Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan. Sebenarnya aku teringin nak rasa puasa di Mesir. Tapi rezeki aku suruh puasa di Malaysia, takpelah, next time, InsyaAllah.
Teringat dulu masa kecik-kecik, lemah betol bila dgr Ramadhan nak datang. Tak tahan nak tunggu dr imsak smpla ke maghrib....kompom lembik..

Ak ingat lg aku start puasa, darjah 1, tapi masa tue bkn betol2 pun lg..Balik sekolah, mak selalu beli popiah goreng, my peberet food..huhu. Sebenarnya mak beli utk simpan buka puasa, tapi ak nie iman time tue lemah sikit, memang tak tahan..Balik sekolah je terus minta nak buka. Ingat ada 1 hari nie, aku tak taula kenapa mak biarkan secawan air teh atas meja. Konon pada awalnya aku memang puasa, tapi disebabkan air teh, aku pun goyah. Aku tak minum pun air teh tue, aku cuma celup satu jari dalam air teh, then aku hisap jari aku tue....hee

Naik tingkatan aku dah mula faham siki-sikit erti puasa, lagi-lagi aku ditempatkan di sekolah agama, masa tue keadaan memaksa diri ini. Cuma masa nie, aku paling tak tahan dgn terwaih. Bagi aku terawih nie lama sgt. Penat nak buat. Yelah dah makan kenyang2, tiba2 nak kena exercise. Fuhhh!!memang sempot la jawabnya.

Makin meningkat umur, makin aku mengenal Ramadhan dgn lebih dekat lagi. Zaman aku di Nilam Puri, betul2 mengajar aku konsep puasa yg sebenar. Supaya kita juga dapat merasai keperitan saudara2 kita yg tidak berkemampuan. Penah suatu hari, aku puas mencari nasi untuk dijadikan juadah buka puasa. Namun, tiada nasi di semua kedai. Mata jgn cakap la, memang sedih la kalau tak dapat nasi, sebab masa tue, memang tiada juadah lain, melainkan kurma sahaja. Alhamdulillah, aku singgah di 1 gerai hujung jalan, Allah masih mengurniakan rezeki yg berbentuk nasi kpd aku. Walaupun lauk yg ada tak semeriah biasa, aku sangat bersyukur krn aku dpt makan nasi.

Bila aku meneruskan pengajian di UM, masih ada lagi ujian yg Allah bg. Zaman aku masih menaiki kenderaan awam, masa nie tak pandai lg bawa motor. Disebabkan kelas aku habis pukul 5.30 ptg. Usai solat, aku terpaksa mengejar bas UM utk ke stesen LRT. Dalam masa yg sama, kesesakan lalulintas yg amat dahsyat. Memang waktu2 genting org semua keluar pejabat. So, aku terpaksa amik LRT ke K.L Sentral plak, disebabkan xde stesen LRT yg dekat dgn umah. Sampai K.L Sentral, aku terpaksa amik komuter plak ke Taman Dato Harun(rumah aku). Dugaan Allah pd aku kali nie, komuter lewat smp,6.30 ptg, aku masih di situ. Sampainya komuter, org semua mula serbu masuk. Aku tertinggal di belakang tak dapat masuk. Ya Allah, kenalah aku tunggu next train. Train yg seterusnya pun lambat, masa tue ak memang tak de makanan lansung dalam beg, melainkan Strepsil. Kakak yg sama tunggu train, bg tau aku, dah boleh berbuka dik. Ya Allah, aku menangis kali nie, sebak dada. Pertama kali dlm seumur hidup aku berbuka dgn gula-gula, tanpa setitis air, cuma ada air liur je. Baru aku tahu, rasanya insan2 yg tak berkemampuan. Alhamdulillah, tak lama lepas tue, train smp, dan kali nie aku dgn sekuat hati merempuh masuk dlm komuter. Nak tak nak, aku kena masuk jg. Aku sampai di rumah dlm pukul 8 mlm. Terkejar2 aku dibuatnya.

Selepas aku keluar dr Universiti, puasa dan Ramadhan mnjd tetamu aku, yg paling dinanti2, alhamdulillah. Makin banyak pengalaman yg aku dapat, semakin byk yg aku pelajari. Pelbagai kenangan puasa yg aku dapat. Alhamdulillah.

Namun tue semua pengajaran dan pelajaran dalam hidup aku. Semoga aku sentiasa menjadi insan yg bersyukur dan sentiasa ingat kesusahan org lain. Belajarlah mengenal Ramadhan, nescaya kita akan kenal dgn Penciptanya, InsyaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...