Alhamdulillah lepas dah segala bebanan yang digalas selama seminggu. Bermula dari dapat surat temuduga (iv) sampaila ke hari temuduga. Poning den memikir macam-macam, apa yang nak dibaca pasal Malaysia dan Teknologi Maklumat. Luas tue skopnye. Memang jenuh dan perit.
Siapa-siapa yang belum pergi temuduga mesti berdebar-debarkan (hehehe...aku pun penah rasa). Dapat jek surat temuduga aku sempat lagi pikir nak pergi ke tak. Last2, buat keputusan pergi jelah, bukan rugi apa pun.
So, aku pun start google experience org lain dlm blog and so on. Ada juga jumpa. Tapi yang aku paling frust, tak de pun calon-calon temuduga teknologi maklumat yang bercerita. Yang ada pun teknologi maklumat (rangkaian). Memangla lebih kurang sama jek, tapi de juga lainnya tue. So, ak mmg semangat nak pergi iv, sbb nanti aku balik ak nak share dengan u all semua. (Baik tak aku..??? perasan jap).
Nak ceritanya, punyalah aku rajin giler. Aku memang study giler2 nie (dalam kata tak nak pergi tadi, tapi aku yang paling poyo study). Sedangkan kalau exam dekat U pun aku tak pernah serajin nie (serious aku cakap). Aku dah sampai pening tahap tepu dah kepala. Dah la aku memang orang yang tak suka membaca sejarah2 nie, bukannya tak suka, tapi sebabnya banyak sangat fakta yang nak kena ingat. Lagi lah sekarang, banyak yang perdana menteri dah buat transformasi, memang kena ambil tahu lah.
So, aku memang baca semua yang ada kat website nie
http://www.epu.gov.my/gtp. Jangan lupa baca juga blog 1 Malaysia. Yelah, u all kan nak iv government, kena ambil tahu lah semua. Tengok juga yang ini, senarai nama kabinet. Kalau boleh tampal kat bilik korang. Sebenarnya memang patut pun kena ingat. Kita kan rakyat Malaysia. Ada degree pula tue, malu la sikit. Actually, aku pun baru terkial2 hafal sebelum nak iv..hehe. Nie link :
http://www.kabinet.gov.my/index.php/en/menteri.html.
Banyak la lagi pasal Malaysia kena tau. Isu semasa pun penting juga, tgkla berita sepanjang minggu tue.
Sampaila hari yang ditunggu2....
Aku punya sesi 9.30 pagi. So, aku bertolak dari umah menaiki pengangkutan awam smp la ke JPM (Jabatan Perdana Menteri). Perasaan masa tue, memang tenang jek, ditambah pula keadaan sekitar di JPM tue memang mendamaikan, senyap jek. Masuk jek pintu, kena tempuh mak guard dulu. Jangan lupa bawa apa yang dipesan dalam surat tue. Bawalah lesen korang yang ada gambar, sebab nanti nak kena buat 'cagaran' dgn pas pelawat.
Masa, aku sampai kat area temuduga, taklah ramai sangat orang, mungkin aku kena hari terakhir kot. Sampai jek kat kaunter, tunggu sekejap. Ikut turn. Nanti adalah pegawai yang panggil. Nak pesan nie, siap2lah susun ikut apa yang disenaraikan dalam surat tue. Kalau tak, nanti korang kena buka kilang menyusun kat kaunter tue. Bawa jelah sijil apa yang nak dibawa, janji yg up to date la, jgnla bawa yang zaman tadika semua tue. Pastikan juga ijazah korng tue yg ada cop mohor tue, jangan bawa yang kosong jek. Kalau tak yakin, angkut jek semua sijil2 kat rumah tue bawa datang. Bila, pegawai tue dah cek, baru dia lepaskan korng masuk ke bilik menunggu. Kat situ adalah bilik2 temuduga, macam ak kena bilik 15. Kakak pegawai tue infom kata masuk by group yer. So ready jelah, siapa yang akan sekali dgn korng.
Aku sempat beramah mesra dgn kwn2 group aku. Tuela pentingnya Social Communication. Ramah tamah la ckit, tanya2 pe yg patut. Alkisahnya, sepanjang menunggu kat situ, terdengar la bilik2 lain yang kena interview. Bilik yang aku patut masuk tue senyap sunyi jek, adalah dengar ketawa2 ckit. Antara 2 bilik yg paling havoc bilik 12 & 13. Aku rasa bidang elektrikal dan sains pemakanan kot. Siap kena mock teaching + kena soal masa mock teaching. Kesian aku tengok diorang. (Sian kat org, nasib aku blom tau lg..huhu).
Sampai turn kami, sekali intiviewer tue kata mereka nak break sekejap. Alamak, tambah lg la nervous aku, dup dap dup dap. Kami pun berbual jelah. Biasalah, perempuan, mmg hobinya berbual :D. Memang patut pun korng kenal siapa 'pesaing' anda. Macam yg aku tanya, ada yang pensyarah IT di KUIN,programmer, guru bidang IT degree in Networking, penjawat awam jab. penerangan yg dah ada experience kerja bertahun2. So, ramaila lg. Paling ramai adalah fresh graduate la, but self confidence tue penting, just perform the best la.
