contohilah Nabi Zakaria a.s =)
tapi, tujuan utama aku menulis bukan sebab atas, tapi sebab di bawah ini....(teruskan membaca)
Kita anak-anak ini dah semakin lupa tanggungjawab.
Ramai yang memilih kerjaya daripada ibubapa, dan ramai yang mengetepikan mereka demi pasangan hidup dan ada juga yang membuang mereka kerana geli, malas, leceh nak jaga. Kalau dulu semua yang kita nak dapat. Mak & ayah tak bising pun. Kencing berak kita, siapa yang basuh...? Makan minum kita siapa yang tanggung.
Mungkin kita LUPA..!!!
Yang lebih menyedihkan lagi, disebabkan laki/perempuan yang dicintai sanggup tolak mak & ayah ketepi, tak fikirkan perasaan mereka. Kononnya, mak & ayah tak faham pasal cinta. Come on ! kalau mereka tak faham pasal cinta macam manalah kita ni semua boleh lahir. Satu yang aku ingin utarakan, berKAHWIN itu maksudnya berkongsi. Maksudnya, kita ini kongsi kasih sayang, bukan bila dah kahwin, suami/isteri tu hak kita sepenuhnya. Sebab itu, lelaki kena bertanggungjawab seluruhnya, keluarga sendiri, keluarga belah dia dan keluarga mentua. Hak perlu diberikan seADILnya, baru semua pihak akan terjaga. Don't be selfish ok! Banyak kes sebegini yang berlaku, lagi-lagi musim raya.
Jagalah kedua orang tua kita, selagi mereka bernyawa. Golongan Ra'su Syaiban ini adalah anugerah buat kita yang bergelar anak.Ingatlah !!!
'treat people how you would like to be treated'
Iklan PETRONAS yang terngiang-ngiang hingga ke hari ini,
al-Fatihah buat pengarahnya arwah Yasmin Ahmad.
@Tulisan ini adalah untuk meningatkan diri ini dan diri kamu juga,
semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah,