Hidup menjadi orang dewasa, aku rasa semakin susah. Susah untuk mengerti sesetengah perkara.
Merunsingkan diri pun ada.
Susah untuk menerima kenyataan atau sengaja buat-buat xpaham. Huhhhh!! susah untuk aku memulakan bicara. Suasana kerja sungguh berbeza dgn suasana belajar, yang buat aku betul2 xpaham, kenapa manusia sangat mementingkan diri sendiri. Di mana pegangan hidup 'Kita ini semuanya bersaudara'?
Ego yang tinggi dan tidak suka disangka lemah bila mengalah.
Ramai yang lupa, mengalah tidak semestinya mengalah, perebutan kuasa menjadi isu utama. Siapa yang lebih layak, bukankah aku yg lebih layak, bukannya dia....!!! Kata hati bagi sesetengah orang yang gilakan kuasa. Aku betul2 xpaham.
Perkara ini berlaku di syarikat aku bekerja, seorang gadis dinaikkan pangkat menjadi eksekutif, padahal umurnya baru sahaja mencecah 21 tahun. Ada dikalangan rakan sekerja yang berumur di dalam lingkungan 40-an, dan mempunyai pengalaman kerja bertahun2, tetapi tidak tidak dipilih untuk menjawat jawatan tersebut. Maka berlakulah perpecahan puak dikalangan kami.
Ini yang aku pelik kenapa pekerja yang berpangkat makcik ini tidak boleh menjadi role model kepada staff yg lain supaya menerima perintah dan melaksanakan perintah drpd eksekutif tersebut. Sebaliknya, dia adalah dalang yang meracuni pemikiran staf2 lain utk memboikot gadis tersebut.
Pada aku ini tidak adil, si gadis tersebut hanya menjalankan tugas dan telah dilantik untuk menggantikan seorang staf yang sedang cuti bersalin. Setiap arahan yang diberi oleh si gadis tidak diendahkan, malah dibangkang lagi. Ya, memang sikap dia yang agak suka mengarah membuatkan semua orang kurang berpuas hati, cuma pada aku, bukan setiap masa kita perlu membenci dia. Dia juga manusia biasa seperti kita yang mahukan belas dan juga kasihan.
Sedih dan kecewa...
Kita semua dewasa, dan mampu membezakan yang mana intan dan yang mana permata. Jangan jadi seperti lembu yng dicucuk hidung yang boleh ditarik ke mana sahaja. Kita ada mulut untuk bersuara, ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar, ada akal untuk mentafsirkan dan ada hati untuk menilai. Semua itu adalah kudrat yang diberikan Allah kepada kita untuk bertindak.
Hati-hati sebelum hati terluka parah"SaLaH Di MaTa KaLaU TaK NaMpAk, SaLaH TaFsIrAn KaLaU TaK Di NiLaI"