Time's up. Now, our turn. Masuk dgn mengetuk pintu, kalau sorang dah ketuk tak payah la nak ketuk ramai2. Agak2 la wey!!! bg salam utk masuk. So, intiviewer aku adalah Tan Sri ( lelaki, muka look fierce, tp baik jek) & Dr.(perempuan, lembut jek mukanya, tenang hati). Mula-mula Tan Sri terangkan pasal jawatan dh 41 nie & apa yang akan mereka jalankan sepanjang iv. Pada aku baguslah dia terangkan, bg kita nampak sikit la. Jadi sesi dimulakan oleh Tan Sri :
This is the lecturer po. U need to teach about IT, and u will be teaching in english. So, I want to see ur english communication. (maksudnya kenalah speaking London)
1. Please introduce ur self in a term of promoting ur self. 4 minutes for each candidate ( tak kira pun masanya). Volunteer please, who want to start.
2. So, we want to know how your teaching. Because sometime, good person cannot teach. So, ala2 mock teaching la nie. simple jek. Aku macam blur, nak ajar apa, then dr. tue suruh ak ajar programming ( dalam hati aku, nasib baik aku ada baca pasal programming sikit2. So, ak pilih Java. sekejap je kot ak ngaja) Aku pilih untuk ajar how to display the words " selamat datang".
3. Lepas dah settle english. Tan Sri berbahasa Melayu kembali. Soalan seterusnya. Bagaimana untuk menjadi pensyarah yang bagus supaya dapat melahirkan pelajar yang berkualiti. (bahagian nie lebih kepada discussion berkumpulan, kena pandai bercakap dan berbincang, tapi tolong jgn asyik korng jek nak tunjuk hebat, give & take please..)
4. Soalan cepumas seterusnya. Berapa ramai yang sudah berkahwin sini ? Antara kami berempat, aku sorang je belum berkahwin. Tan Sri kata, kekosongan jawatan in sebenarnya tiada di sekitar Lembah Klang. Kalau yg ada pun mungkin di Sabak Bernam. Anda mungkin akan dihantar ke kawasan2 politeknik atau kolej komuniti yg jauh, tapi tiadalah sampai ke kwsn pedalaman. Sanggup ke? hahahaha
Masa nie, serious aku terdiam, calon2 yg lain masing2 sibuk mempertahankan, kalau boleh tak nak, tapi selagi kawasan itu boleh dipertimbangkan asalkan tidak Sabah & Sarawak. Aku senyum memanjang time nie (bukan sbb aku yakin dapat, aku senyum sbb rasa mcm lawak, tadi semua macam formal, angguk & setuju jek dgn Intiviewer, tiba time nie sume nak bersuara.)Sampaikan Dr. tue kesian dekat aku, terdiam. Dr. tue bg ak peluang utk bercakap, so I just boleh, insyaAllah takde masalah (padahal dlm hati, aku pun tak nak Sabah Sarawak, tp aku takde alasan kot).
Aku puji Tan Sri tue, dia kata bukan apa, saya yg dah tua nie faham. Family come fisrt, money tue boleh dicari. Memang betol pun dia kata.
5. Tan Sri macam dah takde soalan. So, dia pass to the Dr. Jadi Dr tue pun tanya, ok seperti yg kita tahu. Malaysia kekurangan org utk membangunkn perisian. Jadi bagaimana utk menyelesaikan isu ini. Kami pun jawablah, tapi serius kakak2 yg dgn aku nie, mmg petah berkata-kata. Sampai aku tak sempat nak jawab. At the last barula aku menyumbangkan idea.
Jadi itu jelah rasanya soalan yg ditanya, yg aku geram benda2 yang aku baca tue, satu habuk pun tak keluar, tapi bagus pun kalau tak penat nak pikir. Sesi temuduga berjalan dgn sempoi sekali, takde lah nak stress sgt. Entahla, ak rasa gaya mereka mcm dah ada calon jek, sbb mcm tak serius pun tanya kami.
Last sekali, Tan Sri pesan, doa jelah. Awak nie ramai, kami pun pening nak senaraikan siapa yg tinggi markah. Aku pujilah Tan Sri & Dr. tue, tidaklah serius sgt. So, tamatlah iv. Nantikan saja keputusannya.
Semua bergantung pada rezeki. Ada yg bilik kena penemuduga yg tanya macam2 pasal Malaysia & bidang yg kita amik, ada yg betul2 sempoi jek. Itu semua rezeki anda, banyakkan berdoa semoga dipermudahkan.
 |
Teringat aku cerita Lasykar Pelangi.
Besar betul pengorbanan seorang guru kepada anak bangsa. |